JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 5 Ogos 2010

Pascamoden: Kutukan Terhadap Falsafah Dan Agama.


Tajuk: Pascamoden: Kutukan Terhadap Falsafah Dan Agama.
Penulis: S.M. Zakir.
Penerbit: Nusabuku.

Pascamoden Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama merupakan himpunan 12 esei yang ditulis pada awal dekad abad ke-21. Esei-esei ini melihat fenomena penghujung abad yang menyangkuti persoalan pascamodenisme, pascakolonialisme dan paling menggoncangkan fenomena globalisasi. Tidak ketinggalan ia menyorot titik-titik pergerakan awal yang mencetuskan fenomena-fenomena ini seperti wacana orientalisrne, positivisme, pencerahan, liberalisme dan dialektika rasionalisme. Dalam pada itu ia melihat pertembungan-pertembungan fenomena ini dengan wacana balas seperti oksidentalisme, ruang ketiga budaya dan kebangkitan wacana pemikiran Islam. 12 esei ini membicarakan secara serius persoalan-persoalan pemikiran yang mendasari fenomena yang mencetuskan gelombang baru abad ke-21 ini. Uniknya sorotan ini menggunakan gerbang pernikiran sastera dalam membuka lapisan-lapisan persoalannya.

Kandungan.
Makalah 1. Pascamodenisme: Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama.

Makalah 2. Mencari Konsep Sastera Islam.

Makalah 3. Globalisasi, Konsep Bangsa Malaysia Dan Realiti Melayu.

Makalah 4. Estetika Sufisme Sebagai Model Estetika Sastera.

Makalah 5. Kesan Pemikiran Dan Estetika Cerpen Penulis Muda Malaysia.

Makalah 6. Empat Jalur Sastera Melayu: Mencari Nilai Agung.

Makalah 7. Orientalisme, Weltliteratur, Gharb Zadegi Dan Sastera Melayu.

Makalah 8. Konsep Keindahan Coincidentia Oppositorum.

Makalah 9. Sastera Harus Radikal.

Makalah 10. Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005.

Makalah 11. Mencari Ruang Ketiga.

Makalah 12. Penjajahan Masa Hadapan dan Ketidaksetaraan Barat-Bukan Barat.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...