JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Memuatkan ...

Selasa, 1 September 2015

Gelap Mata; Percikan Renungan Seorang OKU Penglihatan.


Tajuk: Gelap Mata; Percikan Renungan Seorang OKU Penglihatan.
Penulis: Mohd Rosli Ibrahim
Penerbit: Obscura Malaysia

"Saya tidak malu untuk memberitahu; telah dilahirkan sebagai OKU penglihatan. Sedari kecil saya sangat pendiam dan selalu mengasingkan diri kerana diejek oleh teman-teman sepermainan. Semuanya telah saya harungi dengan tabah. Saya dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang boleh dikirakan miskin; lantai berdindingkan buluh, beratap rumbia dan cuma diterangi lampu geslin".

OKU di Malaysia tiada masa depan. OKU sedang berhadapan dengan halangan-halangan paradigma / persepsi dan sistem asas / sokongan sedia ada. Kalau ada OKU yang tidak mampu bertahan, adalah lebih sesuai untuk mereka berhijrah ke luar Negara. Ia mungkin pilihan terbaik. Namun amat perlu disedari jika OKU terus berjuang, itu merupakan hal yang sangat terhormat.

Intisari

Kata Penerbit

Kata Pengantar

Dari Mata Hati

- Sekelumit Kisah Hidup

- Tentang al-Quran Braille

- Mitos "Hati Terang"

- Peluru Dan Pahat Isu OKU

- Nasib OKU Pendengaran

- Kisah Pengamal Undang-Undang

- Hargailah Ibubapa Anda

- Mendamaikan Dua Kutub Tanggapan

- Dari Model Biologi Ke Model Sosial

- Penagih Dadah, Mat Rempit Atau OKU?

Pendidikan Dan Mahasiswa

- Apakah Kecacatan Dan Ketidakupayaan

- Apa Kategori OKU

- OKU; Hak Atau Simpati?

- Guru Pendidikan Khas

- Isu Pendidikan Khas

- Mahasiswa Dan Isu OKU

Sosial Dan Masyarakat

- inilah Jurang Sosial

- Jernihkan Hati Anda

- Gelandangan Dan Isu OKU

- Siapa Sasaran DET

- Bagaimana Mengenali Bias Sosial

- Lemasnya Penjara Tanggapan

- Dari Tanggapan Ke Bias Sosial

- Sempurnakah Manusia?

- Masa Depan Dan Cabaran Anak Dan Ibubapa Anak-Anak OKU

- Hospital Dan Tanggapan Terhadap OKU

OKU Dan Aggama

- Mencari Fiqh OKU

- Agamawan Dan OKU

- Keindahan Seni Takdir

- Gerakan Islam Dan OKU; Tumbuh Tidak Berbuah

- Kelucahan Kursus Perkahwinan

Politik Dan Sistem

- OKU Dan Politik Kewarganegaraan

- Ahli Politik Dan Isu OKU

- Ada Apa Dengan JKM

- Apa Pentingnya Kementerian OKU

- Perangkaan OKU Di Malaysia

- Ke Mana Raalitinya Pelan Tindakan OKU

- NGO Dan Kerajaan; Suatu Oligarki

- Anjakan Paradigma NGO-NGO OKU

- Apa Perlunya Sistem Sokongan

- Kepentingan Sistem Sokongan

- Sarang Labah-Labah Akta OKU

Seni Dan Media

- Lagu Itu Membunuh Maruah

- Filem Kita Wajah Mereka

- Mitos 'Kejayaan' OKU

- Naifnya Media Malaysia

OKU Bangkit

- Mengapa OKU Harus Bangkit

- Mari Bangkit Menuntut Hakmu

- OKU Harus Berubah

- Aspirasi OKU Bangkit 2012

- Dampak Psikologi Peminggiran

Isnin, 29 April 2013

OKU Bangkit


Tajuk: OKU Bangkit
Penulis: Mohd Rosli ibrahim
Penerbit: Anak Kunci Production

Kandungan

Sinar Kesempurnaan OKU

Kata Penghargaan

Biodata Penulis

Dokumen 1: Memo SUHAKAM OKU Bangkit 2012

Dokumen 2: Convention on the Rights of Persons with Disabilities

Mengapa OKU Bangkit

OKU Ada Agenda Politik

Lampiran-Lampiran

• Dasar Orang Kurang Upaya

• Pengenalan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya

• Ringkasan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya

• LaporanTahunan SUHAKAM Tahun 2010

• Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM 2010

• Laporan Mengenai Status Hak Kanak-Kanak Di Malaysia Oleh Child

• Apa Perlunya Pengesanan Awal Kecacatan

• Dokumen Jabatan Perangkaan Negara Berkaitan Data OKU Berdaftar Di
Malaysia 2007-2011

• Ringkasan Akta Orang Kurang Upaya

• Isu-Isu Utama Memorandum OKU Bangkit 2012

• Respon Terhadap Laporan Kementerian Pengajian Tinggi Berkaitan Kerjaya
Mahasiswa OKU

• Kenyataan MURSHID BerkenaanPeruntukan Zakat Kepada OKU

• Surat Terbuka Kepada JAKIM BerhubungIsu Zakat OKU

• Respon OKU Bangkit 2012 TerhadapKes OKU Menghantar Memorandum
Kepada JKM Kulim Bertarikh 7 Oktober 2013

• ResponTerhadap Video Ceramah Agama Yang Menjadikan Kecacatan Sebagai
Subjek Lawak Bertarikh 6 November 2013

• Pengisytiharan OKU Darul Naim Bertarikh 13 Mac 2012

• Resolusi Wacana OKU Di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad Bertarikh 10 November 2012

• Resolusi Konvensyen OKU Selangor Bertarikh 24 Disember 2012

• Manifesto OKU Bangkit 2012 Bertarikh 3 Mac 2013

• Kenyataan Media IsuPengemisBertarikh 2 Ogos 2012

• Respon Terhadap Laporan Akhbar Sinar Harian Bertarikh 8 Oktober 2012

• MansuhkanAkta Orang-Orang PAPA 1977

• Kita Dan Mereka

• Kanak-Kanak Cerebral Palsy Di Malaysia Dinafikan Hak Bersekolah…161

OKU Pelengkap Kemanusiaan Insan

Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa


Tajuk: Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di Malaysia telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di sebalik keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya, agama Islam masih tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan kerangka nilai bangsa ini hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan nilai-nilai inilah, baik yang bersifat keagamaan mahupun adat, orang Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan ini diejawantahkan dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cuba menggembleng orang Meayu menentang penjajahan British. Buku ini menghimpun kan beberapa esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu, pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan” kemelayuan”, serta kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.

Kandungan:

Prakata

1. Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu

2. Mempertikaikan Kemelayuan: Identiti Melayu Menyeberang Sempadan

3. Islam di Malaysia: Sedikit Latar Belakang Sejarahnya

- Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

- Islam di Malaysia

- Sejauh manakah Melaka berperanan sebagai sebuah pusat penyebaran Islam?

- Antara Melaka dengan Aceh sebagai kerajaan Islam

- Faktor Bugis dalam budaya politik Melayu

- Inggeris bertapak

- Perkembangan Islam pada abad ke-19

- Gerakan Kaum Muda dan Pan-Islam

- Pers dan Pendidikan sebagai Pemangkin Kesedaran

- Tumbuhnya kesedaran politik

4. Perpaduan Umat Melayu: Satu Tafsiran Sejarah

5. Pengaruh dari Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu

- Bilakah istilah “Indonesia Raya” digunakan?

6. “Melayu Raya” Sebagai Gagasan Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

7. Kesedaran Politik Bumiputera Sabah

8. Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Bukan Melayu dan Aliran Kiri Melayu Membina Nasion Malaya yang Berbilang Bangsa

9. Politik Melayu dan Semangat Kebangsaan

10. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Sikap Orang Cina Malaysia Terhadapnya

11. Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan: Menjenguk Kembali Isu-isunya

 12. Pembinaan Nasion dan Masalah-masalahnya: Pengalaman Malaysia

Ikhtisar Perkembangan Islam


Tajuk: Ikhtisar Perkembangan Islam
Penulis: Haji Dusuki Haji Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kandungan:

Bahagian 1: Semenanjung Tanah Arab Sebelum Islam

Bahagian 2: Zaman Rasululullah (T. 13 S.H – 11H/619 – 632M)

Bahagian 3: Kerajaan Khulafa al-Rasyidin (T. 11 – 40H/632 – 661M)

Bahagian 4: Kerajaan Umayyah (T. 40 – 132H/660 – 750M)

Bahagian 5: Kerajaan Abbasiyah (T. 132 – 232H/750 – 848M)

Bahagian 6: Kerajaan Islam di Sepanyol

Bahagian 7: Perang Salib (489 – 664H/1096 – 1273M)

Bahagian 8: Kerajaan Turki Osmaniyah

Bahagian 9: Penyebaran Agama Islam di India dan China

Bahagian 10: Penyebaran Agama Islam di Alam Melayu

Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani


Tajuk: Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani
Penulis: Mohd. Zamberi Abdul Malek
Penerbit: Anjung Media Resources

Ketokohan Tuan Guru Haji Sulong sebagai ulama, pendakwah, pejuang bangsa dan pencetus patriotism warga Melayu Patani tidak dapat dinafikan. Beliau anak Haji Abdul Kadir Muhammad al-Fatani dan cucu Tuan Guru Syeikh Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal). Pada tahun 1907, dalam usianya 12 tahun beliau merantau selama 20 tahun ke Mekah menuntut ilmu sebelum kembali ke tanah watannya Patani.
Ketika kepulangannya Patani telah dikuasai pihak Siam kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909. Pembahagian tanpa kerelaan anak tempatan ini amat mendukacitakan dan meningggalkan kesan berpanjangan. Kebebasan masyarakat Melayu Patani dalam amalan agama Islam dan budaya Melayu dicengkam ganas oleh kerajaan berpusat di Bangkok. Sanak saudara di selatan terpisah oleh sempadan Tanah Melayu di bawah pengaruh British.

Tuan Guru Haji Sulong menubuhkan sekolah agama Madrasah al-Maarif al-Wataniah dan cuba mengubah pemikiran dan pendekatan Islam masyarakat setempat dengan pembaharuan (islah). Pihak berkuasa bimbang beliau akan meluaskan pengaruh kepada keseluruhan masyarakat Patani. Pelbagai sekatan dikenakan dan madrasahnya diarahkan ditutup. Kemuncaknya apabila Tuan Guru Haji Sulong mengemukakan Tuntutan Tujuh Buku bertujuan melindungi maruah dan jati diri umat Islam Patani. Pada 16 Januari 1948 beliau ditangkap, dibicarakan dan dipenjara pada tahun 1950. Setelah dibebaskan iltizamnya untuk meneruska perjuangan tidak pudar. Pengaruhya semakin meluas, pihak berkuasa Siam tidak mampu menanggung risiko berhadapan kebangkitan umat Islam Melayu Patani. Pada 13 Ogos 1954 beliau dijemput menemui pihak polis di Songkhla. Itulah detik akhir kelibat tokoh ini kelihatan. ‘kehilangannya’ menimbulkan kegemparan dan masyarakat setempat menuntut jawapan walaupun takdir yang menimpa tokoh ini mudah ditelah. Cuma persemadian tanpa nisan begitu mengguris perasaan. Akhirnya pada tahun 1980 seorang pesara polis Siam membuat pengakuan penglibatannya dalam pembunuhan Tuan Guru Haji Sulong atas arahan pihak atasan dan jasadnya dibuang ke Laut Singgora.

Buku ini melihat banyak sumbangan lain dan warisan yang ditinggalkan beliau. ketokohannya terserlah apabila dilantik sebagai Kadi Wilayah Patani, Yang DiPertua Haiah Nafaz Al-Ahkam Al-Syariat dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Patani. Beliau juga menghasilkan tiga kitab sebagai warisan – Khulasah al-Jawahir fi al-Tasfiyat, Gugusan Islam, dan Gugusan Cahaya Keselamatan.
Biografi Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani mendokumentasikan keperibadian dan perjuangan seorang pembela kelompok minorit tertindas. Perjuangan dan pengorbanannya menjadi pencetus semangat kepada perjuangan berterusan masyarakat Melayu Patani.

Kandungan:

1. Kegiatan Awal Haji Sulong

- Mukadimah

- Latar kelahiran

- Cabaran pendidikan

- Kegiatan di Mekah

- Pembaharuan Islam

- Al-Maarif al-Wataniah

2. Perjuangan Sebelum Perang

- Kebudayaan Ratthaniyom

- Haiah Nafaz al-Ahkam al-Syariat

- Patani zaman Perang Jepun

- Majlis Agama Islam Wilayah

- Pelantikan jawatan Kadi

- Kemelut pemilihan Kadi

3. Perjuangan Selepas Perang

- Tuntutan Tujuh Buku

- Haji Sulong dicurigai

- Penangkapan Haji Sulong

- Reaksi masyarakat Patani

- Pertempuran Dusun Nyior

- Tindakan pihak berkuasa

4. Sokongan dan Keprihatinan

- Sokongan kuasa luar

- Penubuhan GEMPAR

- Kenyataan GEMPAR

- Manifesto GEMPAR

- Simpati Tanah Melayu

- Dasar kolonial British

5. Angkara Menggugat Perjuangan

- Pergerakan anasir Komunis

- Melumpuhkan perjuangan

- Perbicaraan Haji Sulong

- Pertuduhan terhadap Haji Sulong

- Rayuan dan ulang bicara

- Pembebasan dan kehilangan

6. Seorang Pejuang Islam

- Membongkar misteri mencari kepastian

- Menelusuri perjuangan Haji Sulong

- Bapa Kemerdekaan Patani

- Karya, ulama dan murid

 - Warisan Haji Sulong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...