JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani


Tajuk: Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani
Penulis: Mohd. Zamberi Abdul Malek
Penerbit: Anjung Media Resources

Ketokohan Tuan Guru Haji Sulong sebagai ulama, pendakwah, pejuang bangsa dan pencetus patriotism warga Melayu Patani tidak dapat dinafikan. Beliau anak Haji Abdul Kadir Muhammad al-Fatani dan cucu Tuan Guru Syeikh Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal). Pada tahun 1907, dalam usianya 12 tahun beliau merantau selama 20 tahun ke Mekah menuntut ilmu sebelum kembali ke tanah watannya Patani.
Ketika kepulangannya Patani telah dikuasai pihak Siam kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909. Pembahagian tanpa kerelaan anak tempatan ini amat mendukacitakan dan meningggalkan kesan berpanjangan. Kebebasan masyarakat Melayu Patani dalam amalan agama Islam dan budaya Melayu dicengkam ganas oleh kerajaan berpusat di Bangkok. Sanak saudara di selatan terpisah oleh sempadan Tanah Melayu di bawah pengaruh British.

Tuan Guru Haji Sulong menubuhkan sekolah agama Madrasah al-Maarif al-Wataniah dan cuba mengubah pemikiran dan pendekatan Islam masyarakat setempat dengan pembaharuan (islah). Pihak berkuasa bimbang beliau akan meluaskan pengaruh kepada keseluruhan masyarakat Patani. Pelbagai sekatan dikenakan dan madrasahnya diarahkan ditutup. Kemuncaknya apabila Tuan Guru Haji Sulong mengemukakan Tuntutan Tujuh Buku bertujuan melindungi maruah dan jati diri umat Islam Patani. Pada 16 Januari 1948 beliau ditangkap, dibicarakan dan dipenjara pada tahun 1950. Setelah dibebaskan iltizamnya untuk meneruska perjuangan tidak pudar. Pengaruhya semakin meluas, pihak berkuasa Siam tidak mampu menanggung risiko berhadapan kebangkitan umat Islam Melayu Patani. Pada 13 Ogos 1954 beliau dijemput menemui pihak polis di Songkhla. Itulah detik akhir kelibat tokoh ini kelihatan. ‘kehilangannya’ menimbulkan kegemparan dan masyarakat setempat menuntut jawapan walaupun takdir yang menimpa tokoh ini mudah ditelah. Cuma persemadian tanpa nisan begitu mengguris perasaan. Akhirnya pada tahun 1980 seorang pesara polis Siam membuat pengakuan penglibatannya dalam pembunuhan Tuan Guru Haji Sulong atas arahan pihak atasan dan jasadnya dibuang ke Laut Singgora.

Buku ini melihat banyak sumbangan lain dan warisan yang ditinggalkan beliau. ketokohannya terserlah apabila dilantik sebagai Kadi Wilayah Patani, Yang DiPertua Haiah Nafaz Al-Ahkam Al-Syariat dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Patani. Beliau juga menghasilkan tiga kitab sebagai warisan – Khulasah al-Jawahir fi al-Tasfiyat, Gugusan Islam, dan Gugusan Cahaya Keselamatan.
Biografi Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani mendokumentasikan keperibadian dan perjuangan seorang pembela kelompok minorit tertindas. Perjuangan dan pengorbanannya menjadi pencetus semangat kepada perjuangan berterusan masyarakat Melayu Patani.

Kandungan:

1. Kegiatan Awal Haji Sulong

- Mukadimah

- Latar kelahiran

- Cabaran pendidikan

- Kegiatan di Mekah

- Pembaharuan Islam

- Al-Maarif al-Wataniah

2. Perjuangan Sebelum Perang

- Kebudayaan Ratthaniyom

- Haiah Nafaz al-Ahkam al-Syariat

- Patani zaman Perang Jepun

- Majlis Agama Islam Wilayah

- Pelantikan jawatan Kadi

- Kemelut pemilihan Kadi

3. Perjuangan Selepas Perang

- Tuntutan Tujuh Buku

- Haji Sulong dicurigai

- Penangkapan Haji Sulong

- Reaksi masyarakat Patani

- Pertempuran Dusun Nyior

- Tindakan pihak berkuasa

4. Sokongan dan Keprihatinan

- Sokongan kuasa luar

- Penubuhan GEMPAR

- Kenyataan GEMPAR

- Manifesto GEMPAR

- Simpati Tanah Melayu

- Dasar kolonial British

5. Angkara Menggugat Perjuangan

- Pergerakan anasir Komunis

- Melumpuhkan perjuangan

- Perbicaraan Haji Sulong

- Pertuduhan terhadap Haji Sulong

- Rayuan dan ulang bicara

- Pembebasan dan kehilangan

6. Seorang Pejuang Islam

- Membongkar misteri mencari kepastian

- Menelusuri perjuangan Haji Sulong

- Bapa Kemerdekaan Patani

- Karya, ulama dan murid

 - Warisan Haji Sulong

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...