JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani: Penulis Hiadayah al-Salikin


Tajuk: Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani: Penulis Hiadayah al-Salikin
Penulis: Khadher Ahmad & Ishak Hj. Sulaiman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani adalah antara ulama terkemuka dunia Melayu yang telah memberikan banyak sumbangan kearah menyebarluaskan ilmu pengetahuan khususnya ilmu keagaaam. Dengan memiliki peribadi yang hebat serta sokongan daripada bapa beliau, iaitu tokoh ulama yang berpengaruh, al-Falimbani juga menjadi tokoh ulama yang disegani pada zamannya. Penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu agama memberikan peluang kepada beliau untuk menghasilkan karya yang banyak, antaranya termasuklah kitab Hidayah al-Salikin, iaitu karya beliau dalam bidang tasawuf. Kitab ini masih digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajian khususnya di masjid, surau dan pondok di beberapa tempat di Nusantara. Dengan membaca buku ini, kita dapat mengeal keperibadian ulama terdahulu agar dapat dijadikan contoh serta pedoman hidup.

Kandungan:

1. Latar Belakang Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

2. Sumbangan dan Karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

3. Karya Hidayah al-Salikin Sebagai Bukti Ketokohan Al-Falimbani Dalam Bidang Tasawuf

4. Aspek Tasawuf Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

5. Autoriti Hadith Tasawuf Dalam Kitab Hidayah al-Salikin Melalui Kaedah Takhrif dan Analisis

6. Himpunan Hadith Yang Dicatatkan oleh Al-Falimbani Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

7. Analisis Hadith Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

8. Penutup

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...