Tajuk: Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
Editor: Mat Rofa Ismail
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Apakah sumbangan orang Melayu dalam sains dan matematik? Persoalan ini dibincangkan di bawah istilah etnosains dan etnomatematik, seperti yang diterokai oleh gabungan pengarang dalam buku ini. Sumbangan etnosains dan etnomatematik di Alam Melayu berakar umbi bersama sejarah dan budaya yang membentuk acuan ilmu yang penuh dengan sistem nilai tempatan dan serantau. Apabila rantau Melayu terjajah oleh kolonialisme Barat, maka penulisan sejarah telah berubah paradigma daripada rantau yang mempunyai tamadun yang agung kepada rantau jajahan yang menjulang tinggi budaya Barat yang memisahkan ilmu daripada nilai. Ilmu tradisi umat Melayu terpinggir dalam penulisan acuan kolonialisme, kerana secara beransur-ansur penjajahan bukan sahaja berlaku terhadap fizikal dan geografi tetapi juga sejarah, pemikiran dan minda. Ilmu yang berteraskan sains dan matematik yang lahir daripada budaya Melayu-Islam seperti mantik, penghujahan, pemikiran kefalsafahan, perdebatan sufisme, pelayaran, seni perubatan, pengiraan takwim, kalendar dan musim, seni bina, retorik dan ketatabahasaan, pancalogam, persenjataan, tenunan dan warisan yang lain, semakin terpinggir dalam penulisan umat Melayu. Pendokumentasian yang dilakukan penjajah diwarnakan oleh sistem nilai mereka di bawah paradigma kolonialisme, yang lebih memetik aspek khurafat atau kelemahan berbanding pemikiran mantik yang lebih saintifik. Hingga kini, keagungan pemikiran etnosains dan etnomatematik Melayu masih tersorok dalam lipatan sejarah, Maka, menerusi tulisan beberapa tokoh ilmuwan tempatan, sebahagian aspek tersebut dihuraikan dalam buku ini, sebagai percubaan pentakrifan domain kajian dan diharapkan akan menjadi bidang yang penting dalam epistemologi etnografi Melayu pada masa akan datang.
Kandungan:
Prakata
Kosmologi dan Geopusatan Nurudin al-Raniri

> Baharrudin Zainal & Mat Rofa Ismail
Kenampakan Anak Bulan dalam Takwim Alam Melayu Prapemodenan

> Baharrudin Zainal
Sains Pelayaran dalam Manuskrip Bugis
Sains Pelayaran dalam Manuskrip Bugis
> Nor Azam Mat Noor
Pemiliharaan Artifak Jam Matahari
Pemiliharaan Artifak Jam Matahari
> Syed Kamarulzaman Syed Kabeer
Ilmu Hikmah dalam Kajian Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu

> Mat Rofa Ismail
Unsur Asasi Jirim dalam Sains Melayu Sebelum Dipengaruhi Barat

> Shaharir Mohd Zain
Mantik Melayu Separuh Pertama Abad ke-17M Menerusi Manuskrip Nur al-Din al-Raniriy

Epistemologi dan Kosmologi Ahmad al-Sirhindi

> Mohd Nasir Mohd Tap
Retotik, Balaghah, Bahasa dan Etnomatematik Melayu
Retotik, Balaghah, Bahasa dan Etnomatematik Melayu
> Mat Rofa Ismail
Rumah yang Berkembang: Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

> Nangkula Utaberta & Kamarul Afizi Kosman
Perisian Pembina Leksikon – Pemantapan Pembangunan Sumber Linguistik dan Morfologi (Terkompulasi) Bahasa Melayu

> Mohd Yunus Sharum, Muhammad Taifik Abdullah, Mohd Nasir Sulaiman, Masrah Azrifah Azmi Murad & Zaitul Azma Zainon Hamzah
Perkamusan dan Sains Komputer dalam Era Teknologi Maklumat

> Mohd Ynus Sharum
Mantik Kabur dan Unsur Emosi Melayu
Mantik Kabur dan Unsur Emosi Melayu
> Tahir Ahmad
Positivisme Logikal: Suatu Huraian
Positivisme Logikal: Suatu Huraian
> Mohd Hazim Shah
Mencari Paradigma Sains yang Bersepadu
Mencari Paradigma Sains yang Bersepadu
> Mat Rofa Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan