Tajuk: Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di Malaysia
telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas
cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di
sebalik keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya,
agama Islam masih tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan
kerangka nilai bangsa ini hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan
nilai-nilai inilah, baik yang bersifat keagamaan mahupun adat, orang
Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan ini diejawantahkan
dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cuba menggembleng orang
Meayu menentang penjajahan British. Buku ini menghimpun kan beberapa
esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan
sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu,
pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan” kemelayuan”, serta
kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat
sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini
menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik
radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan
serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu
dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.
Kandungan:
Prakata
1. Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu
2. Mempertikaikan Kemelayuan: Identiti Melayu Menyeberang Sempadan
3. Islam di Malaysia: Sedikit Latar Belakang Sejarahnya
- Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
- Islam di Malaysia
- Sejauh manakah Melaka berperanan sebagai sebuah pusat penyebaran Islam?
- Antara Melaka dengan Aceh sebagai kerajaan Islam
- Faktor Bugis dalam budaya politik Melayu
- Inggeris bertapak
- Perkembangan Islam pada abad ke-19
- Gerakan Kaum Muda dan Pan-Islam
- Pers dan Pendidikan sebagai Pemangkin Kesedaran
- Tumbuhnya kesedaran politik
4. Perpaduan Umat Melayu: Satu Tafsiran Sejarah
5. Pengaruh dari Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu
- Bilakah istilah “Indonesia Raya” digunakan?
6. “Melayu Raya” Sebagai Gagasan Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan
7. Kesedaran Politik Bumiputera Sabah
8. Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Bukan Melayu dan Aliran Kiri Melayu Membina Nasion Malaya yang Berbilang Bangsa
9. Politik Melayu dan Semangat Kebangsaan
10. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Sikap Orang Cina Malaysia Terhadapnya
11. Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan: Menjenguk Kembali Isu-isunya
12. Pembinaan Nasion dan Masalah-masalahnya: Pengalaman Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan