JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

OKU Bangkit


Tajuk: OKU Bangkit
Penulis: Mohd Rosli ibrahim
Penerbit: Anak Kunci Production

Kandungan

Sinar Kesempurnaan OKU

Kata Penghargaan

Biodata Penulis

Dokumen 1: Memo SUHAKAM OKU Bangkit 2012

Dokumen 2: Convention on the Rights of Persons with Disabilities

Mengapa OKU Bangkit

OKU Ada Agenda Politik

Lampiran-Lampiran

• Dasar Orang Kurang Upaya

• Pengenalan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya

• Ringkasan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya

• LaporanTahunan SUHAKAM Tahun 2010

• Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM 2010

• Laporan Mengenai Status Hak Kanak-Kanak Di Malaysia Oleh Child

• Apa Perlunya Pengesanan Awal Kecacatan

• Dokumen Jabatan Perangkaan Negara Berkaitan Data OKU Berdaftar Di
Malaysia 2007-2011

• Ringkasan Akta Orang Kurang Upaya

• Isu-Isu Utama Memorandum OKU Bangkit 2012

• Respon Terhadap Laporan Kementerian Pengajian Tinggi Berkaitan Kerjaya
Mahasiswa OKU

• Kenyataan MURSHID BerkenaanPeruntukan Zakat Kepada OKU

• Surat Terbuka Kepada JAKIM BerhubungIsu Zakat OKU

• Respon OKU Bangkit 2012 TerhadapKes OKU Menghantar Memorandum
Kepada JKM Kulim Bertarikh 7 Oktober 2013

• ResponTerhadap Video Ceramah Agama Yang Menjadikan Kecacatan Sebagai
Subjek Lawak Bertarikh 6 November 2013

• Pengisytiharan OKU Darul Naim Bertarikh 13 Mac 2012

• Resolusi Wacana OKU Di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad Bertarikh 10 November 2012

• Resolusi Konvensyen OKU Selangor Bertarikh 24 Disember 2012

• Manifesto OKU Bangkit 2012 Bertarikh 3 Mac 2013

• Kenyataan Media IsuPengemisBertarikh 2 Ogos 2012

• Respon Terhadap Laporan Akhbar Sinar Harian Bertarikh 8 Oktober 2012

• MansuhkanAkta Orang-Orang PAPA 1977

• Kita Dan Mereka

• Kanak-Kanak Cerebral Palsy Di Malaysia Dinafikan Hak Bersekolah…161

OKU Pelengkap Kemanusiaan Insan

Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa


Tajuk: Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di Malaysia telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di sebalik keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya, agama Islam masih tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan kerangka nilai bangsa ini hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan nilai-nilai inilah, baik yang bersifat keagamaan mahupun adat, orang Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan ini diejawantahkan dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cuba menggembleng orang Meayu menentang penjajahan British. Buku ini menghimpun kan beberapa esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu, pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan” kemelayuan”, serta kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.

Kandungan:

Prakata

1. Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu

2. Mempertikaikan Kemelayuan: Identiti Melayu Menyeberang Sempadan

3. Islam di Malaysia: Sedikit Latar Belakang Sejarahnya

- Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

- Islam di Malaysia

- Sejauh manakah Melaka berperanan sebagai sebuah pusat penyebaran Islam?

- Antara Melaka dengan Aceh sebagai kerajaan Islam

- Faktor Bugis dalam budaya politik Melayu

- Inggeris bertapak

- Perkembangan Islam pada abad ke-19

- Gerakan Kaum Muda dan Pan-Islam

- Pers dan Pendidikan sebagai Pemangkin Kesedaran

- Tumbuhnya kesedaran politik

4. Perpaduan Umat Melayu: Satu Tafsiran Sejarah

5. Pengaruh dari Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu

- Bilakah istilah “Indonesia Raya” digunakan?

6. “Melayu Raya” Sebagai Gagasan Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

7. Kesedaran Politik Bumiputera Sabah

8. Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Bukan Melayu dan Aliran Kiri Melayu Membina Nasion Malaya yang Berbilang Bangsa

9. Politik Melayu dan Semangat Kebangsaan

10. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Sikap Orang Cina Malaysia Terhadapnya

11. Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan: Menjenguk Kembali Isu-isunya

 12. Pembinaan Nasion dan Masalah-masalahnya: Pengalaman Malaysia

Ikhtisar Perkembangan Islam


Tajuk: Ikhtisar Perkembangan Islam
Penulis: Haji Dusuki Haji Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kandungan:

Bahagian 1: Semenanjung Tanah Arab Sebelum Islam

Bahagian 2: Zaman Rasululullah (T. 13 S.H – 11H/619 – 632M)

Bahagian 3: Kerajaan Khulafa al-Rasyidin (T. 11 – 40H/632 – 661M)

Bahagian 4: Kerajaan Umayyah (T. 40 – 132H/660 – 750M)

Bahagian 5: Kerajaan Abbasiyah (T. 132 – 232H/750 – 848M)

Bahagian 6: Kerajaan Islam di Sepanyol

Bahagian 7: Perang Salib (489 – 664H/1096 – 1273M)

Bahagian 8: Kerajaan Turki Osmaniyah

Bahagian 9: Penyebaran Agama Islam di India dan China

Bahagian 10: Penyebaran Agama Islam di Alam Melayu

Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani


Tajuk: Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani
Penulis: Mohd. Zamberi Abdul Malek
Penerbit: Anjung Media Resources

Ketokohan Tuan Guru Haji Sulong sebagai ulama, pendakwah, pejuang bangsa dan pencetus patriotism warga Melayu Patani tidak dapat dinafikan. Beliau anak Haji Abdul Kadir Muhammad al-Fatani dan cucu Tuan Guru Syeikh Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal). Pada tahun 1907, dalam usianya 12 tahun beliau merantau selama 20 tahun ke Mekah menuntut ilmu sebelum kembali ke tanah watannya Patani.
Ketika kepulangannya Patani telah dikuasai pihak Siam kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909. Pembahagian tanpa kerelaan anak tempatan ini amat mendukacitakan dan meningggalkan kesan berpanjangan. Kebebasan masyarakat Melayu Patani dalam amalan agama Islam dan budaya Melayu dicengkam ganas oleh kerajaan berpusat di Bangkok. Sanak saudara di selatan terpisah oleh sempadan Tanah Melayu di bawah pengaruh British.

Tuan Guru Haji Sulong menubuhkan sekolah agama Madrasah al-Maarif al-Wataniah dan cuba mengubah pemikiran dan pendekatan Islam masyarakat setempat dengan pembaharuan (islah). Pihak berkuasa bimbang beliau akan meluaskan pengaruh kepada keseluruhan masyarakat Patani. Pelbagai sekatan dikenakan dan madrasahnya diarahkan ditutup. Kemuncaknya apabila Tuan Guru Haji Sulong mengemukakan Tuntutan Tujuh Buku bertujuan melindungi maruah dan jati diri umat Islam Patani. Pada 16 Januari 1948 beliau ditangkap, dibicarakan dan dipenjara pada tahun 1950. Setelah dibebaskan iltizamnya untuk meneruska perjuangan tidak pudar. Pengaruhya semakin meluas, pihak berkuasa Siam tidak mampu menanggung risiko berhadapan kebangkitan umat Islam Melayu Patani. Pada 13 Ogos 1954 beliau dijemput menemui pihak polis di Songkhla. Itulah detik akhir kelibat tokoh ini kelihatan. ‘kehilangannya’ menimbulkan kegemparan dan masyarakat setempat menuntut jawapan walaupun takdir yang menimpa tokoh ini mudah ditelah. Cuma persemadian tanpa nisan begitu mengguris perasaan. Akhirnya pada tahun 1980 seorang pesara polis Siam membuat pengakuan penglibatannya dalam pembunuhan Tuan Guru Haji Sulong atas arahan pihak atasan dan jasadnya dibuang ke Laut Singgora.

Buku ini melihat banyak sumbangan lain dan warisan yang ditinggalkan beliau. ketokohannya terserlah apabila dilantik sebagai Kadi Wilayah Patani, Yang DiPertua Haiah Nafaz Al-Ahkam Al-Syariat dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Patani. Beliau juga menghasilkan tiga kitab sebagai warisan – Khulasah al-Jawahir fi al-Tasfiyat, Gugusan Islam, dan Gugusan Cahaya Keselamatan.
Biografi Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani mendokumentasikan keperibadian dan perjuangan seorang pembela kelompok minorit tertindas. Perjuangan dan pengorbanannya menjadi pencetus semangat kepada perjuangan berterusan masyarakat Melayu Patani.

Kandungan:

1. Kegiatan Awal Haji Sulong

- Mukadimah

- Latar kelahiran

- Cabaran pendidikan

- Kegiatan di Mekah

- Pembaharuan Islam

- Al-Maarif al-Wataniah

2. Perjuangan Sebelum Perang

- Kebudayaan Ratthaniyom

- Haiah Nafaz al-Ahkam al-Syariat

- Patani zaman Perang Jepun

- Majlis Agama Islam Wilayah

- Pelantikan jawatan Kadi

- Kemelut pemilihan Kadi

3. Perjuangan Selepas Perang

- Tuntutan Tujuh Buku

- Haji Sulong dicurigai

- Penangkapan Haji Sulong

- Reaksi masyarakat Patani

- Pertempuran Dusun Nyior

- Tindakan pihak berkuasa

4. Sokongan dan Keprihatinan

- Sokongan kuasa luar

- Penubuhan GEMPAR

- Kenyataan GEMPAR

- Manifesto GEMPAR

- Simpati Tanah Melayu

- Dasar kolonial British

5. Angkara Menggugat Perjuangan

- Pergerakan anasir Komunis

- Melumpuhkan perjuangan

- Perbicaraan Haji Sulong

- Pertuduhan terhadap Haji Sulong

- Rayuan dan ulang bicara

- Pembebasan dan kehilangan

6. Seorang Pejuang Islam

- Membongkar misteri mencari kepastian

- Menelusuri perjuangan Haji Sulong

- Bapa Kemerdekaan Patani

- Karya, ulama dan murid

 - Warisan Haji Sulong

Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu

 
Tajuk: Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
Editor: Mat Rofa Ismail
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Apakah sumbangan orang Melayu dalam sains dan matematik? Persoalan ini dibincangkan di bawah istilah etnosains dan etnomatematik, seperti yang diterokai oleh gabungan pengarang dalam buku ini. Sumbangan etnosains dan etnomatematik di Alam Melayu berakar umbi bersama sejarah dan budaya yang membentuk acuan ilmu yang penuh dengan sistem nilai tempatan dan serantau. Apabila rantau Melayu terjajah oleh kolonialisme Barat, maka penulisan sejarah telah berubah paradigma daripada rantau yang mempunyai tamadun yang agung kepada rantau jajahan yang menjulang tinggi budaya Barat yang memisahkan ilmu daripada nilai. Ilmu tradisi umat Melayu terpinggir dalam penulisan acuan kolonialisme, kerana secara beransur-ansur penjajahan bukan sahaja berlaku terhadap fizikal dan geografi tetapi juga sejarah, pemikiran dan minda. Ilmu yang berteraskan sains dan matematik yang lahir daripada budaya Melayu-Islam seperti mantik, penghujahan, pemikiran kefalsafahan, perdebatan sufisme, pelayaran, seni perubatan, pengiraan takwim, kalendar dan musim, seni bina, retorik dan ketatabahasaan, pancalogam, persenjataan, tenunan dan warisan yang lain, semakin terpinggir dalam penulisan umat Melayu. Pendokumentasian yang dilakukan penjajah diwarnakan oleh sistem nilai mereka di bawah paradigma kolonialisme, yang lebih memetik aspek khurafat atau kelemahan berbanding pemikiran mantik yang lebih saintifik. Hingga kini, keagungan pemikiran etnosains dan etnomatematik Melayu masih tersorok dalam lipatan sejarah, Maka, menerusi tulisan beberapa tokoh ilmuwan tempatan, sebahagian aspek tersebut dihuraikan dalam buku ini, sebagai percubaan pentakrifan domain kajian dan diharapkan akan menjadi bidang yang penting dalam epistemologi etnografi Melayu pada masa akan datang.

Kandungan:

Prakata

Kosmologi dan Geopusatan Nurudin al-Raniri 
> Baharrudin Zainal & Mat Rofa Ismail

Kenampakan Anak Bulan dalam Takwim Alam Melayu Prapemodenan 
> Baharrudin Zainal

Sains Pelayaran dalam Manuskrip Bugis 
> Nor Azam Mat Noor

Pemiliharaan Artifak Jam Matahari 
> Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

Ilmu Hikmah dalam Kajian Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu 
> Mat Rofa Ismail

Unsur Asasi Jirim dalam Sains Melayu Sebelum Dipengaruhi Barat 
> Shaharir Mohd Zain

Mantik Melayu Separuh Pertama Abad ke-17M Menerusi Manuskrip Nur al-Din al-Raniriy 
> Shaharir Mohd Zain

Epistemologi dan Kosmologi Ahmad al-Sirhindi 
> Mohd Nasir Mohd Tap

Retotik, Balaghah, Bahasa dan Etnomatematik Melayu 
> Mat Rofa Ismail

Rumah yang Berkembang: Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu 
> Nangkula Utaberta & Kamarul Afizi Kosman

Perisian Pembina Leksikon – Pemantapan Pembangunan Sumber Linguistik dan Morfologi (Terkompulasi) Bahasa Melayu 
> Mohd Yunus Sharum, Muhammad Taifik Abdullah, Mohd Nasir Sulaiman, Masrah Azrifah Azmi Murad & Zaitul Azma Zainon Hamzah

Perkamusan dan Sains Komputer dalam Era Teknologi Maklumat 
> Mohd Ynus Sharum

Mantik Kabur dan Unsur Emosi Melayu 
> Tahir Ahmad

Positivisme Logikal: Suatu Huraian 
> Mohd Hazim Shah

Mencari Paradigma Sains yang Bersepadu 
> Mat Rofa Ismail

Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani: Penulis Hiadayah al-Salikin


Tajuk: Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani: Penulis Hiadayah al-Salikin
Penulis: Khadher Ahmad & Ishak Hj. Sulaiman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani adalah antara ulama terkemuka dunia Melayu yang telah memberikan banyak sumbangan kearah menyebarluaskan ilmu pengetahuan khususnya ilmu keagaaam. Dengan memiliki peribadi yang hebat serta sokongan daripada bapa beliau, iaitu tokoh ulama yang berpengaruh, al-Falimbani juga menjadi tokoh ulama yang disegani pada zamannya. Penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu agama memberikan peluang kepada beliau untuk menghasilkan karya yang banyak, antaranya termasuklah kitab Hidayah al-Salikin, iaitu karya beliau dalam bidang tasawuf. Kitab ini masih digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajian khususnya di masjid, surau dan pondok di beberapa tempat di Nusantara. Dengan membaca buku ini, kita dapat mengeal keperibadian ulama terdahulu agar dapat dijadikan contoh serta pedoman hidup.

Kandungan:

1. Latar Belakang Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

2. Sumbangan dan Karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

3. Karya Hidayah al-Salikin Sebagai Bukti Ketokohan Al-Falimbani Dalam Bidang Tasawuf

4. Aspek Tasawuf Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

5. Autoriti Hadith Tasawuf Dalam Kitab Hidayah al-Salikin Melalui Kaedah Takhrif dan Analisis

6. Himpunan Hadith Yang Dicatatkan oleh Al-Falimbani Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

7. Analisis Hadith Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

8. Penutup

Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara


Tajuk: Sultan-Sultan Soleh di Nusantara
Penulis: Hasanuddin Yusof
Penerbit: Al-Hijrah Production

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan-sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam. Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah Barat. Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini, akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.

Kandungan:

1. Sultan di Nusantara

2. Sultan Malik Az-Zahir Thani (1326-1350) Samudera Pasai: Sang Pencinta Ilmu

3. Sultan Syarif Ali (1426-1432) Brunei: Pendakwah Yang Gigih

4. Sultan Syariful Hashim (1457-1480) Sulu: Ulama Yang Berhikmah

5. Sultan Ala’uddin Riayat Syah (1477-1488) Melaka: Meneladani Khulafa Ar Rasyidin

6. Sultan Syarif Hidayatullah (1479-1506) Giri: Guru Para Pendakwah

7. Raden Pati Unus (1518-1521) Demak: Syahid di Selat Melaka

8. Sultan Baabullah (1570-1583) Ternate: Pejuang Berjiwa Besar

9. Sultan Iskandar Muda (1607-1636) Aceh: Pemikiran Yang Melangkawi Zaman

10. Sultan Agung (1613-1646) Mataram

11. Sultan Kudarat (1619-1671) Maguindanao: Penyelamat Akidah Umat Islam

12. Sultan Ageng Tirtayasa (1650-1692) Banten: Hidupnya Penuh Dengan Ujian

13. Sultan Hasanuddin (1653-1670) Gowa: Menyatupadukan Kerajaan-Kerajaan Islam

14. Raja Gusti Jamiril (1761-1790) Mempawah: Ulama, Raja dan Pahlawan

15. Sultan Syarif Abdur Rahman Al-Qadri (1771-1808) Pontianak: Ulama Pengasas Kerajaan

16. Raja Haji Fisabilillah (1777-1784) Riau-Lingga: Pejuang Islam Yang Sejati

17. Sultan Nuku (1779-1805) Tidore: Mujahid Yang Tidak Kenal Erti Rehat

18. Sultan Mahmad Badaruddin II (1803-1821) Palembang: Pahlawan Yang Sukar Ditewaskan

19. Sultan Idrus Qaimuddin (1821-1851): Pengamal Tasawuf

20. Sultan Muhammad Shafiuddin II (1866-1922) Sambas: Berguru Dengan Ulama Tersohor

21. Sultan Zainal Abidin III (1881-1918): Pembela Pejuang Islam

22. Sultan Mansur (1890-1900) Kelantan: Sultan Yang Taat Perintah Allah

23. Sultan Sulaiman Shah (1898-1938) Selangor: Pencinta Ulama

 24. Sultan Iskandar Shah (1918-1938) Perak: Sultan Yang Tawaduk

Sejarah Perisikan di Malaysia


Tajuk: Sejarah Perisikan di Malaysia
Penulis: Azharudin Mohamed Dali
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini membincangkan berbagai aspek berkaitan perisikan yang telah berlaku di negara ini. Hal ehwal dunia perisikan seperti aktiviti ejen perisikan, penyuluhan, tipu helah, sabotaj, subversive mahupun propaganda akan disentuh dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini. Setiap bab melihat secara terperinci kisah-kisah sejarah perisikan. Meskipun kisah-kisah ini lebih merupakan kisah sejarah, namun dari sudut pengisiannya, ia masih sangat relevan dengan perkembangan yang berlaku hari ini.

Kandungan:

1. Pendahuluan

2. Perisikan Zaman Silam

3. Historiografi Perisikan di Malaysia

4. Perisikan dan Keselamatan Tanah Melayu Era Perang Dunia Pertama

5. Kosaku di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

6. Kesatuan Melayu Muda dan Perisikan Jepun di Tanah Melayu

7. Patrick Heenan dan C. J. Windsor: Ejen Sulit Jepun?

8. Usaha British Menghadapi Perisikan Jepun

9. Fujiwara Kikan dan Aktiviti Penyuluhan di Sumatera

10. Tentera Kebangsaan India Sebagai Agensi Perisikan (INA) di Tanah Melayu

11. Force 136 Dalam Gerakan Rahsia Anti-Jepun

12. Cawangan Khas dan Lee Meng

13. Lai Teck dalam Dunia Perisikan di Tanah Melayu

14. Abdul Majid Zainuddin sebagai Perisik British

15. Aktiviti Penyuluhan Indonesia terhadap Malaysia Ketika Konfrontasi

 16. Kesimpulan

Membongkar Rahsia Dunia Melayu: Peribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah


Tajuk: Membongkar Rahsia Dunia Melayu: Peribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah
Penulis: Srikandi, Al-Semantani & Ibnu Rusydi
Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.


Kandungan:

1. Melayu dan Kelompok Besar Austronesia

- Raja-raja berdaulat yang menaungi bangsa Melayu pada hari ini

- Berasal dari Asia Tengah

- Berasal dari Nusantara

- Kajian terkni

- Bangsa Melayu adalah milik Austronesia

- Asal-usul Bangsa Melayu


2. Sejarah Melayu dan Bukti Prasasti dan Rekod Antarabangsa

- Srikandi

- Pengenalan

- Aspek I: Hubungan antarabangsa

- Srivijaya: Kegemilangan Srivijaya dalam hubungan antarabangsa

- Aspek II: Prasasti/Batu bersurat

- Aspek III: Negara kota-negara Kota Melayu (Malay City-States)

3. Melayu dan Orang Asli

- Pengenalan

- Orang Asli di Malaysia

- Hubungan Melayu dengan Orang Asli

- Menyelami kehidupan suku Melayu Proto: Jakun dan Temuan

4. Indianisasi Budaya di Alam Melayu

- Pengenalan

- Salah faham tentang Tamadun Melayu

- Teori-teori Indianisasi

5. Pengaruh Melayu di Sri Lanka

- Pengenalan

- Rajendra Chola Bukan Raja Siam

- Kebangkitan Melayu Srivijaya

- Siapakah Samara Vijayatungga Varman?

6. Siapa Temagi: Kekeliruan Antara Thai Dengan Sri Dharmaraja

- Pengenalan

- Siapakah Temagi?

- Nagara Sri Dharmaraja

- Dharmasokaraja

- Chandrabhanu, ‘Javakan King’ yang menyerang Sri Lanka

- Penubuhan Ayutthaya dan pembukaan sebuah rahsia

- Riwayat negeri-negeri era pertengahan

- 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja

- Yamtuan Abu Bakar

7. Penghijrahan di Alam Melayu

- Pengenalan

- Alam Melayu

- Penghijrahan Parameswara

- Parameswara hanya berhijrah

a. Kerajaan- kerajaan di Pulau Sumba

b. Kesultanan Sintang

c. Kesultanan Buton

d. Kesultanan Maguindanao

8. Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu

- Pengenalan

- Sejarah Bahasa Melayu

- Bahasa Melayu Kuno

- Bahasa Melayu Klasik

- Bahasa Melayu Moden

- Bahasa Melayu Selaku Bahasa Kebangsaan

- Kesimpulan

- Asal-usul Bangsa Melayu

9. Hang Tuah Berketurunan Cina?

- Pengenalan

- Percubaan penyelewengan sejarah

- Penyelewengan nama Melayu

- Gelaran Hang di era Melaka

- Puteri Hang Li Po sebagai alasan

- Asal-usul Hang Tuah

a. Sulalatus Salatin

b. Hikayat Hang Tuah

10. Keris Senjata Warisan Nusantara

- Pengenalan

- Ciri-ciri khas

- Asal-usul keris

- Keris warisan asli Nusantara

- Falsafah pembuatan keris

- Keunikan pamor keris dan falsafahnya

11. Senjata Api di Alam Melayu

- Pengenalan

- Senjata api Melayu

- Senjata meriam

- Senjata lela dan rentaka

- Pemuras, tarkul dan istinggar

- Kesimpulan

- Sumpah Melayu

12. Melayu dan Austronesia: Viking Timur Jauh

- Pengenalan

- Sepintas tentang perkapalan dunia Melayu

 - Beberapa anekdot menarik tentang dunia perkapalan Melayu

Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim


Tajuk: Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim
Editor: Mohammad Redzuan Othman et.al
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Buku ini merupakan koleksi dan artikel yang ditulis oleh sarjana dan sejarawan tempatan untuk monograf sempena persaraan Profesor Dato' Khoo Kay Kim. Artikel yang ditulis merangkumi aspek-aspek sejarah yang berkaitan dengan pensejarahan, sejarah sosial, sejarah politik dan sejarah ekonomi yang merupakan komponen penting dalam pengkajian proses perkembangan sejarah Malaysia. Di samping itu, artikel yang ditulis juga turut merangkumi aspek perkembangan sejarah Malaysia dan hubungannya dengan rantau lain dan aspek sejarah Malaysia kontemporari.

Artikel-artikel yang terdapat dalam monograf ini merupakan hasil kajian oleh pensyarah-pensyarah yang menulis dalam bidang kepakaran masing-masing yang sebahagiannya pernah membentangkan kajian masing-masing dalam seminar di dalam atau di luar Negara. Artikel-artikel yang diterbitkan bakal menjadi "jendela" untuk para sarjana dan sejarawan akan datang untuk merenung keluar dan menerokai pelbagai aspek sejarah Malaysia untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Kandungan:

Pendahuluan
 
1. Prof. Dato’ Dr. Khoo Kay Kim
 
2. Pensejarahan di Dalam Tradisi Barat dan Melayu: Satu Perbandigan Ringkas 
> Arba’iyah Mohd Noor
 
3. Penulisan Sejarah Tempatan di Malaysia: Referensi Contoh Daripada Teks ‘Aturan Setia Bugis Dengan Melayu’ 
> Muhammad Yusoff Hashim
 
4. Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) dalam Penulisan Sejarah Malaysia 
> Sivachandralingam Sundara Raja
 
5. The Suku Society of Sabah in the Second Half of the Nineteenth Century 
> D. S. Ranjit Singh
 
6. Mengharungi Badai dan Gelombang: Kesultanan di Malaysia dan Sumatera Merdeka 
> Abdullah Zakaria Ghazali
 
7. Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870an 
> Zulkarnain Abdul Rahman
 
8. Sejarah Perkembangan Sistem Telegraf di Perak dan Selangor 1874-1887 
> Azharuddin Mohamed Dali
 
9. Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang dengan Sumatera Sehingga Awal Abad ke-20: Tinjauan Terhadap Golongan yang Terlibat 
> Salina Zainol
 
10. The Early Profile of People: The Hakka in Sabah 1882-1941 
> Danny Wong Tze-Ken
 
11. Pengaruh Timur Tengah dalam Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu 
> Mohammad Redzuan Othman
 
12. Kerjasama Awal Tanah Melayu-Thailand Menentang Pengganas-Pengganas Komunis di Perbatasan 1948-1957 
> Nik Anuar Nik Mahmud
 
13. Utusan Sarawak Sepanjang 1949 Sehingga 1963 
> Suffian Mansor
 
14. Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 
> Ahmad Kamal Ariffin
 
15. Toward the Birth of A Nation: The Alliance and the First Federal Election in Malaya 
 > Joseph M. Fernando
 
16. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman: Satu Pandangan Awal 
> Ramlah Adam
 
17. Akta Pertubuhan: Perkembangan dan Implikasinya Ke Atas Kegiatan Pertubuhan Sukarela di Malaysia 
 > Hussain Mohamed
 
18. The Malay Nationalist Demystifications of the Malay Rulers During the Debates on the 1983 & 1993 Constitutional Amendments 
> Cheah Boon Kheng
 
19. Pengaruh Luar dan Pengislaman Dalam Negeri: United Kingdom dan Eire dalam Kebangkitan Semula Islam di Malaysia 
> Mohamad Abu Bakar
 
20. Kebuluran di Korea Utara: Senario dan Bantuan Luar
> Noor Shuhana Zamhuri
 
21. Tembikar Tradisional: Masalah Sejarah Masa Lalu dan Cabaran Masa Kini 
> Othman Yatim

Persada Jauhari: Kumpula Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim


Tajuk: Persada Jauhari: Kumpula Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim
Editor: Arbai’yah Mohd Noor et. al
Penerbit: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

Buku ini diterbitkan sempena persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim sebagai menghargai segala jasa yang telah beliau curahkan dalam pengajaran dan penyelidikan. Buku ini mengandungi 10 buah hasil penulisan para pensyarah Jabatan Sejarah, anak didik serta rakan seperjuangan beliau. Makalah-makalah yang terkandung di dalam buku ini merangkumi aspek sejarah politik dan pentadbiran, sejarah ekonomi dan social.

Kandungan:

1. Pendahuluan
 
2. Biodata Profesor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim
 
3. Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu dengan Belanda Pada Abad ke-17 dan ke-18 
> Abdullah Zakaria Ghazali
 
4. Proses Transisi Masyarakat Melayu di Tanah Melayu, 1880-1941: Reaksi Terhadap Perkembangan Kemajuan Infrastruktur dan Sistem Kesihatan Awam 
> Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Suffian Mansor
 
5. Kadar Keluar Mengundi dan Kemarginalan Kawasan Pilihan Raya Parlimen di Malaysia, 1959-2004 
> Amer Saifude Ghazali & Zulkarnain Abdul Rahman
 
6. Raja Khalid Hiram Sebagai Pengarang Bahawa Inilah Syair Perjalanan Sultan Lingga dan Yang Dipertuan Muda Riau ke Singapura (SPSL) 
> Arbai’yah Mohd Noor
 
7. Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya 1941-1945: Dari Negara Matahari Terbit ke Tanah Melayu > Azhar Mad Arus
 
8. Memali Dalam ‘Sejarah Tragedi’ di Malaysia 
> Azharudin Mohamed Dali
 
9. Islam dan Demokrasi Menurut Perspektif Pemikir Islam 
> Hasanudin Daud
 
10. Pergerakan Komunis dan Kesannya Terhadap Ekonomi di Tanah Melayu, 1948-1960: Tumpuan Kepada Sektor Getah dan Bijih Timah 
> Ho Hui Ling
 
11. “Biarlah Orang Tahu”: Sekitar Konstroversi Pejuang Sebenar Kemerdekaan Malaysia 
> Hussain Mohammed
 
12. Dato’ Onn Jaafar dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 
> Joseph M. Fernando
 
13. Penglibatan Keluarga Bugis di Kalimantan Barat Pada Abad ke-18 Berdasarkan Tuhfat al-Nafis 
> Mardiana Nordin
 
14. Syeikh Junid Tola (1886-1948): Ulama Progresif Penggerak Kesedaran Politik dan Kemajuan Sosio-Ekonomi Masyarakat 
> Mohammad Redzuan Othman
 
15. Perkembangan Numismatik Berbentuk Binatang di Tanah Melayu 
> Mohd Supian Sabtu
 
16. Gagasan Pembentukan Negara-Bangsa, Ancaman Politik Perkauman dan Permasalahan Hubungan Etnik di Malaysia 
>  Nordie Achie
 
17. Selat Melaka dan Perdagangan Dunia, 1700-1800 
> Nordin Hussin
 
18. Perang Bone Kedua, 1859-1860 
> Salina Hj. Zainol
 
19. Sejarah Perniagaan dan Keusahawanan: Halatuju Dalam Historiografi Malaysia 
> Shakila Parween Yacob
 
20. Relevansi Seminar Ekonomi Terawal MIC Terhadap Masalah Komuniti India di Malaysia 
> Sivachandralingam Sundara Raja
 
21. Penubuhan dan Cabaran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam Tahun-tahun 1970-an dan 1980-an 
> Suffian Mansor & Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus

Tokoh Dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu


Tajuk: Tokoh Dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu
Penulis: Mazlan Nordin
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Buku ini menukilkan kisah tokoh wartawan yang memainkan peranan sebagai penebus peminggiran Melayu melalui akhbar. Mereka membangunkan minda Melayu melalui tulisan yang membangkitkan semangat juang, jati diri, cita-cita, pemikiran, idealisme, penyesalan tragedi, dan penyampai berita tentang pembinaan negara-bangsa. Abdullah Munsyi diperkenalkan sebagai seorang tokoh wartawan dan sasterawan yang pernah bertugas sebagai editor majalah Bustan Arifin (1821-1822), majalah pertama yang diterbitkan berbahasa Melayu. Tokoh wartawan lain turut dipaparkan sebagai jurubicara yang membangkitkan kisah jerih perit yang dihadapi dalam dunia pendidikan, ekonomi dan kedudukan sosial orang Melayu di tanah air sendiri. Tidak hairanlah jika ada di kalangan wartawan yang turut terjun ke dalam kancah politik demi perjuangan. lbrahim Yaacob meniup semangat kebangsaan Melayu melalui penyatuan hati Malaya dengan jiwa Indonesia yang merupakan satu gagasan besar. Namun, landskap minda di sekelilingnya telah berubah rentak dan. membataskan cita-cita jiwa politiknya, dan akhirnya beliau bergiat di Indonesia. Dato' Onn Jaafar yang memulakan kerjayanya sebagai wartawan, akhirnya menjadi tokoh politik yang hebat menubuhkan parti UMNO. lshak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, tokoh politik berhaluan kiri dan revolusioner berjuang sebagai wartawan. Abdul Rahirn Kajai dan A. Samad lsmail ialah wartawan sejati yang sangat menonjol dan turut berpolitik di belakang tabir. Sejarah mencatatkan hakikat dan realiti yang berwarna-warni yang akhirnya ditafsirkan oleh khalayaknya.

Kandungan:
 
Pendahuluan
 
1. Sejarah Sebelum Perang
 
2. Abdullah Munsyi
 
3. Abdul Rahim Kajai
 
4. Dato’ Onn Jaafar
 
5. Ibrahim Yaacob
 
6. Ishak Hj. Muhammad
 
7. Ahmad Boestamam
 
8. A. Samad Ismail
 
9. Utusan Melayu
 
10. Berita Harian
 
11. Mogok Utusan
 
 12. Baba Peranakan dan Akhbar Melayu

Melayu Cape di Afrika Selatan


Tajuk: Melayu Cape di Afrika Selatan
Penulis: Wan Hashim & Hanapi Dollah
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka


Lebih setengah juta keturunan Melayu kini mendiami di beberapa bandar di Afrika Selatan seperti Cape Town, Johannesburg, Port Elizabeth, Simonston, Kimberly, Durban dan beberapa lagi. Mereka merupakan salah satu rumpun Melayu diaspora yang berhijrah ke sana mulai pertengahan abad ke-17 semasa Wilayah Cape, Melaka dan sebahagian Kepulauan Alam Melayu di bawah penjajahan Belanda. Ketibaan golongan ulama seperti Sheikh Yusof dan Imam Abdullah Kadi dari Alam Melayu sebagai buangan politik telah mengasaskan serta mengembangkan agama Islam di sana. Walaupun menerima tekanan yang pedih daripada kuasa penjajahan dan kemudiannya rejim Aparteid, mereka masih berjaya mempertahankan jadi diri sebagai rumpun Melayu yang beragama Islam. Ada dalam kalangan mereka muncul sebagai tokoh cemerlang kerana terlibat secara langsung dalam arena politik, gerakan menentang Aparteid serta aktif dalam bidang perniagaan dan kesenian.

Kandungan:

1. Sejarah Awal

- Penerokaan jalan laut

- Siapa orang pertama mengelilingi dunia?

- Ibrahim Betawi dan Syeikh Yusuf

- Kesimpulan

2. Penghijrahan dan Perkembangan Islam

- Pendahuluan

- Golongan bangsawan-buangan politik

- Golongan banduan dan kaum merdeheka

- Golongan hamba

- Perkembangan masyarakat Islam abad ke-19 dan abad ke-20

- Kesimpulan

3. Malay Quarters: Komuniti Melayu di Bo-Kaap

- Lata belakang

- Penduduk Bo-Kaap

- Pendidikan di Bo-Kaap

- Pekerjaan penduduk Bo-Kaap

- Pendapatan isi rumah

- Institusi keluarga

- Perkahwinan masyarakat Melayu

- Upacara perkahwinan

- Istilah kekerabatan dan penggilan

- Agama

- Bo-Kaap Neighborhood Watch (BNW)

- Bo-Kaap Civic Association (Schotsche Kloof Civic)

- Khatam al-Qur’an

- Kesimpulan

4. Makam Keramat

- Pendahuluan

- Keramat dan orang Melayu

- Suasana politik

- Taburan makam

- Kesimpulan

5. Budaya dan Jati Diri

- Pendahuluan

- Melayu-Islam

- Jati Diri Islam

- Perhambaan


- Kesimpulan

6. Mobiliti Sosial dan Tokoh Melayu Cemerlang

- Pendahuluan

- Pembebasan dan kepelbagaian

- Pengasingan melalui sistem Aparteid

- Kedudukan orang Melayu hingga kini

- Melayu cemerlang dan terbilang

- Tokoh ulama dan pejuang

- Tokoh kesenian

- Kemunculan anggota kelas menengah baru

 - Kesimpulan

Wali Songo Di Tanah Jawa: Masjid-Masjid Dan Method Dakwahnya


Tajuk: Wali Songo Di Tanah Jawa: Masjid-Masjid Dan Method Dakwahnya
 Penulis: Hj. Wan Abdul Halim Bashah (IBHAR)
Penerbit: KB Excel Printing Sdn. Bhd.

Mereka berdakwah dengan mengambil kira situasi setempat, waktu dan sifat-sifat masyarakat yang mereka depani dan kemudian mereka gunakan segala unsur-unsur budaya tempatan dengan sebaik-baiknya untuk membantu menyebarkan Islam. Mungkin teknik inilah barangkali yang menyebabkan reka bentuk bangunan-bangunan masjid dikekalkan bentuknya. Mereka tidka mengancam, mengkritik atau menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai bentuk larangan atau mengeluarkan fatwa-fatwa yang melarang segala unsur budaya tempatan. Mereka cuba menyesuaikan cara hidup orang yang ada pada waktu itu sehingga tidak terasa adanya percanggahan dengan agama nenek moyang mereka dahulu. Inilah yang menjadikan orang mula tertarik kepada Islam.

Kandungan:

Pendahuluan
 
1. Kelantan dan Champa Melahirkan Tokoh-tokoh Wali Songo
 
2. Masjid-masjid Yang Dibina oleh Wali Songo Masjid Kampung Laut
 
3. Method (Uslub) Dakwah Wali Songo
 
4. Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
 
5. Anggota Keluarga Wali Songo
 
6. Kerajaan Islam Demak
 
7. Islam di Pejajaran
 
8. Aliran Pantheisme Syeikh Siti Jenar

'Umdat Al-Muhtajin: Panduan Perjalanan Rohani Masyarakat Alam Melayu


Tajuk: 'Umdat Al-Muhtajin: Panduan Perjalanan Rohani Masyarakat Alam Melayu
Editor: Mohd Syukri Yeoh Abdullah et.al
Penerbit: Penerbit UKM
Umdat al-Muhtajin ila Sulik al-Maslak al-Mufridin adalah manuskrip karya agung Shaykh Abdul Rauf al-Singkel, seorang mufti (Qadi al-Malik) empat era pemerintahan Sulatanah Kerajaan Aceh Darussalam abad ke-17 Masihi. Manuskrip ini adalah panduan cara perjalanan (suluk) bagi seorang salik yang ingin mendekati diri kepada Allah. Manuskrip ini dikaji tentang pemikiran Shaykh Abdul Rauf al-Singkel dari pelbagai sudut dan pendekatan disiplin ilmu mengikut kepakaran ahli-ahli dalam kumpulan GUP-TKS-08-08-274-ATMA-UKM dan CEO ATMA 10-42-01-005 UKM.

Kandungan:

Pendahuluan

Riwayat Hidup Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili: Pengarang ‘Umdat al-Muhtajin
> Mohd. Syukri Yeoh Abdullah

‘Umdat al-Muhtajin: Manuskrip Sumber Biografi Pengarang
> Fairuzah Hj. Basri et.al

Pernaskhahan ‘Umdat al-Muhtajin
> Faurizah Hj. Basri et.al

4. ‘Umdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin Suatu Pengenalan Inti Sari
> Muammar Ghaddafi Hanafiah

5. Estetika Bahasa dalam ‘Umdat al-Muhtajin
> Fairuzah Hj. Basri et.al

6. Gaya Bahasa ‘Umdat al-Muhtajin dalam Kerangka Nahu Fungsian
> Muhammad Fadzeli Jaafar

7. Ciri-ciri Linguistik ‘Umdat al-Muhtajin
> Salmah Ahmad

8. ‘Umdat al-Muhtajin: Panduan Perjalanan Rohani Ahlillah Alam Melayu
> Mohd. Syukri Yeoh Abdullah et.al

9. Jati Diri Pendakwah dalam ‘Umdat al-Muhtajin
> Syamsul Bahri Andi Galigo

10. Hadis dalam ‘Umdat al-Muhtajin
> Wan Nasyrudin Wan Abdullah

11. Akidah dalam ‘Umdat al-Muhtajin
> Fairuzah Hj. Basri et.al

12. Pengaruh Al-Simt al-Majid dalam Teks ‘Umdat al-Muhtajin
> Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Warisan Melayu Sri Langka


Tajul: Warisan Melayu Sri Lanka
Editor: Ismail Hussein & Awang Sariyan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku ini merupakan hasil usaha awal pengumpulan makalah-makalah tentang Melayu Sri Lanka yang dihasilkan oleh penulis-penulis Sri Lanka. Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang mencakup sejarah umum dan budaya; hubungan Sri Lanka dengan dunia Melayu; petempatan di bandar dan desa; bahasa dan persuratan; pertubuhan Melayu di Sri Lanka; biografi tokoh Melayu; hal ehwal sosial dan budaya; masjid dan keramat; kegiatan sukan; dan juadah Melayu di Sri Lanka. Buku ini penting dalam konteks pendokumentasian dan penyebaran maklumat tentang bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu di daerah luar dari Nusantara, iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu dan yang mejadi bukti penyebaran bangsa Melayu yang luas.

Kandungan:

Pengenalan

Bahagian 1: Sejarah Umum dan Budaya

Bahagian 2: Hubungan Dengan Dunia Melayu

Bahagian 3: Petempatan di Bandar dan Desa

Bahagian 4: Bahasa dan Persuratan

Bahagian 5: Pertubuhan Melayu Sri Lanka

Bahagian 6: Biografi Tokoh Melayu

Bahagian 7: Hal Ehwal Sosial dan Budaya

Bahagian 8: Masjid dan Keramat

Bahagian 9: Kegiatan Sukan

Bahagian 10: Juadah Melayu Sri Lanka

Survival Politik Muslim Malaysia


Tajukl: Survival Politik Muslim Malaysia
Editor: Abdull Rahman Mahmood et.al
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Peranan pemimpin parti adalah faktor penggerak kepada kalangsungan parti dalam mendepani arus perubahan masyarakat. Ini kerana pengaruh dan wibawa parti politik khususnya di Malaysia adalah terletak kepada kemahiran pimpinan parti mengolah isu masyarakat dan mengemukakan gagasan yang meyakinkan agar mendapat perhatian dan sokongan massa. Buku ini membincangkan isu politik dari sudut sejarah dan perkembangan terkini dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Isu ketuanan Melayu dan perlaksanaan sistem Islam kini menjadi persoalan yang menarik dalam kalangan ahli politik Muslim Malaysia. Parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS mengemukakan pelbagai hujah dan pandangan berkaitan dengan persoalan ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia. Buku ini turut membincangkan isu Islam dan negara secara teori khusnya pandangan Abu al-‘Ala al-Maudidi. Gagasan baru berkaita kedudukan Melayu dalam konteks Malaysia diolah pula dari persepktif tokoh seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Dato’ Asri Haji Muda dan Dato’ Fadzil Mohd Noor yang dianggap sebagai kalangan elit agama. Pandangan dan pendekatan mereka dicerakinkan dalam konteks pembangunan negara bangsa di Malaysia.

Kandungan:

Pendahuluan

1. PAS dan Pelembagaan Tanah Melayu (1957)
> Nik Anuar Nik Mahmud

2. Pernanan Ulama dalam Gerakan Kemerdekaan
> Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif & Kamaruzaman Yusof

3. Negara Islam dalam Wacana UMNO, PAS dan ABIM
> Kamaruddin Salleh

4. Kepimpinan Melayu dalam Wacana Politik UMNO-PAS
> Abdull Rahman Mahmood et.al

5. Wacana Identiti Melayu dalam Kalangan Ahli Politik Muslim Malaysia
 > Jaffary Awang & Abdull Rahman Mahmood

6. Isu Survival Politik Muslim di Malaysia
> Ibrahim Abu Bakar & Zakaria Stapa

7. Masyarakat Cam dan Politik Kepartian: Pilihan Raya Umum 2008
> Mohamad Zain Musa

8. Kebangkitan Masyarakat Islam Nusantara Pasca 11 September
> Kamarulnizam Abdullah

9. Politik Islam Menurut Abu al-A’la al-Maudidi
> Wan Kamal Mujani & Noor Azrul Ahmad

Puteri Saadong II Melahirkan Generasi Wali Songo


Tajuk: Puteri Saadong II Melahirkan Generasi Wali Songo
Penulis: Hj. Wan Abdul Halim Bashah (IBHAR)
Penerbit: KB Excel Printing Sdn. Bhd.

Ada tiga tokoh wanita yang memakai gelaran nama yang serupa, mereka itu ialah Puteri Saadong yang hidup dalam abad ke-14 Masihi, yang kedua abad ke-15 dan seorang lagi di abad ke-17 Masihi. Puteri Saadong I bernama Siti Aisyah, tiga beradik dengan Maulana Malik Ibrahim dan Ibrahim Asmarakandi (sebapa melalui ayah mereka Saiyid Husein Jamadil Kubra manakala Ibrahim Asmarakandi seorang sahaja dari ibu yang lain). Siti Zubaidah (permaisuri Raja Campa iaitu Sultan Zainal Abidin) juga digelar dengan nama yang sama Puteri Saadong II. Dan seorang lagi Puteri Saadong III iaitu Siti Mariam, isteri Raja Abdulah yang dibawa ke Ayuthia kerana hendak diperisterikan oleh Raja Siam.

Cerita atau sejarah mengenai ketiga-tiganya telah bercampur baur sehingga wujud percanggahan fakta terutamanya di segi kronologi. Kerana itulah timbul unsur anakronisme atau anakronistis (wujud nama, tempat, kerajaan dalam jarak masa yang berlainan atau tidak dalam masa yang sama tiba-tiba digabungkan dalam satu zaman atau masa).

Kandungan:

Pendahuluan
 
1. Kedatangan Agama Islam di Alam Melayu
 
2. Semenanjung Melayu disebut ‘Malaka’
 
3. Kedatangan Ahlulbait ke Alam Melayu
 
4. Kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Semenanjung: Hubungannya dengan Majapahit dan Siam
 
5. Cik Siti Wan Kembang
 
6. Pasai dan Negeri Kelantan Menjadi Pengkalan Dakwah di Nusantara
 
7. Raja Kelantan Gigih Berdakwah kepada Raja-raja Melayu
 
8. Hubungan Kelantan dan Majapahit
 
9. Keturunan Puteri Saadong II
 
10. Puteri Saadong di Abad ke-17

Diaspora Melayu Cam


Tajuk: Diaspora Melayu Cam
Penulis: Mohamad Zain Musa
Penerbit: Persatuan Sejarah Malaysia

Diaspora Melayu Cam mencatatkan sejarah orang Cam dan kemudian bersama orang Melayu, iaitu orang Melayu-Cam, berpindah randah dalam rangka diaspora mereka untuk mencari perlindungan serta untuk memulakan hidup baru di negara asing yang kemudian menjadi tanah tumpah darah generasi kedua dan seterusnya.

Pendahuluan

1. Runtuhnya Sebuah Kerajaan Melayu

2. Kedatangan Orang Melayu dan Cam ke Kemboja

3. Penghijrahan Raja Po Cei Brei ke Kemboja

4. Orang Melayu-Cam dalam Menangkis Pemberontakan 1858

5. Kesepaduan Orang Melayu-Cam dengan Pemerintahan Kemboja

6. Petempatan dan Perkembangan Masyarakat Cam

7. Penghayatan Islam Masyarakat Melayu-Cam di Indochina

8. Pembasmian Kemiskinan Orang Melayu-Cam

9. Masyarakat Cam di Malaysia dan Sumber Ekonomi

Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19


Tajuk: Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19
Editor: Arba’iyah Mohd. Nor & Mohd. Hanafi Ibrahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini mengandungi himpunan Sembilan hasil kajian yang diusahakan oleh kalangan sarjana dan peneliti persuratan Melayu. Ketokohan dan sumbangan kepengarangan Raja Ali Haji dalam pelbagai genre telah dikupas dengan mendalam daripada pelbagai tanggapan dan pendekatan. Inti pati pemikiran dan estetika susastera Raja Ali Haji dalam membina dan memantapkan sahsiah ummah dan bangsa Melayu telah dapat disingkap. Buku ini bermanfaat sebagai rujukan penting warisan peradaban persuratan Melayu khususnya untuk mengenali tokoh dan karya-karya pujangga silam.

Kandungan:

Pendahuluan

Raja Ali Haji: Kecendekiawanan dan Kepengarangannya
> Siddiq Fadzil

Aspek Kesufian dalam Karya Raja Ali Haji (1808-1873)

> Ahmad Zaki Abdul Latiff & Fairuzah Basri

Sistem Kehakiman Islam dalam Karya Raja Ali Haji
> Khalif Muammar A. Harris

Mengembalikan Kecemerlangan Ulama Suatu Cabaran bagi Umat Menerusi Perspektif Raja Ali Haji
 > Wazzainab Ismail & Hafida Mohamed Nordin

5. Pemikiran Sejarah Raja Ali Haji Menerusi Tuhfat al-Nafis Karya Ulung Kesultanan Johor-Riau-Lingga
> Arba’iyah Mohd. Noor

6. Peranan Raja Ali Haji dalam Pertembungan Agama dan Politik di Alam Melayu
> Ayu Nor Azilah Mohamad

7. Pemikiran Raja Ali Haji Melalui Karya-Karya Puisi
> Abu Hassan Sham

8. Ketatanegaraan Melayu Kurun ke-19 Menerusi Pandangan Raja Ali Haji: Kajian Berasaskan Karya Sejarah Tuhfat al-Nafis
> Tatiana A. Denisova

9. Bahasa Melayu sebagai Wadah Dakwah dan Tarbiah dari Kaca Mata Raja Ali Haji
> Norfazila Ab. Hamid dkk.

Isnin, 8 April 2013

PRU 13, UMNO Tumpas?



Tajuk: PRU 13, UMNO Tumpas?
Penulis: Zainal Abidin Ahmad
Penerbit: Gerakbudya Enterprise.

Kandungan:

Sekapur Sirih

Pembukaan

Sebab-sebab Kekebalan UMNO

Tsunami Politik Tahun 2008

Faktor tambahan

PRU Ke-13, UMNO Tumpas?

Rasuah dan UMNO

UMNO dan Rasuah

Faktor Sampingan

Tanda-tanda Kemerosotan UMNO

Langkah-langkah yang Perlu Diambil UMNO

Kesimpulan

Ahad, 7 April 2013

Membina Bangsa Malaysia.



Tajuk: Membina Bangsa Malaysia.
Penyelenggara: Dr. Aida Idris Dan Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Penerbit: Strategies Information And Research Center (SIRD)

Kandungan:

Kata Pengantar
> Profesor Dr. Jomo KS

Nota Editor
> Dr. Aida Idris Dan Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah

Undang-undang dan Masyarakat
> Abdul Aziz Bari

Media, Teknologi Maklumat dan Cabaran Semasa
> Ooi Heng

Ekonomi dalam Era Globalisasi: Meninjau Kesan Dasar dan Nilai
> Aida Idris

Merakyatkan Seni-Budaya
> Dinsman

Pemuda Khalifah atau Boneka
> Abu Hassan Hasbullah

Menjana Modal Insan: Suatu Pendekatan Holistik
> Syed Ibrahim Syed Noh

Sabtu, 6 April 2013

Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam Budaya Dan Institusi



Tajuk: Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam Budaya Dan Institusi.
Penyunting: Haris Zuan & Rizal Hamdan.
Penerbit: Strategies Information And Research Center (SIRD)

Kandungan:

Kata Pengantar

Biodata Penyumbang

Nota Editor

Bab 1. Lanskap Masyarakat Sivil: Evolusi, Politik dan Pendekatan
> Kartini Aboo Talib @ Khalid

Bab 2. Persaingan Politik Moral: Satu Analisis Politik Budaya (Cultural Politics) Kumpulan Seni di Malaysia
> Soon Chuan Yean

Bab 3. Gerakan Sosial Baru pasca Reformasi: Usaha Mengembalikan Fungsi Ruang Awam
> Mohd Hariszuan Jaharudin

Bab 4. Politik Melayu di Persimpangan
> Nidzam Sulaiman & Zaini Othman

Bab 5. UMNO dan Konservatisme
> Muhamad Takiyuddin Ismail & Ahmad Fauzi Abd Hamid

Bab 6. Politik Hak Asasi Manusia di Malaysia
> Mohd Rizal Hamdan

Bab 7. Satu Tinjauan atas Persoalan Gender di Malaysia
> Noraisah Yusop

Bab 8. Dinamika Hubungan Kekuasaan antara Institusi Agama dan NGO Wanita: Isu-isu tentang Wanita Islam di Malaysia.
> Sharifah Syahirah Syed Sheikh & Rashila Ramli

Bab 9. Membaca Habermas di Malaysia: Langkah Perubahan Politik Menerusi Tindakan Komunikatif
> Aqil Fithri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...