JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Warisan Melayu Sri Langka


Tajul: Warisan Melayu Sri Lanka
Editor: Ismail Hussein & Awang Sariyan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku ini merupakan hasil usaha awal pengumpulan makalah-makalah tentang Melayu Sri Lanka yang dihasilkan oleh penulis-penulis Sri Lanka. Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang mencakup sejarah umum dan budaya; hubungan Sri Lanka dengan dunia Melayu; petempatan di bandar dan desa; bahasa dan persuratan; pertubuhan Melayu di Sri Lanka; biografi tokoh Melayu; hal ehwal sosial dan budaya; masjid dan keramat; kegiatan sukan; dan juadah Melayu di Sri Lanka. Buku ini penting dalam konteks pendokumentasian dan penyebaran maklumat tentang bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu di daerah luar dari Nusantara, iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu dan yang mejadi bukti penyebaran bangsa Melayu yang luas.

Kandungan:

Pengenalan

Bahagian 1: Sejarah Umum dan Budaya

Bahagian 2: Hubungan Dengan Dunia Melayu

Bahagian 3: Petempatan di Bandar dan Desa

Bahagian 4: Bahasa dan Persuratan

Bahagian 5: Pertubuhan Melayu Sri Lanka

Bahagian 6: Biografi Tokoh Melayu

Bahagian 7: Hal Ehwal Sosial dan Budaya

Bahagian 8: Masjid dan Keramat

Bahagian 9: Kegiatan Sukan

Bahagian 10: Juadah Melayu Sri Lanka

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...