JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19


Tajuk: Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19
Editor: Arba’iyah Mohd. Nor & Mohd. Hanafi Ibrahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini mengandungi himpunan Sembilan hasil kajian yang diusahakan oleh kalangan sarjana dan peneliti persuratan Melayu. Ketokohan dan sumbangan kepengarangan Raja Ali Haji dalam pelbagai genre telah dikupas dengan mendalam daripada pelbagai tanggapan dan pendekatan. Inti pati pemikiran dan estetika susastera Raja Ali Haji dalam membina dan memantapkan sahsiah ummah dan bangsa Melayu telah dapat disingkap. Buku ini bermanfaat sebagai rujukan penting warisan peradaban persuratan Melayu khususnya untuk mengenali tokoh dan karya-karya pujangga silam.

Kandungan:

Pendahuluan

Raja Ali Haji: Kecendekiawanan dan Kepengarangannya
> Siddiq Fadzil

Aspek Kesufian dalam Karya Raja Ali Haji (1808-1873)

> Ahmad Zaki Abdul Latiff & Fairuzah Basri

Sistem Kehakiman Islam dalam Karya Raja Ali Haji
> Khalif Muammar A. Harris

Mengembalikan Kecemerlangan Ulama Suatu Cabaran bagi Umat Menerusi Perspektif Raja Ali Haji
 > Wazzainab Ismail & Hafida Mohamed Nordin

5. Pemikiran Sejarah Raja Ali Haji Menerusi Tuhfat al-Nafis Karya Ulung Kesultanan Johor-Riau-Lingga
> Arba’iyah Mohd. Noor

6. Peranan Raja Ali Haji dalam Pertembungan Agama dan Politik di Alam Melayu
> Ayu Nor Azilah Mohamad

7. Pemikiran Raja Ali Haji Melalui Karya-Karya Puisi
> Abu Hassan Sham

8. Ketatanegaraan Melayu Kurun ke-19 Menerusi Pandangan Raja Ali Haji: Kajian Berasaskan Karya Sejarah Tuhfat al-Nafis
> Tatiana A. Denisova

9. Bahasa Melayu sebagai Wadah Dakwah dan Tarbiah dari Kaca Mata Raja Ali Haji
> Norfazila Ab. Hamid dkk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...