JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 11 Oktober 2011

Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-Konsep Asas Dan Falsafah Pendidikan Negara.

Tajuk: Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-Konsep Asas Dan Falsafah Pendidikan Negara.
Penulis: Abdul Rahman Haji Abdullah
Penerbit: Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd

Buku ini membahaskan tentang persoalan ilmu berdasarkan tiga komponen utama dalam falsafah: ontologi, epistemologi dan aksiologi. Perbincangan tentang ilmu dan thaqafah (pengetahuan) ini sangat menarik. Adakah ilmu dan pengetahuan satu pengertian yang sama atau sebaliknya? Atau pengetahuan merupakan terjemahan dari perkataan ilmu. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa pengetahuan biasa (ordinary knowledge) yakni pengetahuan tentang hal hal biasa saja. Manakala pengetahuan ilmiah (scientific knowledge) iaitu pengetahuan yang tersusun atau sistematik, serta mempunyai kaedah atau metodologi tertentu yang dapat disebut sebagai ilmu. Apabila membaca buku ini, teringat sebuah buku, iqtidhÉ’ al-ilmu al-amal karangan Hafiz AbË Bakar Ahmad ibn Ali al-Khatib al-Baghdhadi yang membincangkan tentang hakikat ilmu yang sebenarnya. Tiada makna sekiranya seseorang mengetahui sesuatu tetapi tidak beramal. Fokus utama kehidupan adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dengan beramal dengan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. m/s :164

Kandungan.

Kata Pengantar

Pendahuluan

Bab 1. Konsep Falsafah Ilmu.

Bab 2. Ontologi 1: Hakikat Ilmu.

Bab 3. Ontologi 2: Hakikat Ilmu

Bab 4. Epistemologi 1: Sumber Ilmu

Bab 5. Epistenologi 2: Sumber Ilmu

Bab 6. Aksiologi 1: Nilai Ilmu

Bab 7. Aksiologi 2: Tanggungjawab Ilmuan

Bibliografi

Lampiran

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...