Tajuk: Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden.
Penulis: Ishak Saat.
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sejarah merupakan bidang yang mengandungi banyak unsur pengajaran yang boleh diterapkan kepada setiap insan. Kata pujangga untuk mengenali seseorang itu lihatlah kepada latar belakangnya. Namun untuk melihat latar belakang seseorang ataupun sesuatu bangsa perlunya ada ilmu pengetahuan. Meneroka sejarah harus berdasarkan kepada disiplin ilmu sejarah. Ilmu sejarah merangkumi pelbagai unsur seperti objektif, subjektif, lojik, tafsiran, kritikan dan pengajaran moral. Penulisan sejarah kadang-kadang dipersembahkan dalam bentuk penulisan kepelbagaian seperti secara kolektif, secara kontemporari, berbentuk konotasi, menurut kronologi, berbentuk penceritaan, pemaparan peristiwa dan ada juga dalam bentuk perkembangan pemikiran. Ia menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sejarah itu mati atau mengkaji benda mati semata-mata. Dalam buku ini penulis cuba memaparkan berkaitan dengan ilmu sejarah yang terkandung unsur-unsur tradisi dan moden
Kandungan
Pendahuluan
Bab 1. Konsep Objektif Dan Subjektif Dalam Sejarah.
Bab 2. Penulisan Sejarah Secara Objektif
Bab 3. Proses Logik Dalam Penulisan Sejarah
Bab 4. Unsur Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah
Bab 5. Bukti Arkeologi Kewujudan Kerajaan-Kerajaan Awal Di Malaysia
Bab 6. Manuskrip Sulalatus Salatin Sebagai Sumber Sejarah Tanah Melayu Tradisional
Bab 7. Bangsa Melayu Dan Islam: Pemikiran Tradisi Dan Moden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan