JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim


Tajuk: Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim
Editor: Mohammad Redzuan Othman et.al
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Buku ini merupakan koleksi dan artikel yang ditulis oleh sarjana dan sejarawan tempatan untuk monograf sempena persaraan Profesor Dato' Khoo Kay Kim. Artikel yang ditulis merangkumi aspek-aspek sejarah yang berkaitan dengan pensejarahan, sejarah sosial, sejarah politik dan sejarah ekonomi yang merupakan komponen penting dalam pengkajian proses perkembangan sejarah Malaysia. Di samping itu, artikel yang ditulis juga turut merangkumi aspek perkembangan sejarah Malaysia dan hubungannya dengan rantau lain dan aspek sejarah Malaysia kontemporari.

Artikel-artikel yang terdapat dalam monograf ini merupakan hasil kajian oleh pensyarah-pensyarah yang menulis dalam bidang kepakaran masing-masing yang sebahagiannya pernah membentangkan kajian masing-masing dalam seminar di dalam atau di luar Negara. Artikel-artikel yang diterbitkan bakal menjadi "jendela" untuk para sarjana dan sejarawan akan datang untuk merenung keluar dan menerokai pelbagai aspek sejarah Malaysia untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Kandungan:

Pendahuluan
 
1. Prof. Dato’ Dr. Khoo Kay Kim
 
2. Pensejarahan di Dalam Tradisi Barat dan Melayu: Satu Perbandigan Ringkas 
> Arba’iyah Mohd Noor
 
3. Penulisan Sejarah Tempatan di Malaysia: Referensi Contoh Daripada Teks ‘Aturan Setia Bugis Dengan Melayu’ 
> Muhammad Yusoff Hashim
 
4. Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) dalam Penulisan Sejarah Malaysia 
> Sivachandralingam Sundara Raja
 
5. The Suku Society of Sabah in the Second Half of the Nineteenth Century 
> D. S. Ranjit Singh
 
6. Mengharungi Badai dan Gelombang: Kesultanan di Malaysia dan Sumatera Merdeka 
> Abdullah Zakaria Ghazali
 
7. Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870an 
> Zulkarnain Abdul Rahman
 
8. Sejarah Perkembangan Sistem Telegraf di Perak dan Selangor 1874-1887 
> Azharuddin Mohamed Dali
 
9. Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang dengan Sumatera Sehingga Awal Abad ke-20: Tinjauan Terhadap Golongan yang Terlibat 
> Salina Zainol
 
10. The Early Profile of People: The Hakka in Sabah 1882-1941 
> Danny Wong Tze-Ken
 
11. Pengaruh Timur Tengah dalam Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu 
> Mohammad Redzuan Othman
 
12. Kerjasama Awal Tanah Melayu-Thailand Menentang Pengganas-Pengganas Komunis di Perbatasan 1948-1957 
> Nik Anuar Nik Mahmud
 
13. Utusan Sarawak Sepanjang 1949 Sehingga 1963 
> Suffian Mansor
 
14. Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 
> Ahmad Kamal Ariffin
 
15. Toward the Birth of A Nation: The Alliance and the First Federal Election in Malaya 
 > Joseph M. Fernando
 
16. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman: Satu Pandangan Awal 
> Ramlah Adam
 
17. Akta Pertubuhan: Perkembangan dan Implikasinya Ke Atas Kegiatan Pertubuhan Sukarela di Malaysia 
 > Hussain Mohamed
 
18. The Malay Nationalist Demystifications of the Malay Rulers During the Debates on the 1983 & 1993 Constitutional Amendments 
> Cheah Boon Kheng
 
19. Pengaruh Luar dan Pengislaman Dalam Negeri: United Kingdom dan Eire dalam Kebangkitan Semula Islam di Malaysia 
> Mohamad Abu Bakar
 
20. Kebuluran di Korea Utara: Senario dan Bantuan Luar
> Noor Shuhana Zamhuri
 
21. Tembikar Tradisional: Masalah Sejarah Masa Lalu dan Cabaran Masa Kini 
> Othman Yatim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...