JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Survival Politik Muslim Malaysia


Tajukl: Survival Politik Muslim Malaysia
Editor: Abdull Rahman Mahmood et.al
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Peranan pemimpin parti adalah faktor penggerak kepada kalangsungan parti dalam mendepani arus perubahan masyarakat. Ini kerana pengaruh dan wibawa parti politik khususnya di Malaysia adalah terletak kepada kemahiran pimpinan parti mengolah isu masyarakat dan mengemukakan gagasan yang meyakinkan agar mendapat perhatian dan sokongan massa. Buku ini membincangkan isu politik dari sudut sejarah dan perkembangan terkini dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Isu ketuanan Melayu dan perlaksanaan sistem Islam kini menjadi persoalan yang menarik dalam kalangan ahli politik Muslim Malaysia. Parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS mengemukakan pelbagai hujah dan pandangan berkaitan dengan persoalan ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia. Buku ini turut membincangkan isu Islam dan negara secara teori khusnya pandangan Abu al-‘Ala al-Maudidi. Gagasan baru berkaita kedudukan Melayu dalam konteks Malaysia diolah pula dari persepktif tokoh seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Dato’ Asri Haji Muda dan Dato’ Fadzil Mohd Noor yang dianggap sebagai kalangan elit agama. Pandangan dan pendekatan mereka dicerakinkan dalam konteks pembangunan negara bangsa di Malaysia.

Kandungan:

Pendahuluan

1. PAS dan Pelembagaan Tanah Melayu (1957)
> Nik Anuar Nik Mahmud

2. Pernanan Ulama dalam Gerakan Kemerdekaan
> Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif & Kamaruzaman Yusof

3. Negara Islam dalam Wacana UMNO, PAS dan ABIM
> Kamaruddin Salleh

4. Kepimpinan Melayu dalam Wacana Politik UMNO-PAS
> Abdull Rahman Mahmood et.al

5. Wacana Identiti Melayu dalam Kalangan Ahli Politik Muslim Malaysia
 > Jaffary Awang & Abdull Rahman Mahmood

6. Isu Survival Politik Muslim di Malaysia
> Ibrahim Abu Bakar & Zakaria Stapa

7. Masyarakat Cam dan Politik Kepartian: Pilihan Raya Umum 2008
> Mohamad Zain Musa

8. Kebangkitan Masyarakat Islam Nusantara Pasca 11 September
> Kamarulnizam Abdullah

9. Politik Islam Menurut Abu al-A’la al-Maudidi
> Wan Kamal Mujani & Noor Azrul Ahmad

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...