JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Puteri Saadong II Melahirkan Generasi Wali Songo


Tajuk: Puteri Saadong II Melahirkan Generasi Wali Songo
Penulis: Hj. Wan Abdul Halim Bashah (IBHAR)
Penerbit: KB Excel Printing Sdn. Bhd.

Ada tiga tokoh wanita yang memakai gelaran nama yang serupa, mereka itu ialah Puteri Saadong yang hidup dalam abad ke-14 Masihi, yang kedua abad ke-15 dan seorang lagi di abad ke-17 Masihi. Puteri Saadong I bernama Siti Aisyah, tiga beradik dengan Maulana Malik Ibrahim dan Ibrahim Asmarakandi (sebapa melalui ayah mereka Saiyid Husein Jamadil Kubra manakala Ibrahim Asmarakandi seorang sahaja dari ibu yang lain). Siti Zubaidah (permaisuri Raja Campa iaitu Sultan Zainal Abidin) juga digelar dengan nama yang sama Puteri Saadong II. Dan seorang lagi Puteri Saadong III iaitu Siti Mariam, isteri Raja Abdulah yang dibawa ke Ayuthia kerana hendak diperisterikan oleh Raja Siam.

Cerita atau sejarah mengenai ketiga-tiganya telah bercampur baur sehingga wujud percanggahan fakta terutamanya di segi kronologi. Kerana itulah timbul unsur anakronisme atau anakronistis (wujud nama, tempat, kerajaan dalam jarak masa yang berlainan atau tidak dalam masa yang sama tiba-tiba digabungkan dalam satu zaman atau masa).

Kandungan:

Pendahuluan
 
1. Kedatangan Agama Islam di Alam Melayu
 
2. Semenanjung Melayu disebut ‘Malaka’
 
3. Kedatangan Ahlulbait ke Alam Melayu
 
4. Kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Semenanjung: Hubungannya dengan Majapahit dan Siam
 
5. Cik Siti Wan Kembang
 
6. Pasai dan Negeri Kelantan Menjadi Pengkalan Dakwah di Nusantara
 
7. Raja Kelantan Gigih Berdakwah kepada Raja-raja Melayu
 
8. Hubungan Kelantan dan Majapahit
 
9. Keturunan Puteri Saadong II
 
10. Puteri Saadong di Abad ke-17

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...