Tajuk: Menerangkan Berbagai Persoalan Tentang Kitab Fadhail ‘Amal.
Penulis: Syeikh al-Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi (r.h.).
Penerbit: Abdul Majid Ahmad.
Buku ini adalah berkenaan surat-surat pertanyaan dan jawapan beliau berkaitan dengan Kitab Fadhail Amal yang telah dikumpul dari masa ke semasa. Kitab Fadhail Amal karangan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi (r.h.) ini adalah suatu penghormatan bagi seluruh kitab-kitab yang tercantum di dalamnya. Sejak diterbit dan diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa Kitab Fadhail Amal telah berjaya mengubah jutaan hati pembaca dan pendengar (menerusi halqah taklim) di seluruh dunia kepada cinta terhadap agama.
Banyak surat pertanyaan mengenai berbagai perkara dikirim kepada Maulana Zakariyya (r.h.) dari orang awam dan ahli agama untuk penjelasan. Ada juga surat dan tultsan yang keras dan tajarn. Namun beliau menjawab semua kata-kata tersebut dengan pertuturan yang lembut dan bijaksana, di antaranya, halaman 79; ”....Menurut pengetahuan hamba ini tidak ada hadith lemah dalam Kitab Fadhail Namaz. Sungguh pun demikian, ada juga sebahagian riwayatnya yang dihukum daif Akan tetapi dari awalnya telah dilcatakan bahawa hadith-hadith yang terdapat di dalamnya telah disepakati oleh Para Muhadithin boleh digunakan. Dan jika ada perbahasan atas riwayat hadith tersebut maka saya catitkan keterangan hadith itu dengan lengkap.
Kandungan.
Muqaddimah.
Catitan Ringkas Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (r.h) Dalm Bidang Pendidikan.
Catitan Ringkas Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi (r.h) Dalm Bidang Penulisan.
Sejarah Kitab Fadhail Amal.
Beberapa Hal Mengenai Kitab Fadhail Amal.
Satu Peringatan Penting.
Senarai Kitab-Kitab Rujukan Kitab Fadhail Amal.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Fadhail Al-Qur’an.
> Surat No. 1-5.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Fadhail Ramadhan.
> Surat No. 6-12.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Hikayatus Sahabat.
> Surat No. 13–26.
Surat-Surat BerkenaanKitab Fadhail Namaz (Solat).
> Surat No. 27-36.
Surat-Surat BerkenaanKitab Fadhail Zikir.
> Surat No. 37-45.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Fadhail Haji.
> Surat No. 46–51.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Fadhail Sedeqah
> Surat No. 52–56.
Surat-Surat Berkenaan Kitab Fadhail Selawat
> Surat No. 57–61.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan