JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 3 Januari 2011

Said Ibrahim: Mufti Tegas Dan Terbilang.


Tajuk: Said Ibrahim: Mufti Tegas Dan Terbilang.
Penulis: Roosfa Hashim.
Penerbit: Pustaka Yamien Sdn. Bhd.

Haji Said Haji Ibrahim lahir pada 1923, Kampung Kedai Lalat, Kelantan. Pendidikan Islam yang beliau terima di pesantren di Jambi, Sumatera adalah dalam bidang perundangan Islam. Beliau juga mendapat pendidikan tidak formal di Makkah al-Mukaramah dalam bidang ilmu tafsir, hadis, fikah, usul fikah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam perbandingan antara mazhab. Haji Said pernah menjadi guru di Kelantan, Singapura dan Brunei. Beberapa jawatan yang beliau sandang seperti Imam Masjid Negara (1972-75), Mufti Sabah (1975-78, 1985-89) serta pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuktikan kewibawaannya. Beliau juga dilantik sebagai Karyawan Tamu di Fakulti Pengajian Islam UKM (1992-93). Di sana beliau menyiapkan beberapa penyelidikan antaranya Dasar Pembinaan Hukum dalam Islam; Mazhab yang Muktabar; Kanun Jenayah Syariah dan Sistem Pengadilannya dalam Islam. Haji Said turut menghasilkan lebih 20 buah buku tentang agama Islam.

Kandungan.

Plat.

Liku-Liku Hidup Haji Said Ibrahim.

Prakata.

Bab 1. Membesar di Kampung Kedai Lalat.

Bab 2. Impian ke Sekolah Pondok.

Bab 3. Jambi Bumi Ulama yang Menggamit Hati.

Bab 4. Belayar ke Tanah Suci.

Bab 5. Mengajar di Sekolah Pondok.

Bab 6. Hidup Berkeluarga.

Bab 7. Ke Singapura Singgah di Kuala Lipis.

Bab 8. Dari Singapura Ke Brunei.

Bab 9. Antara Kota Kinabalu dengan Kuala Lumpur.

Bab 10. Dari Brunei Ke Sabah.

Bab 11. Pelaksanaan Hudud.

Bab 12. Memerangi Golongan Antihadis.

Bab 13. Menangani Gejala Murtad.

Bab 14. Pengarang Prolifik.
Bab 15. Ulama Nusantara.

Bab 16. Perginya Ulama Berjasa.

Bab 17. Said Ibrahim Tegas dan Terbilang

Rujukan.

Indeks.

Plat (Antara hlm 66-67)

Plat 1. Said Ibrahim pada usia muda penuh bertenaga.

Plat 2. Pengantin baru Said Ibrahim Dan Nik Rukiah.

Plat 3. Haji Said Ibrahim dan Mek Yah setelah berpuluh tahun menempuh hidup bersama.

Plat 4. Said masih sempat melayani panggilan telefon sekalipun sibuk menulis buku dan kitab.

Plat 5. Masa senggang Said dipenuhi dengan mengikuti perkembangan semasa tanah air.

Plat 6. Haji Said Ibrahim di rumah Haji Munawir Mat Dhia, anak muridnya yang kemudian menjadi besan. Turut sama ialah beberapa murid beliau yang lain.

Plat 7. Kuliah Said di surau dan masjid sering mendapat sambutan.

Plat 8. Said juga sering mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran.

Plat 9. Said dalam salah satu pertemuan.

Plat 10. Rakaman Said bersama guru-guru dan pelajar di sekolah tempat beliau mengajar di Brunei.

Plat 11. Said Ibrahim dengan teman-temannya yang terdiri daripada guru-guru Melayu Di Singapura yang bergiat dalam PERGAS.

Plat 12. Said bergambar ramai bersama peserta Persidangan Ketua Jabatan Agama Malaysia, 19 Jun 1978.

Plat 13. Said dalam salah satu gaya serius dan tegas semasa kuliah agamanya.

Plat 14. Kad kebenaran mengajar yang diperoleh Said daripada JAWI

Plat 15. Said dalam jubah lengkap selepas menerima Ijazah Sarjana Kehormat Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001.

Plat 16. Said merakamkan kenang-kenangan bersama Mek Yah selepas menerima Ijazah Sarjana Kehormat UKM.

Plat 17. Sijil penghargaan kepada Said Ibrahim sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan 1991.

Plat 18. Said Ibrahim bersama Tan Sri Jalil Hassan.

Plat 19. Wajah Said Ibrahim diabadikan di halaman depan majalah Qiblat, Januari 1988.

Plat 20. Belasungkawa Said Ibrahim selepas pulangnya beliau ke rahmatullah.

Plat 21. Sebahagian daripada karya Tuan Haji Said Ibrahim yang berjumlah lebih 20 judul kesemuanya.

Plat 22. Keluarga besar Haji Said.

Plat 23. Said bersama Canselor dan Pro Canselor UKM pada hari bersejarah penerimaan Ijazah Kehormat.

Liku-Liku Kehidupan Haji Said Ibrahim 1923 -2001.

1923.
- Said Ibrahim dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan.

1947-54.
- Mengajar di sekolah pondok di Kelantan.

1954-56.
- Mengajar di Madrasah al-Hidayah, Singapura.

- Menjadi Pegawai Agama Tentera British.

1963-68.
- Menerajui sebagai Yang Dipertua, Persatuan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS).

1968-71.
- Mengajar di Sekolah Menengah Arab di Brunei.

- Menjadi penyusun Sukatan Pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

1971-72.
- Pegawai Penerangan Agama Sabah. [972-75

- Imam Masjid Negara.

1975-78.
- Dilihat sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam hal-ehwal keagamaan dan hukum-hakam maka, dilantik menjadi Mufti Negeri Sabah.

1978-85.
- Pakar Rujuk berkaitan syariat Islam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

1985-89.
- Menjadi Mufti Negeri Sabah bagi penggal kedua.

1991.
- Terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan.

1992-93.
- Karyawan Tamu, Fakulti Pengajian Islam, UKM

1992-93.
- Mmenjalankan penyelidikan.

- Dasar Pembinaan Hukum dalam Islam dan Mazhab yang Muktabar.

- Kanun Jenayah Syariah dan Sistem Pengadilannya dalam Islam.

- Peranan Tasawuf dan Tarikat Sufiyah Ditinjau dari Sudut Akidah dan Syariah.

2001.
- Menerima Ijazah Sarjana Kehormat Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

22 Dis 2001.
- Meninggal dunia di Hospital Sentosa Kuala Lumpur pada usia 80 tahun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...