Tajuk: Ke Arah Antropologi Islam: Definisi, Dogma Dan Tujuan.
Penulis: Dr Akhbar S. Ahmad.
Penerbit: Thingker’s Libery.
Arah atau halatuju antropologi yang dibetulkan ini haruslah berasaskan pandangan Islam. Satu pandangan yang ditentukan oleh kesatuan dan kesucian Tuhan, akal, kesejagatan umat dan akhlak sebagai dasar utama kemanusiaan. Walaupun mesti diakui cukup sulit untuk menundukkan antropologi sesuai dengan dasar kesejagatan Islam. Ini dapat disedari, kerana antropologi yang dikembangkan dengan baik oleh Barat telah lama diracuni oleh fahaman kebangsaan dan perkauman yang sempit. Oleh itu, sulit bagi mereka mentakrifkan ”manusia” kecuali dengan berdasarkan pandangan bercorak etnik. Perkauman itu sendiri dianggap sebagai suatu yang amat suci dan tidak dapat dipertikaikan sebagai realiti terakhir yang sangat menentukan. Antropologi (Ilmu Kajimanusia) seperti mana semua disiplin ilmu pengetahuan lainnya, mestilah membebaskan din i daripada pandangan yang sempit mi. Ia harus memanusiakan dan mensejagatkan dirinya sendiri. Oleh itu, antropologi harus berhenti melihat bangsa-bangsa di dunia seolah-olah sebagai barangan percubaan untuk meneruskan dominisasi pihak Barat atau bangsa-bangsa lain. Kegelisahan ilmiah mengenai perkara di atas dirakamkan dengan baik oleh Akbar S. Ahmad dalam buku mi. Sebagai seorang ahli antropologi beliau dengan tajam menganalisa kecenderungan memihak yang ditunjukkan oleh para sarjana antropologi Barat dalam mengkaji bangsa-bangsa atau sukusuku lain. Oleh itu, beliau mengajukan suatu kaedah kajian yang mencerrninkan keadilan dan kejujuran serta menjunjung tinggi kebenaran dan akhlak. Semua ini dapat kita baca dalam huraiannya dalam buku ini mengenai antropologi Islam.
Kandungan.
Penghargaan.
Pendahuluan.
Bahagian 1.
i. Pendahuluan.
a. Ilmu Antropologi.
b. Antropologi dan Ilmu Pengetahuan Manusia yang Lain.
c. Antropologi dan Penemuan Penjajah.
ii. Bidang Kerja Antropologi.
iii. Rangka Teoritis Dalam Antropologi Barat.
a. Struktur Sosial.
b. Pertalian Keluarga dan Organisasi Politik.
c. Kepercayaan, Magik dan Agama.
d. Antropologi Ekonomi .
e. Proses Perubahan Sosial.
iv. Ahli Antropologi Orientalis.
Bahagian 2.
v. Antropologi Islam.
a. Masalah Definisi.
b. Masyarakat Islam.
c. Masyarakat Zaman Rasulullah s.a.w.
vi. Kesimpulan.
a. Cadangan.
b. Kesimpulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan