JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 22 Januari 2011

Islam Pasca Kemerdekaan.


Tajuk: Islam Pasca Kemerdekaan.
Penyunting: Mazlan Ibrahim/Kamarudin Salleh.
Penerbit: Karisma Publications Sdn Bhd.

Buku ini adalah merupakan himpunan kertas kerja Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III di UNTAG, Surabaya pada 23 Ogos 2004 dan di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, pada 5-6 Jun 2006. Buku ini lahir sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia dan 60 tahun negara Indonesia. Buku ini cuba meneroka persoalan dan isu perubahan, perkembangan dan pemodenan yang berlaku di dunia Islam kontemporari. Fenomena ini berlaku dalam berbagai-bagai bidang sama ada politik, pendidikan, ekonomi, keagamaan, sosiobudaya, kemasyarakatan, sains dan teknologi serta sebagainya selepas dunia Islam yang rata-ratanya ditakluk dan dijajah oleh kolonialis Barat memperoleh kemerdekaan.

Kandungan.

Pendahuluan.

1. Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Pasca Merdeka Di Negeri Pahang
> Ahmad Redzuan Mohd Yunus..

2. Islam Di Malaysia: Era Mahathir.
> Ahmad Sunawari Long..

3. Bimbingan Saudara Baru Di Malaysia Era Pasca Kemerdekaan.
> Anuar Puteh & Abd. Ghafar Hj Don..

4. Kekangan Kurikulum Diniah Dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan Selepas Kemerdekaan: Satu Tinjauan Awal Di Sekolah Agama Rakyat
> Azizi Umar & Supyan Hussin.

5. Perkembangan Institusi Pondok Selepas Merdeka: Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Kota Bharu.
> Ezad Azraai Jansari, Wan Mohd. Ariff Wan Ibrahim & Wan Amal Mujani.

6. Ilmu Kalam Di Malaysia Dan Indonesia Pasca Merdeka: Satu Tinjauan Awal.
> Ibrahim Abu Bakar.

7. Buku Dan Rujukan Tentang Politik: Dilema, Masalah dan Cabaran.
> Idris Zakaria.

8. Upaya Perjuangan Politik Nilai Dan Nasionalisme: Kajian Gerakan Mahasiswa Islam di Indonesia.
> Ismail S. Weker, Maimun Aqsha Lubis & Agussalim Sitompul.

9. Pentadbiran Pusaka Islam Pasca Kemerdekaan.
> Jasni Sulong..

10. Nasionalisme Melayu Pra Dan Pasca Kemerdekaan.
> Kamaruddin Salleh.

11. Pembangunan Semula Tamadun Islam: Halangan Dan Cabarannya dalam Konteks Alam Melayu.
> Khalif Muammar & Adibah Mukhtar.

12. Tafsir Harian al-Quran al-Karim: Tafsir Melayu Pertama Pasca Kemerdekaan.
> Mazlan Ibrahim & Badlihisham Mohd Nasir.

13. Pembangunan Modal Di Malaysia: Analisis Terhadap Pendekatan Islam Hadhari Selepas 50 Tahun Negara Mencapai Kemerdekaan.
> Mohd Kamil Abd. Majid, Rahimin Affandi Abd. Rahim Dan Muhammed Yusof..

14. Dakwah Tarekat Shatariyyah Di Malaysia Era Pasca Kemerdekaan.
> Mohd Yusri Yeoh Abdullah & Abdul Rahman Mahmood.

15. A Balance Concept Of Knowledge Seeking Based On al-Ghazali’s Assesment Of Knowledge: A Lesson To Post Independent Muslim Generation.
> Noor Shakirah Mat Akhir & Muhammad Azizan Sabjan.

16. Pentadbiran Agama Islam Dalam Kerangka Federalisme Di Malaysia: Tinjauan Ringkas Selepas 50 Tahun. Merdeka.
> Nur Hafilah Musa.

17. Keperluan Berempati Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah Nabi Muhammad *(s.a.w. )
> Siti Hawa Abdullah.

18. Pengurusan Waga Tua Di Malaysia Pada Abad Ke-21.
> Wan Ibrahim Wan Ahmad.

19. Polisi Inggeris Terhadap Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu: Satu Analisa Sejarah.
> Wan Kamal Mujani, Ezad Azraai Jamsari & Norizan Noor.

20. Dialog Antara Aganna Di Malaysia: Perkembangannya Dalam Separuh Abad Selepas Merdeka
> Yusri Mohamad Ramli.

21. Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Di Malaysia Selepas Merdeka: Kajian Sumber Berbentuk Buku.
> Zamri Arifin.

22. Islam Di Malaysia: Suatu Tranformasi Sosial Masyarakat Melayu Era Pasca Kemerdekaan.
> Zawiah Hj. Mat.

23. Kepentingan Eksistensi Rumah lbadat Persinggahan Bagi Masyarakat Islam Di Malaysia Era Pasca Kemerdekaan.
> Zul’zzmi Yaakob.

Senarai Penyunnbang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...