Tajuk: Konsep Jama’ah al-Muslimin Dalam Pemikiran Islam.
Penulis: Jamil Hashim Dan Sulaiman Ibrahim.
Penerbit: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang menyeru kepada kesatuan dan perpaduan dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di dalam kehidupan ini. Walaubagaimanapun kesatuan yang dicitacitakan itu masih belum dapat direalisasikan bukan sahaja kerana peranan yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam yang bekerja siang dan malam untuk menghancurkan Islam dan ummatnya tetapi juga kerana sikap negatif dan ta’assub ummat Islam sendiri terhadap kelompok masing-masing, disamping kurang memiliki pegetahuan yang mendalam dalam memahami beberapa perkara asas dalam agama seperti adab dalam menghadapi perbezaan pendapat dan sebagainya.
Justeru itu, adalah diharapkan buku kecil ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan kefahaman baru yang lebih mendalam terhadap umat Islam khususnya warga dakwah seluruhnya dalam rnennahami beberapa perkara penting dalam ilmu dakwah seperti makna sebenar Jama’ah al-Muslimin, al-Firqah a -Najiah, al-Ta ’ifah al-Mansurah dan sebagainya. Akhirnya marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar Allah menyatukan hati-hati kita dan kita terus bersatu di atas jalan da’wah sehingga kita gugur syahid atau dikurniakan kemenangan diatasnya.
Kandungan.
Sepatah Kata Penulis.
Pendahuluan.
- Al-Firqah al-Najiyah.
- Pandangan Ulama Tentang Hadith Perpecahan Ummah.
- Maksud Sebenar Firqah Najiyah.
- Ciri-ciri al-Firqah al-Najiyah.
- Al-Tha’ifah al-Qa’imah Al-Jama’ah.
- Tuntutan Berjama’ah.
- Tuntutan Berjama’ah Untuk Menegakkan Daulah.
- Makna Luzum al-Jama’ah (Bersama-sama Jamaah).
- Maksud Sebenar al-Jama’ah.
- Ciri-ciri Jama’ah Islam.
- Ciri-ciri Tambahan al-Firqah, al-Jama’ah Atau al-Taifah.
- Kesimpulan Konsep Jama’ah dalam Konteks Umat Islam Kini.
- Berbilang-bilang Jama’ah Dalam Sebuah Negara.
- Jama’ah al-Muslimin Sedunia.
- Syarat Keharusan Berbilang-bilang Jama’ah.
- Masalah Berbilang-bilang Parti dalam Masyarakat Islam.
- Perselisihan dalam Isu Jama ah.
- Saranan dan Penyelesaian.
Penutup.
Rujukan.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan