JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 1 November 2011

Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang.


Tajuk: Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang.
Penulis: Zaffuan Haji Manap.
Penerbit: Anjung Media Resources Sdn. Bhd.

Buku ini seharusnya menjadi bacaan wajib bagi pengkaji sejarah Pahang dan sejarah penghijrahan orang Sumatera ke Tanah Melayu maupun sejarah Negara secara amnya. Walaupun pada asasnya penulisan tertumpu pada sejarah pembukaan Dong Raub, tapi bamyak tercatat cerita lain yang berkait dengan sejarah pembukaan beberapa penempatan lain dan tokoh penting yang terlibat dengan peristiwa sejarah di bumi pahlawan ini.

Penulisan buku ini di buat berdasarkan sebuah manuskrip - Riwayatut Tammauwi yang bermaksud Cerita Bagi Bangsa Temau (Dong) yang dijadikan rujukan utama. Manuskrip berbahasa Melayu tulisan jawi ini dihasilkan oleh Imam Ishak Haji Muhammad Ariff (1908 - 1992) seorang tokoh yang dihormati oleh masyarakat di permukiman Dong, RAUB, PAHANG . Di samping itu sumber juga berdasarkan sejarah lisan yang diperolehi daripada generasi lama di daerah tersebut.

Antara perkara penting yang disentuh ialah penghijrahan kelompok orang Rawa (Rao) ke Hulu Pahang. Perang Paderi di Sumatera serta tekanan penjajah Belanda terhadap penduduk disana menjadi antara sebab utama yang membawa kepada penghijrahan tersebut. Secara sepintas lalu dicatatkan sejarah Kerajaan Pagaruyung dan pergolakan yang berlaku di sana. Semua ini memberi latar bagi memudahkan pemahaman tentang masyarakat yang berhijrah ke Tanah Melayu. Beberapa petempatan dan kampung yang di kesan sejarah pembukaannya telah menemukan kita dengan beberapa tokoh penting serta jalur keturunan mereka di samping peranan dan sumbangan mereka.

Kumpulan yang datang ke Tanah Melayu bukan sahaja dari kalangan masyarakat biasa tetapi juga kelompok bangsawan, tokoh agama dan juga golongan pendekar yang meninggalkan darjat dan status sosial mereka, sebaliknya bersedia menyesuaikan diri dengan alam baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan orang Sumatera ini memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan di kawasan petempatan mereka. Ada yang diberi pengiktirafan dan dilantik menjadi pemimpin masyarakat setempat dan ada yang generasi mereka hari ini telah menjadi tokoh yang dihormati.

Kajian dan penulisan seperti ini walaupun lingkungannya terhad tetapi memberi sumbangan besar dari segi melengkapkan banyak lompang pensejarahan negara. Dengan membaca buku ini kita akan lebih memahami sejarah pertumbuhan sesebuah petempatan dan masyarakat di persekitarannya yang membentuk sebahagian daripada negara Malaysia hari ini.

Kata Pengantar.

Bahagian 1. Kerajaan Pagaruyung: Pewaris Kerajaan Tua Malayapura

Kebesaran Kerajaan Pagaruyung

Bahagian 2. Titisan Diraja Pagaruyung: Memahat Sejarah Di Hulu Pahang.

Panglima Tok Perak

Kisah Panglima Tok Perak Dan Tun Saban

Panglima Tok Perak Dan Asal Nama Kampung Dong - Raub

Pembukaan Kampung Temau - Dong

Selingkar Kisah Datuk Paduka

Kampung Ajai (Dong) - Pusaka Bangsawan Rao

Bahagian 3. Penghijrahan Dan Sumbangan Masyarakat Rao Di Pahang.

Pengenalan Suku Rao

Perjuangan Orang Rao Da lam Perang Paderi 1821-1837

Bilakah Nama ”Raub” Mu la Wujud? Kenapa Orang Rao Menuju ke Raub?

Pembukaan Kampung Durian Sebatang (Dong)

Kampung Gali Peranan Orang Rao Ketika Perang Saudara Pahang 1857-1863

Serangan Balas Wan Abdul Rahman (Wan Aman) ibni Bendahara Tun Mutahir Penglibatan Hulubalang Rao Dan Pahang Dalam Perang Selangor

Kematian Sutan Bangkahulu Di Kuala Kubu Penglibatan Tengku Abdul Samad Da lam Konflik Sultan Ahmad Engku Muda Mansur

Kesan Peninggalan Suku Rao Di Raub

Bingkisan Sejarah Raub

Bahagian 4. Keluarga Pagaruyung Bersatu Kembali: Selat Melaka Bukan Lagii Pemisah.

Lampiran 1. Transliterasi Manuskrip Melayu Bertulisan Jawi Karangan Imam Haji Ishak Bin Muhammad Arif (1908-1992)

Riwayat Hidup Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif (1908-1992)

Terjemahan Naskhah Pertama Riwayatut Tammauwi

(Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong)

Cerita-Cerita Pendek

Darihal Cerita Temau - Dong

Terjemahan Naskhah Ke-2 Riwayatut Tammauwi

(Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong)

Terjemahan Naskhah Ke-3 Riwayatut Tammauwi

(Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong)

Lampiran 2. Salasilah Raja Pagaruyong 1, Prabu Adityawarman Ayahnya Raden Wijaya Di Majapahit Dan Singosari.

Lampiran 3. Carta Salasilah Raja Adityawarman Dari Pihak Bondanya Dari Kerajaan Malayapura Di Dharmasraya, Jambi.

Lampiran 4. Ringkasan Salasilah Raja Impeh Bin Raja Abdullah, Kerabat Di-Raja Riau Yang Membuka Lombong Emas Di Sempam, Raub Sekitar 1880-an. 

Lampiran 5. Ringkasan Salasilah Penghulu Temau Dong Atau Kemudainnya Menjadi Penghulu Dong Raub.

Lampiran 6. Ringkasan Salasilah Tok Empat Kampung Ajai, Dong.

Lampiran 7. Ringkasan Salasilah Tok Empat Kampung Durian Sebatang, Dong Dari Titisan Panglima Tok Perak.  

Lampiran 8. Ringkasan Salasilah Keturunan Penulis Dari Titisan Panglima Tok Perak.

Lampiran 9. Riwayat Hidup Syeikh Muhammad Salleh al-Rawi: Pengarang Kitab Fath al-Mubin (Kampumg Tebat Di Atas Tanjung Batung, Rao Mapattunggul Sumatera Barat) 

Bibliografi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...