Tajuk: Memior Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah Dalam Api.
Penulis: Ahmad Boestamam
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Pennbentangan sejarah tanah air dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan Kemerdekaan dapat dilihat dengan jelas menerusi Lambaian dari Puncak. Keterlibatannya dalam politik pula dapat dilihat dengan jelas menerusi Merintis Jalan ke Puncak. Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Edisi terbitan ini menghimpunkan ketiga-tiga karya Boestamam agar dapat dihayati oleh pembaca lain. Rentetan kehidupan beliau yang gemilang dan tragis dapat dikesan menerusi penulisannya. Justeru, dalam keadaan penerbitan yang segar begini diharapkan generasi muda patut menghayati dan menghargai nilai Kemerdekaan yang pernah diperjuangkan oleh Boestamam dan rakan-rakannya. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam. Satu lagi sumbangan besar Boestamam ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia.
Kandungan
Senarai Gambar.
Senarai Singkatan
Prakata Editor
Kata Pengantar oleh Tan Sri A. Samad Ismail
Bahagian 1. Lambaian Dari Puncak.
1. Penglibatan Pertama dalam Politik
2. Azimat Perjuangan: Kata-kata Sakti Ayah
3. Pengalaman dengan Wanita Tahanan
4. Bagaimana Cita-cita Merdeka Berbunga
5. Memenuhi Harapan Ayah Sebelum Merantau
6. Berlatih Menjadi Pemidato
7. Kecenderungan Bersekolah Kembali Menyala
8. Suka Duka dalam Khemah Latihan
9. Mengajar Pelonco Melalui Pidato
10. Mengenang Kembali Kawan Selatihan
11. Mengisi Pengeras dengan Berlari Anak
12. Tak Hilang Bisa, Ular Menyusur Akar
13. Memuja Seorang Pemimpin
14. Yang Bijak, Rakyat!
15. Menjadi Gergaji Dua Mata
16. Pengalamanku, Perjuanganku
Bahagian 2. Merintis Jalan Ke Puncak
17. Menerbitkan Harian Tanpa Modal
18. Minta Maaf pada BMA Tiap Hari
19. Menerbitkan Voice of the People
20. Menubuhkan PKMM
21. Berdialog dengan Golongan Feudal
22. Kelahiran API dan Sebabnya
23. Rahman Rahim - ’Hero’ Perjumpaan Ramai
24. PKMM dengan Malayan Union
25. Menerbitkan Harian Pelita Malaya dan Mingguan Suluh Malaya
26. Tenaga Wanita dalam PKMM
27. PKMM dengan Tenaga Kaum Tani
28. PKMM Menarik Diri dari UMNO
29. Inggeris Mula Mencurigai PKMM dan API
30. Tawaran untuk Menjadi Boneka Inggeris
31. PKMM Menunjukkan Kekuatannya di Melaka
32. Mula Pertama Penjajah Inggeris Menunjukkan Belang
33. Nyaris Bergaduh dengan Askar Gurkha
34. PUTERA Lahir
35. Tenaga Kiri Rakyat Malaya Bersatu
36 Perlembagaan Rakyat Diluluskan
37 Hartal - Kemuncak Perjuangan PUTERA-AMCJA
38. Ishak Menggantikan Dr. Burhanuddin Memimpin PKMM
39. API Tak Sempat Membakar
40. Kemuncak Penderitaan Sesudah API Diharamkan
41. Dijemput dengan Kereta dan Ditawarkan Menjadi Ejen Inggeris
42. Mengisi Vakum Akibat Pengisytiharan Darurat
Bahagoam 3. Tujuh Tahun Malam Memanjang
43. Dibawa ke Neraka
44. Di dalam Neraka
45. Pulang dari Neraka
Indeks
Senarai Gambar
1. Tokoh-tokoh PKMM dan API semasa di Sitiawan, Perak pada 1946
2. Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad (kiri) dan Abdul Rahim (kanan) semasa PKMM di Melaka pada 25 Disember 1946
3. Ahmad Boestamam (duduk No. 3 dari kanan) bersama-sama dengan Shamsiah Fakeh (duduk No. 1 dari kanan) dan rakan-rakan seperjuangan yang lain
4. Dr. Burhanuddin al-Helmy begitu aktif dalam gerakan radikal Melayu
5. Ahmad Boestamam (duduk No. 3 dari kanan) bertindak sebagai Penasihat Agong Bekas Pasukan Keselamatan Cawangan Kelantan
6. Ahmad Boestamam (duduk No. 2 dari kanan) bersama-sama anggota PKM Pulau Pinang
7. Kegembiraan Ahmad Boestamam turut dikongsi ketika bersama-sama dengan ahli Parti Rakyat Pulau Pinang
8. Ahmad Boestamam bersama kaum keluarganya
9. Ahmad Boestamam sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 11 November 1955 ketika PRM ditubuhkan di Town Hall, Kuala Lumpur
10. Ahmad Boestamam semasa Kongres API di Melaka pada 22-24 Disember 1946
11. Gambar ini dirakamkan pada 1959 di rumah Ahmad Boestamam di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak
12. Aktiviti sosial: Peristiwa ini dirakamkan di London sewaktu mengikuti rombongan Anggota Parlimen Malaya melawat England pada tahun 1959. Di kanan sekali ialah DYMM Tunku Jaafar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (ketika itu menjadi Pesuruhjaya Malaya ke Britain). Di tengah-tengah ialah Encik Ibrahim Abdul Rahman
13. Aksi seorang ahli politik, wartawan dan sasterawan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh PRM
14. Ahmad Boestamam berucap dalam perjumpaan bagi menubuhkan Parti PEKEMAS
15. Semasa lawatan ke India pada 4-18 Mei 1961
16. Aksi Ahmad Boestamam ketika berucap dalam rapat umum semasa zaman perjuangan politiknya
17. Wajah tenang seorang penulis dan novelis ketika sedang menyiapkan novel Putus Sudah Kasih Sayang pada 1964 di Khemah Tahanan Muar, Johor
18. Azrani Rustam cucu Ahmad Boestamam
19. Ahmad Boestamam (berdiri No. 3 dari kanan) bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya
20. Ahmad Boestamam (berdiri No. 1 dari kanan) berkebolehan sebagai penterjemah kepada beberapa buah karya dan dianggap sebagai tokoh penulisan yang cukup disegani. Di antara karya-karyanya termasuklah Merintis Jalan ke Puncak (1972), Dr. Burhanuddin — Putera Setia Melayu Raya (1972), Rumah Kaca Digegar Gempa (1969), Api dan Airrnata (1967) dan lain-lain
21. Aksi Ahmad Boestamam dalam tahun 1970 ketika rapat umum di Sarawak
22. Ketika bersama pemimpin-pemimpin Sarawak dalam satu jamuan merayakan tertubuhnya Kerajaan Campuran Sarawak pada tahun 1970
23. Ahmad Boestamam (berdiri) di samping Tongkat Warrant (duduk) ketika mendeklamasikan sajak berjudul Tanah Airku’ karya Salim Jubran pada ’Malam Fateh’ di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Mei 1972
24. Aktiviti riadah Ruhi Hayat ialah berkelah dan mandi-manda bersama rakan-rakannya
25. Menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ”Datuk” dari Tuan Yang Terutama Tun Datuk Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Haji Othman selaku Yang DiPertua Negeri Sarawak pada 1976
26. Datuk Ahmad Boestamam selepas menunaikan fardhu Haji pada 1980
27. Datuk Ahmad Boestamam bersama-sama isterinya Datin Rabitah Mohd. Wajib
28. Boestamam dalarn pelbagai warna kehidupannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan