JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 11 Disember 2010

Islam dan Emansipasi Wanita.


Tajuk: Islam dan Emansipasi Wanita.
Penulis: Baterah Alias, Che Zarrina Saári.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.

Buku ini bertujuan untuk membincangkan emansipasi atau kebebasan wanita secara lebih mendalam, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Matlamat buku ini adalah untuk mencari idea-idea baru yang boleh diguna pakai bagi memperbaiki status dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Pembebasan wanita dan persamaan hak merupakan suatu isu yang menjadi perdebatan hebat dalam kalangan wanita moden pada masa ini. Buku ini akan memberi tumpuan kepada fenomena yang berlaku, akibat pergolakan semasa dan salah faham terhadap kebebasan menyebabkan wanita khususnya, terheret sama dengan arus kebangkitan moden sama ada ia dipengaruhi oleh pihak luaran atau masalah dalaman wanita itu sendiri dalam memperjuangkan hak mereka, yang pada andaiannya didiskriminasikan oleh pihak lelaki.

Berlatarbelakangkan masalah wanita dengan isu pembebasan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, sosial, hak-hak wanita dalam sistem kekeluargaan dan sebagainya, isu ini menjadi perdebatan dalam kalangan penyokong emansipasi dan ia telah menular dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Buku ini juga bertujuan untuk melihat dan menilai status wanita dalam menuntut hak-hak tersebut. Permasalahan tentang isu tersebut pada masa ini telah agak serius kerana terdapat ramai dalam kalangan inteletual wanita menentang secara terbuka terhadap beberapa perkara berkaitan dengan hukum Allah seperti mempertikaikan pembahagian harta pusaka, poligami dan sebagainya. Mereka berselindung di sebalik undang-undang sivil untuk mencapai kehendak mereka. Oleh itu, perlu dicari satu kaedah yang boleh diguna pakai bagi membanteras permasalahan ini daripada terus menghantui pemikiran wanita, khususnya wanita Islam.

Buku ini akan hanya memfokuskan emansipasi atau kebebasan wanita yang merujuk kepada gerakan pembebasan wanita Barat atau ferninisme dan gerakan pembebasan wanita Islam di Iraq, Mesir, Turki dan Iran dengan tumpuan kepada beberapa perkara yang menjadi tuntutan gerakan pembebasan wanita, terutamanya dari sudut ekonomi, politik dan pendidikan. Begitu juga dengan gerakan pembebasan wanita Islam yang menuntut persamaan dari sudut perceraian, poligami dan pembahagian harta pusaka serta pengecaman terhadap ketidakadilan yang berlaku dalam sistem patriarch.

Kandungan.

Pendahuluan.

Bab 1. Status Wanita Dan Gerakan Feminisme Barat.

Konsep Emansipasi Wanita.

Status Wanita Sebelum Islam.

Status Wanita Menurut Perspektif Agama Lain.

Kedudukan Wanita Dalam Pandangan Barat.

Status Wanita Selepas Kebangkitan Rasulullah SAW.

Susur Galur Sejarah Lahirnya Feminisme.

Kesimpulan.

Bab 2. Tuntutan Feminisme Dan Gerakan Pembebasan Wanita Islam.

Tuntutan Feminisme.

Cabaran Kepada Gerakan Pembebasan Wanita.

Tinjauan Umum Tentang Kejayaan Wanita di Dunia.

Gerakan Pembebasan Wanita Islam.

Faktor Pendorong Wanita Islam Menuntut Kebebasan.

Tuntutan Gerakan Pembebasan Wanita Islam.

Wanita di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Implikasi Gerakan Pembebasan Wanita Terhadap Wanita di Malaysia.

Kesimpulan.

Bab 3. Hak Dan Kebebasan Wanita Menurut Islam.

Wanita Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah.

Konsep Persamaan Dalam Islam.

Kesamarataan Menurut Islam.

Kebebasan Wanita Dalam Islam.

Kebebasan Berfikir.

Kebebasan Berakidah.

Kebebasan Berilmu.

Kebebasan Wanita Berkerjaya.

Hak Wanita Islam Dalam Kekeluargaan.

Wanita Dan Kebebasan Politik.

Kesimpulan.

Bab 4. Pandangan Wanita Islam Tentang Emansipasi Wanita.

Pengenalan.

Umur.

Pekerjaan.

Status Perkahwinan.

Jumlah Tanggungan.

Status Pendidikan.

Cita-Cita.

Wanita Dan Kekeluargaan.

Wanita Dan Pendidikan.

Kebebasan Wanita.

Wanita Dan Kerjaya.

Kesan Penglibatan Wanita Dalam Pekerjaan.

Permasalahan Wanita.

Kesimpulan.

Kesimpulan.

Bibliografi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...