Tajuk: Keadilan Para Sahabat Di Sisi Ahli Sunnah Wa al-Jama'ah.
Penulis: Mohd Fikri Che Hussein.
Penerbit: Perniagaan Jahabersa.
Para sahabat adalah generasi pilihan Rasulullah SAW yang diiktiraf, diredhai dan dipuji oleh Allah s.w.t. Mereka semua memiliki sifat yang adil dalam rangka menyampaikan risalah Islam ini kepada generasi seterusnya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Sayang sekali sifat adil ini ditolak oleh sebahagian orang Islam. Bukan sekadar itu, mereka juga mencela dan mengkritik para sahabat tersebut secara negatif. Buku ini insya-Allah akan membuktikan pengiktirafan, keredhaan dan pujian Allah Taala kepada generasi sahabat. Ia juga akan membela keadilan para sahabat daripada penolakan, celaan dan kritikan. Pembuktian dan pembelaan ini adalah penting dalam rangka membersihkan nama satu generasi istimewa yang telah bertanggungjawab menyampaikan kepada kita risalah Islam sebagaimana yang kita hayati kini.
Mukadimah
Bahagian 1. Siapakah Para Sahabat?
Takrif Sahabat.
Bilangan Para Sahabat.
Ciri-Ciri Mengenali Para Sahabat.
Martabat Para Sahabat.
a. Para Sahabat Yang Utama.
b. Para Sahabat Yang Banyak Meriwayatkan Hadith.
c. Para Sahabat Yang Banyak Mengeluarkan Fatwa.
d. Para Sahabat Nabi Yang Awal Memeluk Islam.
Sahabat Yang Paling Akhir Meninggal Dunia.
Adakah Jin Yang Diislanikan Oleh Nabi Juga Termasuk Di Kalangan Sahabat?
Bahagian 2. Keadilan Para Sahabat.
Dalil-dalil Menunjukkan keadilan Sahabat.
a. al-Quran al-Karim.
b. al-Sunnah al-Nabawiyah.
c. Ijma’ Ulama.
Para Sahabat Tidak Maksum.
Bahagian 3. Pandangan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah Terhadap Mereka Yang Mencela Para Sahabat.
Perbuatan Mencela Para Sahabat.
a. Takrif ”Cela”.
b. Hukum Mencela Para Sahabat.
c. Dua Bentuk Celaan Ke Atas Para Sahabat.
Bahagian 4. Celaan Tersembunyi Ke Atas Uthman Dan Para Sahabat Dalam Peristiwa Pembunuhan Uthman.
Penelitian Ke Atas Sumber Sejarah Yang Dijadikan Rujukan.
Pencerahan Ke Atas Tindak Tanduk Uthman Dalam Peristiwa Pembunuhannya.
Pencerahan Ke Atas Tindak Tanduk Para Sahabat Dalam Peristiwa Pembunuhan Uthman.
Bahagian 5. Menjawab Beberapa Kritikan Syi’ah al-Rafidhah Ke Atas Keadilan Para Sahabat.
Penutup.
Rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan