Tajuk. Kejatuhan Ideologi Materialisme Dan Agenda Pengisian Islam.
Penulis. Anwaw al-Jundi.
Penerbit. Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
Kejatuhan ideologi materialisme pada penghujung abad ke 20 menyaksikan kesedaran masyarakat dunia terhadap keistimewaan dan kesempurnaan Islam dari sudut akidah dan tannadunnya. Jika dahulu, ideologi bersandarkan kebendaan dianggap sebagai pengganti keperluan beragama. Kini telah berubah nnenjadi pemusnah dan pembawa kehancuran pada kehidupan man usia sejagat. Setiap hari masyarakat dunia berhadapan dengan berbagai gejala sosial yang membabitkan perebutan kuasa dan wang yang seringkali berakhir dengan tragedi dan pembunuhan.
Kekeliruan dan kekalutan ini rnerupakan peringkat terpenting bagi umat Islam memberi perhatian semula terhadap agenda pengisian Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Penulisan buku ini, Anwar Al-Jundi berjaya memperjelaskan akan kekurangan serta keampuhan sistem yang berdasarkan materialisme ini dengan pengolahan kata dan buah fikiran yang bernas. Malah beliau juga memperlihatkan bagaimana Islam yang diletakkan di atas dasar yang mantap iaitu Al-Quran dan Sunnah mannpu memainkan peranan penting dalam memehuhi kekosongan tersebut. Perkara inilah yang perlu diberi penekanan oleh masyarakat muslim kini agar Islam kembali menyinari dan subur berkembang ke seluruh pelosok dunia sekaligus membuktikan agama Islam penyatu umat manusia.
Kandungan.
Pengantar.
Prakata.
Pendahuluan.
Bab 1. Kebangkitan Islam dan Bukti Sejarah
Fasal 1. Kebangkitan Islam Dan Bukti Sejarah
Fasal 2. Kejatuhan Fahaman Marxisme Dan Bermulanya Era Baru Bagi Islam
Fasal 3. Membina Masa Depan Islam
Fasal 4. Detik-Detik Terakhir Kejatuhan Sekularime
Bab 2. Bagaimana Islam Memenuhi Tuntutan
Fasal 1. Penilaian Semula Fahaman Yang Telah Disebarkan Oleh Kuasa Barat
Fasal 2. Perancangan Jahat Terhadap Agama Islam Dan Baitulmuqaddis Masih Berterusan
Fasal 3. Kita Hendaklah Sentiasa Ingat Matlamat Kita
Bab 3. Skop Baru Bagi Dakwah Islamiyah
Fasal 1. Skop Baru Bagi Dakwah Islamiyah
Fasal 2. Program Pembangunan Islam
Fasal 3. Islam Merupakan Penyelamat Bagi Manusia
Fasal 4. Krisis Pemikiran Islam
Fasal 5. Rancangan-rancangan Untuk Menguasai Islam
Fasal 6. ”Komplot Menghapuskan Nilai-Nilai Tabi’i Islam”
Bab 4. Isu Asasi Da lam Gerak Kerja Islam.
Fasal 1. Dakwah Islamiah Dan Kesatuan Yang Global Serta Membangunkan Pemikiran Berdasarkan al-Quran
Fasal 2. Melindungi Pemuda-Pemuda Islam Daripada Aliran Pemikiran Yang Sesat
Fasal 3. Kesempurnaan Metodologi Pendidikan Islam
Fasal 4. Islam Mengetengahkan Manhaj Ilmu Yang Paling Istimewa
Fasal 5. Fasal Kejadian Manusia Dan Kejatuhan Teori Darwin
Fasal 6. (Keterangan Al-Quran) Percubaan Untuk Menghancurkan Dan Ancaman Bagi Memusnahkannya
Fasal 7. Turath (warisan) Yang Asli Dan Turath Yang Palsu
Fasal 8. Islam Satu-satunya Agama Yang Membentuk Kesatuan Hati Dan Pemikiran Umat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan