Tajuk: Jemaah Tabligh: Sejarah Dan Perkembangannya Di Malaysia.
Penulis: Ahmad Henry Bin Rudy Arnady al-Manhar.
Penerbit: Perniagaan Jahabersa.
Kemunculan pelbagai gerakan Islam di Malaysia pra dan pasca merdeka adalah kesan daripada proses pertembungan antara narus sekurarisme bawaan penjajah Barat dengan umat Islam yang masih berpeganag teguh kepada ajaran Al-Qur'an dan hadith Nabi s.a.w. Oleh itu, kebanyakan gerakan Islam ini bergerak beriringan dengan nada politik, nasionalisme, patriotisme dan sebagainya. Kemunculan Jemaah Tabligh pada awal 1950-an yang tidak terikat dengan nada-nada tersebut menyebabkan perjalanan dakwah dan tabligh mereka seringkali dipandang serong oleh masyarakat Islam sama ada di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia umumnya.
Buku kecil ini akan menyoroti perjalanan dakwah Jemaah Tabligh dan bagaimana gerakan Islam ini memasuki Malaysia tatkala umat Islam pada ketika itu sedang 'berperang' dengan arus sekuriame bawaan penjajah British. Buku ini juga menjelaskan kaedah dakwah Jemaah Tabligh yang sangat menitikberatkan praktikal dakwah Nabi Muhammad s.a.w iaitu khuruj fisabillah di samping pelbagai kaedah dakwah lain. Tidak lupa juga buku ini turut membicarakan pandangan masyarakat Malaysia terhadap Jemaah Tabligh sejak awal kewujudannya di Malaysia sehingga pada tempoh terdekat ini. Diharapkan supaya buku ini dapat menjadi sumber rujukan kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami Islam dan gerakan-gerakan yang terkandung di dalamnya.
Kandungan
Mukadimah.
Bab 1: Latar Belakang Jemaah Tabligh.
1.0. Pengenalan.
1.1. Di Sebalik Nama Jemaah Tabligh.
1.2. Jemaah Tabligh di Malaysia.
1.2.1. Fasa Pertama & Faktor Ksjayaan.
1.2.2. Fasa Kedua Dan Faktor Kejayaan.
1.3. Pembahagian Zon.
1.4. Perkembangan Jorh dan Ijtimak.
1.5. Markas Malaysia di Sri Petaling.
1.5.1. Fungsi.
Kesimpulan.
Bab 2. Ajaran Teras.
2.0. Pengenalan.
2.1. Jemaah Tabligh & Ilmu Tasawwuf.
2.2. Kontroversi Ajaran Wandat al-Wujud Dalam Jemaah Tahligh.
2.3. Penekartan Enam Sifat.
2.4. Cara Hidup Seharian.
Kesimpulan.
Bab 3. Kaedah Dakwah.
3.0. Pengenalan.
3.1. Khuruj dan Sejarah Permulaan.
3.1.1. Khuruj dan Jihad Qital.
3.1.2. Dakwah Melalui Kaedah Khuruj.
3.1.3. Proses Khuruj.
3.2. Ta’lim.
3.3. Gash Jawlah.
3.4. Bayan.
3.5. Karguzari.
3.6. Muzakarah.
3.7. Malam Markas.
3.8. Tasykil.
Kesimpulan.
Bab 4. Reaksi Masyarakat Malaysia & Keberkesanan Dakwah.
4.0. Pengenalan.
4.1. Faktor Penolakan.
4.1.1. Faktor Politik.
4.1.2. Toleransi Berlebihan Terhadap Pendapat Bukan Islam.
4.1.3. Pengaruh Modenisme Barat Dalam Masyarakat Malaysia.
4.1.4. Media Massa.
4.2. Faktor Penerimaan.
4.2.1. Usaha Gigih Jemaah Tabligh.
4.2.2. Mensasarkan Golongan yang Berpengaruh.
4.2.3. Kelebihan Kaedah Khuruj & Gasht Dalam Dakwah
4.2.4. Konsep Persaudaraan Sesama Islam.
4.3. Keberkesanan Dakwah Jemaah Tabligh.
Kesimpulan.
Penutup.
Bibliografi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan