JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 14 Februari 2011

Hadith Dalam Karya Syeikh Daud al-Fathani.


Tajuk: Hadith Dalam Karya Syeikh Daud al-Fathani.
Penulis: Fauzi Deraman.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kedudukan hadith sebagai sumber hukum Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran tetap utuh dan kukuh serta tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun. Namun begitu, pemakaian hadith secara umum tanpa melihat aspek nilai sama ada sanad atau matan, boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan membuka ruang kepada musuh Islam untuk mempertikaikannya. Buku ini memperkatakan kedudukan hadith dalam kitab-kitab jawi yang dihasilkan oleh tokoh ulama Nusantara yang terkemuka, iaitu Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fatani. Aspek yang ditekankan ialah status dan pemakaian hadith, kekuatan dan kelemahannya, perbandingan hadith-hadith itu dengan kitab hadith yang asal dan kaedah Syeikh Daud al-Fatani sendiri dalam mempersembahkan hadith tersebut. Ketokohan Syeikh Daud al-Fatani sebagai seorang ulama yang ulung tidak perlu dipertikaikan lagi. Karya beliau dalam bentuk kitab-kitab jawi mempunyai perbicaraan yang luas dalam segenap ilmu Islam dan menjadi bahan pengajian serta pegangan masyarakat Islam di seluruh Nusantara.

Kandungan.

Prakata.

Bab 1. Pendahuluan.
- Perkembangan Penulisan Kitab-Kitab Jawi Di Nusantara.

- Kitab-Kitab Jawi Dalam Bidang Hadith.

Bab 2. Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani.
- Sejarah Hidup.

- Susur Galur Keturunan.

- Kelahiran.

- Keluarga.

- Pendidikan Awal.

- Guru-gurunya.

- Sahsiah.

- Kematian.

- Karya-Karya Syeikh Daud al-Fatani.

- Karya-Karya Yang Diterbitkan.

Bab 3. Hadith Dalam Karya Syeikh Daud al-Fatani.
- Penglibatan dalam Bidang Hadith.

- Pemakaian Hadith dalam Karya-karya Syeikh Daud al-Fatani.

- Hadith dalam Kasyf al-Ghummah.

- Bilangan Hadith dalam Kasyf al-Ghummah.

- Darjat Hadith, Kedudukan Sanad dan Istilah-istilah Hadith.

- Sanad Hadith.

- Nilai Hadith.

- Pemakaian Istilah.

- Arbain Syeikh Daud.

- Hadith-hadith dalam Karya Syeikh Daud al-Fatani yang Lain.

- Kitab idah al-Bab.

- Kitab Bughyah al-Tullab.

- Kitab Munyah al-Musalli.

- Kitab Ghayah al-Taqrib.

- Kitab al-Durr al-Thamin.

Penutup.

Bibliografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...