JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 24 Februari 2011

Tajdid Perspektif Sejarah Dan Masa Kini.


Tajuk: Tajdid Perspektif Sejarah Dan Masa Kini.
Penulis: Mohamad Kamil Abdul Majid.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.

Tajdid merupakan perkataan Arab yang bermaksud pembaharuan. Menurut pandangan ulama fiqh, tajdid bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yang semakin ditinggalkan akibat amalan bid’ah. Buku ini mengutarakan persoalan tentang masa depan pemikiran Islam agar umat Islam bukan hanya menoleh ke belakang sebaliknya meninjau ke masa hadapan. Se lain itu menyeru masyarakat Islam kembali berijtihad dan mengadakan tajdid menyeluruh pada masa kini yang diistilahkan dengan tajdid hadari (pembaharuan tamadun). Pandangan dan aliran pemikiran tokoh tajdid seperti Yusuf alQaradawi, Malik Bennabi, Jamaluddin al-Afghani dan Ibnu Khaldun turut dibincangkan. Yusuf al-Qaradawi ada menggariskan ciri-ciri mujtahid masa kini yang dikira sesuai dan perlu selari dengan perkembangan zaman, selain rnembangkitkan permasalahan perpecahan sesama umat Islam. Malik Bennabi pula menyarankan umat Islam agar bukan hanya mampu berfikir tetapi mesti menguasai sains dan teknologi, bukan hanya teori tetapi juga praktikal. Daripada gabungan pemikiran dan pandangan tokoh-tokoh tajdid tersebut ternyata keperluan bahawa aliran pemikiran semasa perlu ditakrifkan semula dan perlunya ditonjolkan peranan ulama dalam menghadapi alaf barn. Penulis juga cuba menggariskan pembaharuan yang sepatutnya diambil dalam pengajian Usuluddin masa kini.

Kandungan.

Pendahuluan.

Makalah 1. Tajdid: Perspektif Sejarah dan Masa Kini.

Makalah 2, Muwatta’ Imam Malik: Kitab Hadis dan Fiqh yang Terawal.

Makalah 3. Menghayati Tamadun Ilmu dan Budaya: Sumbangan dan Pemikiran Ibn Khaldun.

Makalah 4, Pemikiran Malik Bennabi Mengenai 65 Masalah Tamadun Dunia Islam Kini.

Makalah 5, Ijtihad Kontemporari: Beberapa Pandangan Yusof al-Qaradawi.

Makalah 6, Pandangan Al-Qaradawi Mengenai Masalah Perbezaan Pendapat di Kalangan Umat.

Makalah 7. Pemikiran Islam dalam Menghadapi Cabaran Abad ke-21M.

Makalah 8. Peranan Ulama dan Menangani Kemelut Abad 21.

Makalah 9 Pengajian Usuluddin dalam Menyahut Cabaran Abad Ke-21M.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...