JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 14 Februari 2011

Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak.


Tajuk: Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak.
Penyelenggara: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor & Dr. Nor 'Azzah Kamri.
Penerbit: Persatuan Ulama' Malaysia.

Isu berkaitan wanita Islam seringkali dibahas dan dibicarakan dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Antara perkara yang sering diperdebatkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Seterusnya ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia juga merupakan topik yang sering dibahaskan oleh sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Untuk itu, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela status dan hak wanita.

Kandungan.

- Salah Faham Tentang Kedudukan Wanita Muslim.
> Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.

- Hak-Hak Wanita Pada Zaman Rasulullah s.a.w.: Menyingkap Sejarah Serikandi Islam.
> Norsaleha Mohd. Salleh.

- Ke Arah Muslimat Berwibawa Dan Cemerlang.
> Wan Tom Binti Wan Mohd Noor.

- Wanita, Dakwah Dan Media.
> Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek.

- Pembelaan Hak-Hak Wanita.
> Puan Kamar Ainiah Binti Kamaruzaman.

- Wanita Islam Dan Isu-Isu Gender Masa Kini.
> Dr. Raihanah Abdullah.

- Wanita Islam Di Malaysia Selepas 50 Tahun Kemerdekaan: Pencapaian Dan Cabaran.
> Dr. Nor 'Azzah Kamri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...