JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Ahad, 6 Februari 2011

Murtad: Kedudukannya Di Sisi Islam Dan Perlembagaan Malaysia.


Tajuk: Murtad: Kedudukannya Di Sisi Islam Dan Perlembagaan Malaysia.
Penyunting: Farid Sufian Shuaib
Penerbit: Intel Multinedia And Publication.

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad di kalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara. Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Disember 2004 lalu. Meskipun dihadkan oleh ruang penulisan yang agak terbatas, namun pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Syamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Abdul Aziz Bari.

Kandungan.

Glosar.

Senarai Status.

Senarai Kes.

Pengenalan Penulis.

Makalah 1. Pendahuluan.
> Farid Sufian Shuaib.

Makalah 2. Murtad Dalam Perundangan Islam.
> Shamrahayu Abdul Aziz & Mohd Hisham Mohd Kamal.

Makalah 3. Isu Murtad Dan Kebebasan Beragama Dalam Kerangka Perlembagaan Persekutuan.
> Abdul Aziz Bari.

Makalah 4. Penutup.
> Farid Sufian Shuaib.

Lampiran 1. Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran 2. Kesalahan Riddah.

Bibliografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...