Tajuk: Ketokohan AI-Ghazali Dalam Bidang Logik.
Penulis: Mohd Fauzi Hamat.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.
Al-Ghazali menjadi perintis kepada usaha mempertautkan disiplin ilmu Islam dengan disiplin Logik yang menjadi manhaj kepada Falsafah Greek. Penolakan beliau terhadap beberapa aspek Falsafah yang dilihatnya tidak serasi dengan ajaran akidah Islam tidak menghalang beliau untuk menggerakkan usaha mumi ini yang lahir daripada tanggapan positif beliau terhadap disiplin Logik yang merupakan manhaj warisan peninggalan Aristotle dan sesetengah buah fikiran kumpulan Stoik (Arab: al-Rawaqiyyun; Inggeris: Stoics) Usaha beliau ini telah diserlahkannya menerusi penghasilan kitab al- Mustasfa min 'Ilm al-Usul (Saripati Perundangan Islam).
Pendedahan tentang sumbangan al-Ghazali dalam bidang Logik juga akan sekali gus dapat memaparkan ketokohannya yang mengagumkan dalam bidang tersebut dan juga mengetengahkan asas pemikiran Logik al-Ghazzali yang terabadi dalam karya-karya ilmiah hasilannya. Penelitian secara mendalam terhadap metodologi kajian ilmiah dan pemikiran epistemologinya boleh membantu umat Islam membina suatu budaya berfikir dan budaya kajian ilmiah yang mantap dan tersusun berasaskan roh ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah. la juga diharapkan dapat mendedahkan kepada para ilmuwan tentang penggunaan Logik Greek yang telah disintesiskan oleh al-Ghazzali dengan disiplin ilmu Islam.
Kandungan.
Bab l. Kedudukan Logik Menurut Pandangan Ulama.
Bab 2. Ketokohan al-Ghazzali dalam Bidang Logik.
- Biodata al-Ghazzali.
- Latar Belakang Pendidikan.
- Penglibatan dalam Falsafah Islam.
- Penghasilan Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah.
Bab 3. Sumbangan al-Ghazali dalam Bidang Logik.
- Sumbangan dalam Pengajaran Dan Penulisan Karya Logik.
- Karya Logik Dan Kepentingannya.
- Al-Ghazali Dan Pengkritik Logik.
Bab 4. Logik al-Ghazali Dalam Al-Mustasfa Min 'Ilm al-Usul Dan Kepentingannya Dalam Perbahasan Ilmu.
- Latar Belakang Kitab.
- Sumber-Sumber Rujukan.
- Keistimewaan al-Mustasfa.
- Pengelasan Kajian Ilmu.
- Keobjektifan Perbahasan.
- Al-Mustasfa dDlam Perkembangan Pemikiran Islam.
- Al-Mustasfa Dalam Perbahasan Usul al-Fiqh.
- Pengaruh al-Mustasfa terhadap Pemikiran Islam.
- Metode al-Mustasfa Dalam Karya Ulama.
- Al-Mustasfa Dan Pengukuhan Metodologi.
- Kajian Ilmiah.
Kesimpulan.
Bibliografi.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan