Tajuk: Hamka Pujangga Islam: Kebanggaan Rumpun Melayu Menatap Peribadi Dan Martabatnya.
Penulis: H. Rusydi Hamka.
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd.
Banyak perkara yang belum diketahui oleh orang ramai, perihal peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya. Dan, banyak lagi. Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang : Suami, Ayah, Datuk dan Mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam tersendiri.
Penulis juga mengetengahkan kemahiran Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur mengunggu giliran, seperti halnya hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Ia kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah. Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.
Kandungan.
Pengantar Penerbit.
Pengantar Penerbit Pustaka Panjimas.
Pengantar Penulis.
- Catatan Latar Belakang Kehidupan Hamka.
- Tongkat-tongkat Buya Hamka.
- Ubat Hati Ayah dan Ubat dari Anak.
- Tanah Deli Untung-untungan.
- Dari Hari ke Hari.
- Fatwa Dalam Humor.
- Muru'ah 1.
- Muru'ah 2.
- Anak-anak Kesebelas.
- Masalah Metropolitan.
- Merindukan Cucu.
- Kemandang Dakwah.
- Terpegang di Pangkal Bedil..
- Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia.
- Jambatan Ummah Dan Pemerintah.
- Menjelang Akhir Hayat Dan Penutup.
Lampiran-lampiran.
1. Catatan Dalam Tahanan Regim Sukarno.
2. Sambutan Sebagai Ketua Umum Majlis Ulama.
3. Toleransi (Kerukunan Beragama).
4. Surat Peribadi untuk Pak Harto.
5. Pembahasan Dari Hal Intisari UUD `45.
6. Surat Kepada Pangkopkamtib Sudomo.
7. Surat Jawapan Dari Pangkopkamtib Sudomo.
8. Karya-karya Buku Sejak Menulis Dan Mengarang 1928 (Usia, 17 Tahun).
Biodata Penulis.
Keratan Akhbar Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan