JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 5 Ogos 2010

Islamisasi Ilmu Dari Pemikiran Ismail Ragi al-Faruqi.


Tajuk: Islamisasi Ilmu Dari Pemikiran Ismail Ragi al-Faruqi.
Penulis: Abdul Halim Ramli.
Penerbit: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

Buku ini dihasilkan bagi memberi kefahaman masyarakat terhadap gagasan pengislaman ilmu sepertimana yang diutarakan oleh Prof. Ismail Ragi al-Faruqi dalam tulisan-tulisan beliau. Bagi mencapai matlamat tersebut, buku ini akan membentangkan secara ringkas riwayat hidup al-Faruqi dengan membincangkan secara khusus kehidupan al-Faruqi, keperibadian, perkembangan dan kegiatan intelektualnya, kematian dan karyakaryanya yang utama. Buku ini kemudiannya akan membincangkan gagasan pengislaman ilmu dengan terlebih dahulu meninjau gagasan dan pengislaman ilmu yang berlaku dalam sejarah Muslim, yang meliputi dua zaman, iaitu zaman intelektual Muslim klasik yang merujuk kepada zaman pemerintahan Bani Abbasiah (750-1258 M) dan zaman moden. Gerakan Islamisasi ilmu zaman moden pula akan dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu zaman kolonialisme dan pasca-kolonialisme. Melalui perbincangan sejarah gerakan Islamisasi ilmu in kita akan dapat melihat kesinambungan gagasan tersebut dengan gagasan pengislaman ilmu seperti yang diutarakan oleh al-Faruqi. .

Kandungan

Prakata

Bab 1. Ismail Raji Al-Faruqi: Kehidupan Dan Sumbangannnya

Pendahuluan
Kehidupan al-Faruqi

Keperibadian al-Faruqi

Perkembangan dan Kegiatan Intelektual al-Faruqi.

Al-Faruqi dan Palestin.

Kematian al-Faruqi.

Karya-Karya al-Faruqi.

Bab 2. Gagasan Pengislaman Ilmu

Pendahuluan.

Latar Belakang Islamisasi Ilmu.

Islamisasi Ilmu Dalam Tradisi Intelektual Muslim Klasik.

Islamisasi Ilmu Dalam Realiti Dunia Moden.

Islamisasi Ilmu Zaman Pasca-Kolonialisme Barat.

Bab 3. Pemikiran Al-Faruqi Mengenai Islamisasi Ilmu.

Pendahuluan.

Masalah-Masalah Ummah dan Definisi Islamisasi Ilmu.

Metodologi Pengislaman Ilmu.

Prinsip Utama Islamisasi Ilmu.

Rangka Kerja Pengislaman Ilmu.

Bab 4. Respon Golongan Intelektual Terhadap Gagasan Islamisasi Ilmu Dan Ke Arah Islamisasi Displin-Displin Ilmu.

Pendahuluan.

Respon Golongan Intelektual Terhadap Islamisasi Ilmu.

Ke Arah Islamisasi Disiplin-Disiplin Ilmu.

Kesimpulan

Rujukan.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...