Tajuk: Ke Mana Nasionalisme Melayu.
Penulis: Rustam A Sani.
Penerbit: R. Publishing Services.
Nasionalisme Melayu merupakan satu-satunya gerakan politik yang telah merintis jalan kea rah terbentuknya negara Malaya dan kemudaiannya Malaysia. Namun nasionalisme Melayu merupakan salah satu gerakan nasionalisme di dunia yang dapat dianggap sebagai nasionalisme yang gagal. Gerakan ini tidak berhasil melahirkan sebuah Negara bangsa Melayu sebagaimana yang dicita-citakannya. Sabaliknya yang lahir ialah Malaysia, sebuah negara bangsa pelbagai kaum yang telah dibentuk oleh sejarah pemerintahan colonial.
Nasionalisme Melayu itu sepatutnya dapat ditranformasikan menjadi ‘nasionalisme Malaysia’. Namun demikian ini tidak pernah terjadi kerana politik di negara pasca-kolonial itu anat daif unsure-unsur wawasan, falsafah dan pemikirannya. Sebaliknya nasionalisme Melayu itu sendiri telah dipergunakan oleh para pemimpin negara itu semata-mata sebagai alat percaturan real-politik perkauman yang dangkal lagi berbahaya.
Kandungan.
Prakata.
Penghargaan.
Bab 1. Nasionalisme Melayu Dan Negara Pasca-kolonial.
Bab 2. Tahun-tahun Tiga Puluhan.
Bab 3. Kepemimpinan Politik Melayu Peringkat Awal.
Bab 4. Badan-Badan Bahasa Dan Sastera.
Bab 5. Ke Arah Gagasan Bangsa Malaysia.
Bab 6. Pembentukan Elit Politik Melayu.
Bab 7. Wawasan 2020 dan Gagasan Melayu Baru.
Bab 8. Reformasi: Kesan Krisis Ekonomi 1998.
Bab 9. Parti Keadilan Rakyat Menemukan Landasan Sejarahnya.
Penutup: Ke Mana Nasionalisme Melayu.
Bibliografi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan