JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 17 Februari 2012

Penerbitan Majalah Di Malaysia.


Tajuk: Penerbitan Majalah Di Malaysia.
Penulis: Dr. Hamedi Mohd Adnan.
Penerbit: Karisma Publication Sdn Bhd.

Penyelidikan, meskipun peranannya sangat penting sebagai suatu medium yang menyumbang terhadap pembinaan bahasa, budaya dan bangsa. Majalah bukan setakat menjadi bahan bacaan untuk pengisian masa senggang, tetapi memancarkan tahap pemikiran dan kemajuan masyarakat. Justeru, seperti juga halnya dengan penerbitan buku, penerbitan majalah mencerminkan tahap pembangunan negara berkenaan. Di Malaysia, penerbitan majalah berkembang dengan agak perlahan berbanding dengan penerbitan buku. Masalah paling besar yang dihadapi ialah pasaran yang agak kecil, yang diakibatkan daripada segmentasi bahasa dan latar belakang pembaca di negara ini. Perusahaan majalah di Negara ini terbahagi kepada bahasa yang digunakan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Segmentasi sedemikian menyempitkan pasaran majalah dan juga iklan. Justeru, banyak majalah yang tidak mampu bertahan lama di pasaran kerana sirkulasinya rendah dan pendapatan daripada iklan terbatas. Buku ini membincangkan pelbagai aspek dalam dunia penerbitan majalah di Malaysia, khususnya yang bersangkutan dengan penerbitan majalah dalam Bahasa Melayu. Perbincangan dalam buku ini bukan sahaja ditumpukan kepada aspek editorial majalah, malahan aspek sirkulasi dan pengiklanan.

Kandungan

Singkatan

Senarai Jadual

Pendahuluan

Bab 1. Profil Ringkas Penerbitan Majalah Melayu Abad Ke-20

Bab 2. Profil Penerbitan Majalah Melayu Sebelum Perang (1900-1941)

Bab 3. Ekonomi Penerbitan Majalah Melayu Sebelum Perang

Bab 4. Majalah-Majalah Agama Sebelum Perang dan Ekonomi Penerbitannya

Bab 5. Sulaiman Ahmad dan Penerbitan Majalah ’Lucah’ Dalam Bahasa Melayu

Bab 6. Profil Penerbitan Majalah Melayu Selepas Perang (1945-1957)

Bab 7. Perkembangan Majalah Humor Melayu Selepas Gila-Gila

Bab 8. Perkembangan dan Cabaran Pemasaran Majalah Humor

Bab 9. Majalah-Majalah Wanita Dekad 1980-an

Bab 10. Majalah-Majalah Wanita Semasa: Antara Editorial, Sirkulasi dan Iklan

Bab 11. Pemasaran Majalah-Majalah DBP: Pandangan Dan Luar

Bab 12. Perkembangan Majalah Melayu Semasa dan Cabarannya

Bibliografi

Indeks

Senarai Jadual

Jadual 1.1. Jumlah Majalah Melayu Mengikut Dekad

Jadual 1.2. Jenis dan Jumlah Majalah Melayu Abad Ke-20

Jadual 2.1. Taburan Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 2.2. Lokasi Penerbitan Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 2.3. Pengkategorian Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 2.4. Taburan Kekerapan Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 3.1. Pecahan Penerbit Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 3.2. Taburan Harga Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 3.3. Jangka Hayat Majalah Melayu Sebelum Perang

Jadual 6.1. Taburan Majalah Melayu Selepas Perang

Jadual 6.2. Lokasi Penerbitan Majalah Melayu Selepas Perang

Jadual 6.3. Jenis Penerbit dan Jumlah Majalah

Jadual 6.4. Pengkategorian Majalah Melayu Selepas Perang

Jadual 6.5. Kekerapan Majalah Mengikut Jenis dan Tahun

Jadual 7.1. Butiran Majalah Humor Melayu (1978-1998)

Jadual 11.1. Langganan Majalah DBP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...