Tajuk: al-Ghazali Dan Konsep al-Nur. 
Penulis: Azlan Khalil Shamsuddin. 
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 
al-Ghazali seorang ilmuwan ulung pada abad ke-5H/11M yang telah meninggalkan warisan ilmu yang amat bernilai bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga umat yang lain. Kemasyhurannya menjadi begitu memuncak selepas kematian beliau dan namanya disebut-sebut sehingga ke masa kini. Di kepulauan Melayu, keilmuan al-Ghazali yang amat diminati ramai ialah ilmu tasawuf sehingga dianggap tidak sempurna pengajian bidang tasawuf sekiranya beberapa buah kitab al-Ghazali tidak dipelajari malahan ada orang yang merasa lengkap pengajian tersebut hanya dengan mempelajari kitab-kitab al-Ghazali. 
Buku kecil ini dianggap menarik kerana perbincangannya yang menyeluruh tentang al-Ghazali, keunggulan al-Ghazali dan kritikan orang terhadap al-Ghazali serta perbincangan tentang konsep al-Nur dari perspektif yang sebenar. Al-Ghazali menyatakan bahawa cahaya (Nur) adalah seperti cahaya badani, cahaya mata dan akal kecerdasan. Cahaya yang sebenarnya adalah Allah s.w.t., kerana cahaya yang bukan dari Allah s.w.t. bukanlah hakikat ataupun kebenaran. Pengertian cahaya berbeza menurut golongan manusia. Al-Ghazali membahagikan mereka kepada tiga golongan, iaitu orang awam, orang khusus dan orang yang lebih khusus. Pembaca akan mendapat manfaat daripada buku ini sehingga tidak mungkin mengalami kesesatan dalam cahaya Ilahi yang hakiki.
Kandungan
Pengenalan
Bab 1. Riwayat Hidup al-Ghazali 
Krisis Intelektual al-Ghazali 
Daripada Beruzlah kepada Kehidupan Bermasyarakat 
Keengganan al-Ghazali untuk Kembali ke Baghdad 
Bab 2. Kritik al-Ghazali Terhadap Ahli Falsafah 
Kesan Tahafut al-Falasifah
Bab 3. al-Ghazali: Kejayaan Serta Kritikan Terhadapnya 
Bab 4. Definisi Cahaya Menurut Bahasa Dan Penelaahan Awal Mengenai Cahaya Menurut al-Ghazali.
Cahaya Menurut Bahasa 
Konsep Cahaya Menurut al-Ghazali 
Makrifat dan Nur 
Akal, Roh dan Jiwa Insaniyah (Nafs). 
Akal Sebagai Nur 
Penjelasan tentang Nur 
al-Quran Sebagai Sinar Suria Akal 
Alam Lahir dan Alam Ghaib Berserta Cahaya-cahayanya 
Sumber-Sumber Tingkat Cahaya 
Bab 5. Tafsir Ayat-Ayat Tentang al-Nur
Pengertian:- 
al-Nur
Mishkat 
Misbah 
al-Zujalah, 
Syajarah Zaytun.
Kesimpulan 
Bab 6. Perbahasan Lanjut Tentang al-Nur 
Susunan dan Darjat Cahaya Duniawi dan Samawi Misalnya Pelita 
Hakikat Kebenaran Golongan Sufi 
Lanjutan Perbahasan Wajah Allah yang Berhubung dengan Cahaya dan Allah 
Hubungan Antara Cahaya dengan Allah 
Bab 7. al-Hijab
Yang Terselubung oleh Hijab Gelap-gelita
Yang Terselubung oleh Hijab Campuran Antara Gelap dan Terang
Yang Terselubung oleh Hijab Cahaya TerangBenderang
Titik Tujuan yang Diselidiki
Bab 7. Khatimah 
Beberapa Hadith Tentang al-Nur 
Bibliografi 
Senarai Istilah 
Indeks 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan