JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 15 Februari 2012

Pensejarahan Melayu 1800-1960.


Tajuk: Pensejarahan Melayu 1800-1960.
Penulis: Mohd Yusof Ibrahim.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buku Pensejarahan Melayu: 1800-1960 ini memaparkan bentuk dan perkembangan pensejarahan Melayu dari tahun 1800 hingga tahun 1960-an. Pemaparan dalam bentuk kajian ini dilakukan kerana belum banyak penulisan tentang pensejarahan Melayu dari perspektif sejarah yang sewajarnya. Pensejarahan Melayu perlu dikaji dari sudut sejarah dan karya-karya yang tidak berupa pensejarahan negeri diketengahkan sekurang-kurangnya untuk melihat kelainan dalam penghasilan pensejarahan Melayu. Buku ini mengemukakan beberapa pandangan yang bermakna bagi pensejarahan Melayu. Pandangan ini selain berkaitan dengan bentuk dan per kembangannya, ia berkait dengan nilai sejarahnya, kefahaman terhadap takrif dan kesedaran tentang kepentingan sejarah, dan kemunculan serta perkembangan pensejarahan Melayu moden.

Kandungan

Prakata

Pendahuluan

Penghargaan

Bab 1. Pensejarahan Negeri Dan Jurai Keturunan: 1800-1930

Bab 2. Pensejarahan Negeri Dan Jurai Keturunan: 1930-1960

Bab 3. Pensejarahan Negeri Dan Riwayat Hidup Tokoh Dalam Bentuk Syair

Bab 4. Riwayat Hidup Dalam Bentuk Prosa: 1800-1930

Bab 5. Riwayat Hidup Dalam Bentuk Prosa: 1930-1960

Bab 6. Pensejarahan Keagamaan: Riwayat Hidup Para Nabi Dan Rasul

Bab 7. Pensejarahan Keagamaan: Riwayat Hidup Tokoh, Ulama Dan Beberapa Kerajaan Islam.

Bab 8. Pensejarahan Sosiopolitik Dan Ekonomi: 1800-1940

Bab 9. Pensejarahan Sosiopolitik Dan Ekonomi: 1940-1960

Bab 10. Pensejarahan Peperangan

Bab 11. Karya Pensejarahan Berbentuk Budaya Atau Tamadun

Bab 12. Karya-Karya Pensejarahan Yang Lain

Bab 13. Pensejarahan Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah: 1900-1920

Bab 14. Pensejarahan Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah: 1920-1960

Kesimpulan

Lampiran 1

Lampiran 2.

Bibliografi

Indeks

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...