JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 1 Februari 2012

Yusoff Zaky Yacob: Dian Yang Tak Kunjung Padam.


Tajuk: Yusoff Zaky Yacob: Dian Yang Tak Kunjung Padam.
Penulis: Asmadi Yakob & Mustaffa Abdullah
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Beliau merupakan contoh pengarang besar yang gigih dan serba boleh. Pengajiannya berlatarbelakangkan sistem tradisional dan moden membolehkan beliau menguasai ilmu yang terkandung dalam kitab tua (kitab pondok), kitab Arab moden dan juga ilmu moden terutamanya dalam bidang psikologi, pendidikan, dakwah dan politik. Sehubungan itu, beliau menjadi pengarang, penulis, penterjemah, mufassir, wartawan, penerbit, usahawan percetakan, pendakwah, pembawa islah secara sepenuh masa, berdedikasi dan berdikari. Beliau menubuhkan syarikat Pustaka Dian pada 2 Mac 1957, tahun kemerekaan Tanah Melayu sebagai usaha "mengisi kemerdekaan" melalui penerbitan buku dan majalah. Yusoff Zaky umpama "Lilin yang tak kunjung padam". Dian melambangkan "suatu cahaya yang sabar dan tenang serta melambangkan pengorbanan diri bagi faedah dan kebaikan orang ramai".

Kandungan

Bab 1. Sejarah Transmisi Idea Mufassir Mesir Ke Malaysia

Bab 2. Aktiviti Terjemahan Karya-Karya Tafsir

Bab 3. Pengajian Tafsir Di Kelantan

Bab 4. Biografi Dato' Yusoff Zaky Yacob

Bab 5. Sumbangan Dato' Yusoff Zaky Kepada Penulisan

Bab 6. Dato' Yusof Zaky Dan Sumbangannya Kepada Majalah Pengasuh

Bab 7. Terjemahan Tafsir Fi Zilal Al-Quran

Bab 8. Analisis al-Tafsir Al-Mawdu'i Dalam Majalah Pengasuh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...