JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 14 Oktober 2010

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Pemikiran.


Tajuk: Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Pemikiran.
Editor: Dr. Azizan Mat Enh.
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Buku sumbangsih ini adalah dihasilkan untuk Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah yang telah bersara pada bulan Julai 2007 dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, Pulau Pinang. Dr. Abdul Rahman dilahirkan pada 30 Julai 1951 dan merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Iman. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah sejarah di PPPJJ, USM pada tahun 1984. Sebelum memulakan perkhidmatannya di USM, Dr. Abdul Rahman merupakan bekas guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajarannya di USM di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana sehinggalah ke peringkat doktor falsafah di UKM. Bidang yang menjadi pengkhususan dan minat beliau ialah Sejarah Pemikiran dan Falsafah di Asia Tenggara. Dr. Abdul Rahman merupakan seorang pensyarah sejarah yang dikagumi dan diiktiraf kepakarannya bukan sahaja oleh rakan sejawatnya daripada bidang sejarah tetapi juga oleh rakan sejawat daripada disiplin-disiplin lain. Beliau telah menghasilkan buku-buku akademik terutamanya dalam bidang sejarah yang setakat ini berjumlah sebanyak 22 buah buku. Kecintaan beliau terhada ilmu mendorong beliau untuk terus meneroka bidang ilmu tanpa jemu. Beliau memetik kata-kata Imam Syafie bahawa “Antara nikmat hidup ialah apabila mengetahui benda-benda yang baharu dalam kehidupan ini”. Artikel-artikel yang disumbangkan untuk menghasilkan buku ini adalah hasil inisiatif rakan sejawat dari Program Sejarah PPPJJ, USM dan juga bekas anak murid didikan beliau yang kini merupakan pensyarah di beberapa IPTA tempatan selain sebuah artikel daripada gurunya sendiri iaitu Dr. Fadhlullah Jamil.

Kandungan.

Prakata.
The Thoughts of Badi’uzzaman Sa’id Nursi: An Analysis.
> Fadhlullah Jamil.

Undang-undang Laut Melayu: Undang-Undang Perahu Dan Undang-Undang Belayar Satu Luahan Pemikiran Melayu Zaman Silam.
> Ahmad Jelani Halimi.

Pemikiran Globalisasi: Cabaran, Jati Diri Dan Masa Depan.
> Mohd Isa Othman & Sakinah Abu Bakar.

Pemikiran Islah Kaum Muda 1930-an Tumpuan Pada Akhbar Saudara.
> Azmah Abdul Manaf.

Golongan Agama: Pemikir Dan Pencetus Awal Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu.
> Ishak Saat.

Pemikiran Ulama Dan Umara Dalam Konsepsi Pendidikan Masyarakat Melayu.
> Mohd Azhar Bin Bahari.

Pemikiran Dan Perjuangan Guru Melayu Kedah Sebelum Merdeka: Nasionalisme, Politik Dan Kebajikan.
> Mohamad Muzammil Mohamad Noor.

Pemikiran Dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob.
> Roslan Saadon.

Pemikiran Keagamaan Masyarakat Cina.
> Suhaila Abdullah.

Pemikiran Kang Youwei (1858-1927): Menyingkap Kemunculan Dan Pengaruhnya.
> Khoo Boon Dar

Pemikiran Wanita Bosnia Selepas Perang.
> Azhzan Mat Enh.

Biodata Pengarang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...