JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 8 Oktober 2010

MAIK: Peranannya Dalam Bidang Keagamaan, Persekolahan Dan Penerbitan Di Kelantan Sehingga 1990.


Tajuk: MAIK: Peranannya Dalam Bidang Keagamaan, Persekolahan Dan Penerbitan Di Kelantan Sehingga 1990.
Penulis: Abdul Razak Mahmud.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan institusi agama pertama pernah ditubuhkan di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Malaysia. Tidak lama selepas penguatkuasaan Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan campur tangan Inggeris dalam bidang pentadbiran negeri Kelantan, beberapa orang cerdik pandai Melayu Kelantan pada waktu itu merasakan perlunya sebuah institusi khusus ditubuhkan bagi mengatur pentadbiran keagamaan dan istiadat Melayu yang terletak 'di luar bidang kuasa' penasihat Inggeris, sebagai imbangan atau penimbal atas kehilangan kuasa pentadbiran negeri yang sebelumnya terletak di tangan sultan dan pembesar-pembesar tradisional. Dalam sejarahnya, institusi ini sangat berperanan dalam kebangkitan pendidikan orang Melayu khasnya dan kesedaran sosial dan politik masyarakat Kelantan amnya melalui kegiatan-kegiatan yang digerakkannya sejak ditubuhkan sehingga sekarang. Buku ini menggariskan tiga aspek utama peranan MAIK iaitu dalam bidang keagamaan, persekolahan, dan penerbitan dalam tempoh 75 tahun operasinya - sejak MAIK ditubuhkan pada 1915 sehingga 1990. Dengan latar belakang pengalaman dan keakraban penulis buku ini dengan MAIK, maka buku ini diharapkan dapat menjadi sebuah kajian ilmiah yang autoritatif dalam bidang penulisan sejarah majlis-majlis agama di negeri-negeri Melayu yang dipelopori oleh buku ini."

Pendahuluan.
Penghargaan.

Bab 1. Latar Belakang Penubuhan MAIK.

Bab 2. MAIK: Sejarah Penubuhan, Struktur Organisasi Dan Bidang Kuasa.

Bab 3. Kegiatan Awal MAIK (1915-1925).

Bab 4. Perkembangan Masjid-Surau di Bawah MAIK.

Bab 5. Pengajian Kitab Di Masjid Muhammadi.

Bab 6. Persekolahan MAIK Sehingga 1976.

Bab 7. Penerbitan MAIK Sejak 1917.

Bab 8. Pengasuh 1918-1990.

Bab 9. Pelbagai Aktiviti Dakwah MAIK.

Bab 10. Penutup.

Lampiran 1. Nama-Nama Yang Dipertua MAIK (1915-1990)

Lampiran 2. Setiausaha-Setiausaha MAIK (1915-1990)

Lampiran 3. Imam-Imam Masjid Muhammadi (Akhir Abad Ke 19-1990)

Lampiran 4. Pengarang-Pengarang Pengasuh (1918-1990)

Jadual.3.1. Kutipan Zakat Padi (Termasuk Jenis-Jenis Zakat Yang Lain) Dan Fitrah Antara Tahun 1916-1925.

Jadual 4.1. Jumlah Masjid-Surau Mengikut Jajahan. (1940)

Jadual 4.2. Taburan Pembinaan Masjid Bandar.

Jadual 5.1. Peringkat Pertama Peraturan Pelajaran Kumpulan Dinniyyah.

Jadual 5.2. Peringkat Kedua Peraturan Pelajaran Kumpulan Dinniyyah.

Jadual 5.3. Peringkat Ketiga Peraturan Pelajaran Kumpulan Dinniyyah.

Jadual 6.1. Kedudukan Guru Dan Murid Di Sekolah-Sokolah MAIK Pada Tahun 1970.

Jadual 7.1. Pendapatan MAIK Mengikut Tahun.

Jadual 7.2. Daftar Lengkap Buku-Buku Teks Yang Diterbitkan Dalam Tempoh Antara 1963-1970 Dan Penggunaannya Mengikut Darjah.

Jadual 7.3. Senarai Lengkap Buku-Buku Yang Diterbitkan Mulai 1971-1990 Mengikut Matapelajaran Dan Tingkatan.

Jadual 7.4. Jumlah Harga Buku Yang Terjual Mengikut Tahun.

Jadual 7.5. Perolehan Hasil Jualan Buku Antara Tahun 1986-1990.

Biodata Penulis.

Glosari.

Bibliografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...