JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 18 Jun 2010

Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-Isu Sentral.



Tajuk; Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-Isu Sentral.
Penulis: Dr. Ugi Suharto (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism", sementara Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; "Islam Liberal" adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah adalah "mazhab" dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah "Islam Liberal" yang kita maksudkan di sini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam Liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.

Kandungan

Kata Pengenalan.

Sinopsis Bab 1.

> Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal: Kes Indonesia Dan Pengajarannya Untuk Malaysia.

Pengenalan.

> Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal.

> Pemikiran Islam Liberal Di Indonesia.
1. Sekularisasi Dan Sekularisme.

2. Pluralisme Agama.

3. Al-Qur'an Edisi Kritis.

4. Hermeneutika.

5. Feminisme.

Penutup.

Sinopsis Bab 2.

> Al-Atas Dan Al-Qaradawi Mengenai Islam Dan Sekularisme: Jawaban Tegas Dua Ilmuwan Islam Kontemporer.

Sinopsis Bab 3.
> Upaya Meruntuhkan Kewibawaan Mushaf 'Uthmani Dari Dahulu Ssehingga Kini

Lampiran.

Sinopsis Bab 4.

> Apakah Al-Qur'an Memerlukan Hermeneutik?

Sinopsis Bab 5.

> Peranan Tulisan Dalam Periwayatan Hadith.

- Tradisi Periwayatan Dengan Isnad.

- Tradisi Penulisan Hadith.

- Tradisi Izin Dan Referensi Murid-Guru.

- Meluruskan Kesalah Fahaman.

- Peranan Tulisan.

Kesimpulan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...