JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 16 Jun 2010

Rihlah Ibnu Battuta.



Tajuk: Rihlah Ibnu Battuta.
Penyusun: Dr. Muhammad Hanafis.
Penerbit: Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd.

Dikenali sebagai pengembara yang hebat sebelum zaman moden, Ibnu Battuta dilahirkan di Maghribi dan mendapat pendidikan awal dalam perundangan Islam. Bermula hanya dengan pengembaraan untuk menunaikan haji ke Mekah pada usia 21 tahun, Ibnu Battuta akhirnya telah mengembara selama hampir 30 tahun ke seluruh dunia Islam pada zamannya, dari Afrika Utara, Afrika Selatan dan Spanyol, Eropah Timur, benua kecil India seehinggalah ke China dan Kepulauan Maldives.

Dengan karyanya daripada catatannya yang dikenali sebagai Rihlah, Ibnu Battuta memberi kita satu pintu untuk melihat tamadun Islam pada mercunya - yang mempunyai ciri-ciri keyakinan, melangkaui dunia, kepelbagaian dan moden - dengan jelas meliputi maklumat berkaitan dengan sejarah, geografi, sistem pemerintahan dan budayanya. Rihlah merupakan catatan yang disusun secara teratur mengikut masa tidak tertumpu pada keterangan-keterangan karier beliau sahaja, tetapi mengandungi maklumat terperinci dan merupakan satu pengenalan kepada dunia Islam yang hidup dalam masa yang sama menjadikan pembacaan catatan dan pengembaraan sesuatu yang menghiburkan.

Pengembaraan ini mengatasi semua pendahulunya termasuklah Marco Polo. Legasi beliau sangat dihargai sehingga sebuah kawah di permuakaan bulan dinamakan sempena nama beliau.

Kandungan.

Bab 1: Perjalanan Ke Tangier.

Bab 2. Perjalanan Ke Maghrib.

Bab 3. Orang Mamluk.

Bab 4. Perjalanan Ke Mekah.

Bab 5. Perjalanan Ke Parsi Dan Iraq.

Bab 6. Perjalanan Ke Laut Arabia.

Bab 7. Perjalanan Ke Anatolia.

Bab 8. Perjalanan Ke Ladang Rumput.

Bab 9. Perjalanan Ke Delhi.

Bab 10. Perjalanan Ke Malabar Dan Maladewa.

Bab 11. Perjalanan Ke Cina.

Bab 12. Perjalanan Ke Kampung Halaman.

Bab 13. Perjalanan Ke Mali.

Bab 14. Rihlah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...