JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 10 Jun 2010

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Jilid 1)


Tajuk: Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Jilid 1)
Penulis: Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor.
Penerbit: Jundi Resources.

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

Kandungan.

1. Dr. Abdul Aziz Rantisi: Sang Doktor Pembawa Obor Jihad.

2. Abdul Qader Awdah: Hakim Yang Digantung Mati Kerana Mempertahankan Kebenaran Islam.

3. Dr. Abas Madani: Singa Islam Di Algeria.

4. Syeikh Abdul Hamid Kisyk: Ulama' Buta Yang Banyak Hadapi Ujian Getir.

5. Dr. Abdul Majid Az-Zandani: Mentor Gerakan Islam Yaman Hadapi Pelbagai Tribulasi.

6. Dr. Abdullah Azzam: Mujahid Ikhwan Al-Muslimin Yang Rindukan Syahid.

7. Dr. Abdullah Nasih Ulwan: Tokoh Ilmuwan Haraki Yang Bersifat Murabbi.

8. Syeikh Ahmada Yassin: Tokoh Ikhwan Yang Menubuhkan HAMAS Di Palestin.

9. Syeikh An-Nadwi: Tokoh Ulama' Yang Berjiwa Lembut Ketika Berdakwah.

10. Badi'uzzaman Sa'id An-Nursi: Abadikan Hidup Untuk Islam.

11. Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Menyiram Obor Perjuangan Kemerdekaan Malaya.

12. Najmuddin Erbakan: Menelusuri Khilafah Yang Hilang Di Turki.

13. Syeikh Faisal Molawi: Tokoh Ulama' Lubnan Berpendirian Tegas.

14. Dr. Fathi Yakan Alami Pelbagai Tribulasi Yang Mematangkan Perjuangannya.

15. Imam Syahid Hasan Al-Banna: Pencetus Kebangkitan Umat Abad 20.

16. Hakim Hasan Al-Hudaibi: Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah Ketokohannya.

17. Dr. Hasan At-Turabi, Mentor Dakwah Di Balik Tirai Besi Di Sudan.

18. Jamaluddin Al-Afghani: Perintis Kebangkitan Gerakan Islam Seantero Dunia.

19. Al-Maududi: Memiliki Ciri Mujaddid Kurun Ke 20.

20. Syeikh Muhammad Abduh: Penerus Manhaj Saiyid Jamaluddin Al-Afghani.

21. Syeikh Muhammad Al-Ghazali: Ulama' Yang Tidak Kenal Jemu Ketika Berdakwah.

22. Ustaz Mustafa Masyhur: Mursyidul 'Am Kelima Ikhwan Al-Muslimin.

23. Syeikh Dr. Mustafa Siba'ie: Pengasas Gerakan Ikhwan Al-Muslimin Syria.

24. Omar Mokhtar: Singa Padang Pasir Yang Digeruni Musuh.

25. Qazi Hussain: Penerus Agenda Yang Ditinggalkan Oleh Maududi.

26. Sayyid Qutb: Penjara Dan Kematian Dalam Mercu Tanda Dakwah.

27. Syeikh Sa'id Hawwa: Tokoh Gerakan Islam Berjiwa Sufi.

28. Syeikh Solah Abu Ismail: Pejuang Islam Hingga Dalam Parlimen.

29. Zainab Al-Ghazali: Mujahidah Yang Cekal Walau Dipenjara, Disiksa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...