JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 18 Jun 2010

Islam Dan Kemodenan: Pandangan Intelektual Islam.


Tajuk: Islam Dan Kemodenan: Pandangan Intelektual Islam.
Penyunting:: John Cooper, Ronald L. Nettler & Mohamed Mahmoud
Penerbit: Institut Terjemahan Nagara Malaysai (ITNAM)

Islam dan Kemodenan: Pandangan Intelektual Islam membincangkan idea di kalangan intelektual Islam abad ke-20. Mereka cuba mengembangkan pandangan Islam yang sejajar dengan institusi moden, namun masih berlandaskan tradisi agama. Ini termasuklah pendekatan terhadap al-Quran, penilaian terhadap undang-undang Islam, hubungan antara Islam dengan politik serta pandangan terhadap hubungan antara agama. Buku ini juga menekankan keutamaan dalam konteks sejarah untuk memahami al-Quran dongan hujah bahawa tradisi moden tidak perlu dibelenggu oleh sejarah masa lalu yang cuba diterapkan ke dalam zaman sekarang. Zaman sekarang harus dipenuhi dengan semangat dan nilai tradisi silam, tetapi mesti mempunyai acuan sendiri mengikut ajaran agama, sejarah dan pandangan intelektual. Turut dibincangkan ialah hubungan antara apma dan politik dalam Islam yang menolak kawalan politik secara total atau penguasaan penuh agama itu sendiri.

Kandungan

Prakata.

Catatan Penyumbang.

Pengenalan.

- Budaya Kemodenan Dalam Islam dan di Timur Tengah
> Derek Hopwood.

- Sifat Semula Jadi, Hiperbola Dan Negara Di Bawah Kuasa Penjajah: Sebahagian Pengambilan Unsur Kemodenan Eropah ke Dalam Kesusasteraan Urdu Oleh Masyarakat Islam Pada Penghujung Abad ke-19.
> Javed Majeed.

- Batasan Kesucian: Sebuah Epistemologi Abd al-Karim Soroush.
> John Cooper.

- Pemimpin Agama Dan Ulama Islam: Sheikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti
> Andreas Christiann.

- Sejarah Islam, Identiti Islam Dan Pembaharuan Undang-undang Islam: Pandangan Husayn Ahmad Amin.
> Nadia Abu-Zahra.

- Mesej Kedua Mahmud Muhammad Taha: Mengenai Islam Dan Projek Modernisme Beliau.
> Mohamed Mahmoud

- Pendapat Mohamed Talbi Mengenai Islam Dan Politik: Pandangan Islam Untuk Dunia Moden.
> Ronald L. Nettler.

- Mampukah Ijtihad Moden Membentuk Keagamaan Baru? Mohamed Abed Jabri Dan Paradoks Islam dan Kemodenan.
> Abdou Filali-Ansari.

- Islam, Eropah Dan Barat: Maksud Dalam Risiko Dan Tekad Untuk Berkuasa.
> Mohammed Arkoum.

- Sifat Ketuhanan Dalam al-Quran: Beberapa Aspek Puisi.
> Nasr Hamid Abu Zaid.

Bibliografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...