JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 11 Jun 2010

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Jilid 2)


Tajuk: Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Jilid 2)
Penulis: Ustaz Zainudin Hashim Dan Riduan Mohamad Nor.
Penerbit: Jundi Resources.

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

Kandungan.
1. Dr. Zaghlul An-Najjar: Ahli Profesor Geologis Muslim Berjiwa Haraki.

2. Dr. 'Aidh Al-Qarni: Ulama' Muda Berdakwah Melalui Penulisan.

3. Solah Syadi: Pegawai Polis Yang Komited Dengan Islam.

4. Syeikh Mahfuz Nahnah: Hadapi Tribulasi Dengan Penuh Ketenangan Jiwa.

5. Dr. Wahbah Az-Zuhaily: Kejora Di Langit Malam.

6. Syeikh Sayyid Sabiq: Tokoh Hadis Yang Diberi Kepercayaan Oleh Imam Hasan Al-Banna.

7. Dr. Abdul Karim Zaidan: Saat Dakwah Menjengah Penjara Di Iraq.

8. Sa'id Ramadan: Legasi Hasan Al-Banna.

9. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf: Perintis Dan Pengasas Gerakan Islam Di Iraq.

10. Syeikh Abdul Hamid Ben Badis: Tonggak Hadapan Islam Di Algeria.

11. Ustaz Fadzil Noor (1937: 2002) Dalam Kenangan: Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah.

12. Syeikh 'Izzuddin Al-Qassam: Inspirasi Perjuangan Hamas Di Palestin.

13. Syeikh Ali Tantawi: Tokoh Ikhwan Syria Berdada Dengan Kezaliman.

14. Ismail Haniyyeh: Berjuang Untuk Islam Sejak Remaja.

15. Muhammad Mehdi Akef: Al-Mursyidul 'Am Ikhwan Yang Membadai Gelora.

16. Hakim Hasan Al-Hudaibi: Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah Ketokohannya.

17. Umar Tilmisani: Pejuang Gigih Membela Islam Dengan Segala Yang Apa Pada Diri.

18. Muhammad Hamed Abu An-Nasr: Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun.

19. Khaled Masy'al: Perancang Politik Hamas Yang Berkesan.

20. Maa'mun Al-Hudaibi: Al-Mursyidul 'Am Keenam Yang Tegas Dan Berwawasan.

21. Syeikh Abdel Badi' Saqar: Berjuang Tegak Islam Bersama Imam Hasan Al-Banna.

22. Syeikh Dr. As-Saiyid 'Askar: Manfaatkan Ilmu Untuk Tegak Islam Dalam Parlimen.

23. Dr. Maryam Soleh: Tokoh Muslimah Dalam Kabinet Hamas.

24. Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni: Tokoh Islam Yang Menyintai Ilmu.

25. Hamzah Yusuf: Pendakwah Amerika Yang Menyonsang Arus Jahiliah Moden.

26. Dr. Zakir Naik: Pembela Islam Dengan Hujah Injil, Al-Quran Lawan Kristian.

27. Yvonne Ridley: Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin Setelah Menerima Islam.

28. Syeikh Nasiruddin Al-Albani: Tokoh Hadis Yang Komited Dengan Ilmunya.

29. Syeikh Ahmad Deedat: Permata Islam Yang Hilang.

30. Dr. Tariq Ramadan: Nyalakan Obor Islam Di Switzerland Dan Eropah.

31. Ahmad Saiful Islam Hasan Al-Banna: "Anak Singa Dilahirkan Oleh Singa".

32. Dr. Muhamad Natsir: Sesepuh Dakwah Indonesia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...