JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 3 Jun 2010

Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan.



Tajuk: Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan.
Penulis: Mohammed Salleh Lamry
Penerbit :Penerbit UKM

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.

Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai.

Kandungan.

Singkatan.

Prakata.

Pendahuluan.

Bab 1. Gerakan Antikolonial Sebelum Perang Dunia Kedua.

Bab 2. Gerakan Politik Masa Pendudukan Jepun (1941-45).

Bab 3. Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Nasionalis Kiri Melayu.

Bab 4. Gerakan Politik Masa Aman (1946-48): Parti Komunis Malaya.

Bab 5. Darurat Dan Perjuangan Kemerdekaan Secara Bersenjata.

Bab 6. Pengunduran Strategik Ke Selatan Thailand.

Bab 7. Gerakan Awal Di Sempadan.

Bab 8. Perundingan Baling.

Bab 9. Antara Baling Dan Haadyai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...