Tajuk: Ketokohan Dan Pemikiran Abu Bakar al-Baqir.
Penulis: Khairul Nizam Zainal Badri.
Penerbit: Karisma Publication.
Abu Bakar al-Baqir mempunyai jasa yang amat besar kepada bidang pendidikan, khususnya kepada umat Islam. Beliau turut terlibat dalam aktiviti mengembangkan agama, memimpin masyarakat setempat dan memikirkan masalah kemunduran umat Melayu khususnya dalam sector pendidikan dan ekonomi. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam gerakan mencetuskan kesedaran bangsa Melayu dan membangkitkan semangat bangsa agar kembali mengusai negara pada ketika negara masih dijajah pada waktu itu.
Dalam buku ini penulis menumpukan sepenuh perhatian kepada sumbangan Abu Bakar al-Baqir dalam bidang pendidikan walau pun nama beliau juga amat terkenal dalam bidang politik tanah air. Aspek pemikiran serta pengalaman beliau dikongsikan bersama dalam buku ini untuk dihayati dan diambil faedah daripadanya. Isi kandungan buku ini terbahagi kepada dua topic utama iaitu pertama, ketokohan dan keduanya adalah pemikiran beliau.
Kandungan.
Prakata.
Kata Pengantar dari Maahad al-Ehya As-Shariff.
Kata Pengantar dari Wakil Yayasan al-Ehya As-Shariff.
Kandungan.
Pendahuluan.
Bab 1. Ketokohan Al-Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
1.1. Latar belakang kehtdupan.
1.2. Membina keperibadian di Madrasah Dairatul Ma’arif Wataniah.
1.3. Penubuhan Maahad al-Ehya asShariff.
1.4. Perkembangan awal Maahad al-Ehya asShariff.
1.5. Penubuhan Maahad al-Ehya menempa sejarah.
1.6. Kurikulum pembelajaran Maahad al-Ehya.
1.7. Zaman kecemerlangan Maahad al-Ehya di bawah pimpinan Abu Bakar.
1.8. Maahad al-Ehya dengan wajah baru.
1.9. Pendekatan Abu Bakar dalam mentadbir Maahad al-Ehya.
1.10. Tokoh-tokoh penting yang lahir di bawah asuhan Abu Bakar.
1.11. Ketokohan Abu Bakar memimpin pertubuhan besar peringkat kebangsaan.
Bab 2. Pemikiran A1-Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
2.1. Falsafah Pendidikan Abu Bakar.
2.2. Tugas hidup muslim.
2.3. Ulama.
2.4. Abu Bakar dalam konteks ulama.
2.5. Ilmu.
2.6. Pendidikan.
2.7. Pendidik.
Penutup.
Gambar-Gambar Kenangan.
Bibliografi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan