JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 2 Julai 2010

Mengapa Kami Bantah: Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Tajuk: Mengapa Kami Bantah: Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
Penerbit: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Setelah sekian lama bahasa Melayu berjaya memandaikan semua lapisan warga negara Malaysia, kini pemimpin Melayu menggantikannya dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Dasar ini ditentang dengan alasan-alasan lojikal oleh cendekiawan dan budayawan Melayu. Bacalah hujah-hujah mengapa mereka menentang. Mereka mengemukakan hujah jitu dengan tidak meremehkan pandangan orang lain.

Buku ini mengandungi hujah-hujah bagi memansuhkan PPSMI. Adalah didapati bahawa dasar PPSMI ini tidak sah dari segi undang-undang. Sekiranya dilaksanakan juga, maka kesan negatif terhadap bangsa dan budaya Malaysia khasnya adalah sangat serius.

Kandungan.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI.

Nasionalisme Dan Perjuangan Bahasa.

Kekeliruan Sikap Dan Budaya Pemimpin.

Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa.

Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi Dalam Peradaban Melayu Moden.

Musibah PPSMI Dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Tunjang Tamadun.

Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar Sains Dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan Yang
Selalu Ditanyakan.

Penerimaan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat.

Bahasa Melayu Akan Pupus.

Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan.

Kesan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Sekolah Rendah Dan Menengah.

Lampiran: Resolusi-Resolusi Tepilih.

Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI.

Memorandun Asasi Tentang Pengajaran Sains Dan Matematik Sekolah Dalam Bahasa Inggeris.

Kebimbangan Kumpulan Prihatin.

Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin.

Petisyen Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Resolusi Seminar Agenda Melayu.

Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...