Tajuk: Imam Ja'far Al-Sadiq- Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan.
Penulis: Ahmad Zuhdi Ismail
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.
Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat serta af'al Allah berdasarkan pemikiran Imam Ja'far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.
Persoalan sifat turut diberikan penekanan dalam pengertianyang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja'far Al-Sadiq mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat Allah untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat Allah adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan of af'al Allah turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan manusia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan turut diulas.
Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikirtan Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan.
Buku yang ditulis secara ilmiah ini dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat Allah yang akan membawa fahaman al- Mujassimah dan al-Musyabbihah
Kandungan.
Prakata.
Perdahuluan.
Bab 1. Imam Ja'far Al-Sadiq: Suatu Pengenalan.
Riwayat Hidup dan Keperibadian Imam Ja'far.
Kunyah dan Alqab Imam Ja'far.
Latar Belakang Keluarga Imam Ja'far.
Keperibadian Imam Ja'far.
Zaman Kehidupan Imam Ja'far.
Pendidikan Imam Ja'far.
Menjadi Guru dan Bentuk Pengajarannya.
Kematian Imam Ja'far.
Murid-Murid Imam Ja'far.
Hasil Karya Imam Ja'far.
Salsilah Keturunan Imam Ja'far.
Bab 2. Konsep Sifat-Sifat Allah.
Pengenalan.
Zat dan Sifat.
Pendapat Mutakallimun Berhubung Dhat dan Sifat.
Pendapat Mu'tazilah.
Pendapat Asya'irah.
Sifat al-Ma'ani.
Qudrah-Allah.
Ilm-Allah.
Iradah-Allah.
> Bahagian Pertama: Iradah Hatm (Kehendak Pencipta).
> Bahagian Kedua: Iradah 'Azm.
Kalam Allah.
Ru'yah Allah.
Bab 3. Konsep Keadilan Allah (Al-'Adl Al-Ilahi)
Pengenalan.
Persoalan Keadilan Allah.
Kebaikan dan Keburukan.
Kedudukan Akal dan Wahyu.
Perbuatan Allah dan Tujuan-Nya.
Konsep Kewajipan Allah Terhadap Manusia.
Konsep Kewajipan di Luar Kemampuan (Taklif Ma La Yutaq).
Petunjuk dan Penyesatan (al-Huda Wa al-Idal).
Konsep al-Jabr dan al-Tafwid (Kebebasan dan Ketentuan Allah).
> Pertama: Golongan yang Mempercayai Manusia memiliki Kebebasan.
> Kedua: Golongan yang mempercayai Kehendak Manusia Bergantung Kepada Kekuasaan Allah.
Analisis Ringkas Konsep Janji Baik dan Ancaman Buruk (al-Wa'd al-Wa'id).
Kesimpulan.
Bibliografi.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan