JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 7 September 2010

Hukum Islam Dan Budaya Tempatan


Tajuk; Hukum Islam Dan Budaya Tempatan.
Penyunting. Md. Saleh Hj. Md. @ Hj. Ahmad, Abd. Karim Ali, Ridzwan Ahmad & Mohamad Zaidi Abd. Rahman.
Penerbit. Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Buku Hukum Islam Dan Budaya Tempatan ini merupakan gagasan dan pandangan ahli-ahli akademik di Malaysia mengenai hubungan antara hukum Islam dan budaya tempatan di Malaysia. Ia merupakan kesinambungan usaha Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bagi menjelaskan Syariah, hukum Islam dan fiqh dari pelbagai dimensi, Fiqh Malaysia dan lainnya. Dan buku ini cuba memperincikan sejauh mana pengaruh timbal balik antara hukum Islam dan budaya tempatan berlaku di Malaysia.

Buku ini perlu dibaca oleh ahli akademik, budayawan, pengkaji Islam, pendakwah dan mahasiswa agar dapat menilai dan mempertimbangkan budaya tempatan atau uruf masyarakat Islam yang telah berakar umbi di Malaysia. Justeru, beberapa persoalan mengenai teori timbal balas antara hukum Islam dangan budaya tempatan, pengambilkiraan 'uruf, ibadat-ibadat yang dipengaruhi budaya tempatan, bidang muamalat, kekeluargaan, jenayah dan lainnya disentuh dalam buku ini.

Kandungan.

Bab 1. Konsep.

- Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum Dan Budaya Dalam Syariat Islam.
> Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid.

Bab 2. Islam Dan Kebudayaan Di Malaysia.

- Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara. Suatu Analisis Pengkaedahan.
> Rahimin Affandi Abdul Rahim.

- Islam Dan Kebudayaan Di Malaysia Hari Ini Dan Masa Hadapan
> Idris Awang.

- Islam Dan Budaya Tempatan. Satu Penilaian.
> Ratna Roshida Abdul Razak & Noor Shakirah Mat Akhir.

Bab 3. Hukum Islam Dan Budaya Tempatan Di Malaysia.

- Transisi Sosial Dalam Amalan Budaya Hidup Tempatan Dari Perspektif Hukum Dan Psikologikal.
> Najib Ahmad Marzuki, Shukri Ahmad & Kamarudin Ahmad.

- Beberapa Aspek 'Urf Fasid Dalam Budaya Melayu Dan Kesannya Terhadap Hukum.
> Abdullah Yusof.

- Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi. Pengalaman Alam Melayu.
> Siddiq Fadzil

Bab 4. Pengaruh Budaya Dalam Hukum Amal Ibadat.

- Nilai-Nilai Adat Dan Budaya Dalam Amal Ibadat Masyarakat Melayu.
> Anisah Ab. Ghani & Saadan Man

- Pemberian Dan Penerimaan Wang Saguhati/Upah Dalam Perlaksanaan Ibadah Di Kalangan Masyarakat Melayu. Satu Penilaian.
> Rushdi Ramli & Luqman Hj. Abdullah.

- Hubungan Budaya Dan Hukum. Tumpuan Khusus Terhadap Perubahan Amalan Pertanian Padi Di Kedah Dan Kesannya Kepada Ibadah Zakat Padi.
> Mohd Liki Bin Hamid.

Bab 5. Pengaruh Budaya Dalam Hukum Seni Dan Hiburan.

- Hiburan Dalam Masyarakat Melayu-Islam Di Malaysia. Satu Pengamatan Perkaitan Antara Budaya Dan Hukum.
> Abdul Karim Ali, Mohamad Zaidi Abdul Rahman & Abdul Samad Abdoll Aziz.

- Perkembangan Baru Seni Muzik Di Malaysia Dan Hubungannya Dengan Hukum Islam.
> Ishak Hj. Sulaiman.

Bab 6. Pengaruh Budaya Dalam Hukum Muamalat.

- Pengaruh Budaya Melayu Dalam Hukum Kontrak Muamalat Di Malaysia.
> Shamsiah Mohamad & Mohd Nor Daud.

- Budaya Muamalat Setempat Sebagai Asas Pertimbangan Produk-Produk Muamalat Islam Di Malaysia.
> Joni Tamkin Bin Borhan.

- Pengaruh Al-'Urf Di Dalam Pensyariatan Harta Intelektual Menurut Perundangan Islam.
> Arrief Salleh Bin Rosman.

Bab 7. Pengaruh Budaya Dalam Hukum Kekeluargaan Dan Perhubungan Sosial

- Pengaruh Budaya Dalam Penentuan Kadar Mahar.
> Raihanah Hj. Azahari.

- Pengaruh Budaya Salahlaku Dalam Hal-Hal Kejiranan Dan Hubunngannya Dalam Menentukan Hukum Menziarahi Rumah Terbuka Perayaan Agama Bukan Islam Di Malaysia.
> Ridzwan Bin Ahmad.

Bab 8. Pengaruh Budaya Dalam Hukum Kawalan Sosial.

- Nilai-Nilai Budaya Tempatan Sebagai Asas Pembinaan Siyasah Syar'iyyah.
> Shukeri Mohamad.

- Pengambilkiraan 'Urf Dalam Menentukan Hukum Jenayah Dalam Fiqh Klasik Dan Pendekatannya Dalam Fiqh Semasa.
> Paizah Hj. Ismail.

- Budaya Tempatan Dan Hukum. Satu Kajian Terhadap Institusi Hisbah.
> Ahmad Che Yaacob.

- Pengaruh Adat Tempatan Dalam Menentukan Fatwa Di Malaysia.
> Mohamed Azam Mohamed Adil.

Bab 9. Pengaruh Budaya Dalam Nilai Diri Dan Etika.

- Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Menentukan Kredibiliti Qadi Atau Hakim.
> Md. Saleh Bin Haji Md. @ Haji Ahmad.

- Budaya Dan Etika Di Kalangan Ahli Tasauf Dan Pengaruhnya Terhadap Ketentuan Hukum.
> Che Zarina Sa'ari & Wan Suhaimi Wan Abdullah.

- Budaya Dan Etika Kerja Tempatan. Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum.
> Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...