JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 7 September 2010

Kitab Ilmu Perubatan Kesufian.


Tajuk: Kitab Ilmu Perubatan Kesufian.
Penulis: Sheikh Hakim Moinuddin Chishti.
Penerbit: Thinker's Library Sdn. Bhd.

Rawatan Sufi adalah berdasarkan ajaran yang berhubungkait dengan kesihatan dan kesucian hati. Para kaum sufi seperti juga kaum muslimin yang lain mereka sentiasa melibatkan serta berinteraksi dengan masyarakat umum, dan sangat prihatin tentang kesihatan fizik mahupun spiritual umat Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum sufi berpegang bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati. Dengan itu, apa jua penyakit terlebih dahulu hendaklah dikesan punca datangnya penyakit itu. Dari sudut ini antara banyak perkara yang diberi tumpuan ialah amalan diet yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. seperti kaedah penyediaan herba, rawatan menggunakan minyak, berpuasam berdoa dan sebagainya.

Pengarang buku ini telah berhasil menyusun buku ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab rawatan yang lain. Beliau telah mengarang banyak buku mengenai berbagai aspek perubatan. Beliau adalah bekas pakar penyelidik Fulbright Foundation yang berpusat di Amerika Syarikat. Dengan kepakaran yang sedia ada, beliau diberi latihan oleh Syeikh-ul Islam Nikmatullah Sha'rani Pengarah Syariah di Afghanistan juga oleh Pir Syed Daud Iqbali, seorang anggota Persatuan Perubatan Islam yang terkenal.

Kandungan..

Sepatah Kata dart Penterjemah.

Pendahuluan.

Salasilah Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin.

Prakata.

Prolog.

Bab 1. Apakah Kesihatan.

Bab 2. Peringkat Kejadian Alam.

Bab 3. Maqam-Maqam Roh.

Bab 4. Makanan Dan Kesihatan.

Bab 5. Empat Intipati Badan.

Bab 6. Pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 7. Rumusan Ubat Untuk Penyakit-Penyakit Biasa.

Bab 8. Puasa Ubat Paling Baik.

Bab 9. Solat.

Bab 10. Roh Bunga Ros.

Bab 11. Alam Nafas.

Bab 12. Ta’widh Atau Azimat.

Bab 13. Zikrullah.

Bab 14. Berkenaan Mukjizat.

Bab 15. Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi.

Bab 16. Ubat Yang Mujarab.

Bab 17. Nama-Nama Allah s.w.t. (Asma-ul-Husna)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...